Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

AHLIL MUZIK ?

0 comments

Anak saya yang no 3,Aqeef( 11 tahun ) sudah boleh bermain gitar. Dia cepat pick up dan faham apa yang diajar. Dia ada bakat untuk jadi pemuzik kalau dia mahu.

Cuma untuk ke arah artistik, itu adalah cerita takdir. Apa pun saya bangga juga dengan kebolehan anak saya itu. Untuk bagus kena ada inisiatif sendiri…ia datang dari jiwa, bukan dibuat-buat.

Tapi anak saya itu ada karakter, dia pandai bercakap..ibu dia cakap gini, dia jawab gitu..ibu dia jawab gitu, dia jawab gini..lama-lama ibu dia sakit kepala…Saya faham susah jaga anak-anak ni..4 orang anak, semua karakter tak sama..

Dulu saya agak lewat belajar gitar, 15 tahun. Tapi gila punya pasal, cepat le dapat. Gila sebab pagi gitar, tengahari gitar, petang gitar, malam gitar….kalau tak pandai juga, tak tau le…Nasib baik saya boleh hidup dengan main muzik, kalau tak..memang buang masa…

Yang jadi masaalahnya muzik itu satu hal, falsafah pun satu hal juga…jadi bila bercampur itulah datangnya artistik itu..itu sebab kalau boleh anak saya itu main muzik je, jangan belajar sangat bab-bab falsafah ni…

Umur 15 saya start belajar gitar, tahun 86 saya mula buat persembahan nyanyi dan bergitar di pentas. Itu tempoh 4 tahun yang kita ingat kita sudah pandai, sebenarnya sampai sekarang pun masih belajar lagi. ha ha ha…

17hb mac ni anak saya akan back saya menyanyi untuk program launching single di Annexe..Tika Hujan KuBerdoa..itu pun dia mintak bayaran dari saya..”berapa ayah nak bayar Achik? ” Saya kata” rm 10 boleh ?”..katanya ” rm 15 boleh?”..ha ha ha

Saya pun awal-awal dulu pernah banyak show free je, mana ada bayaran, pun itu kita anggap untuk proses kita belajar berhadapan dengan Audien..pun kita nak promote lagu-lagu kita, kena sacrifice le sikit


SEORANG ‘MONK’ DAN SYURGA YANG HILANG…

0 comments

Semalam ( ahad ), seorang Monk (sami Buddha) datang membeli buku Syurga yang Hilang sewaktu saya sedang bekerja. Sehari sebelum itu dia telah datang dan membelek-belek isi kandungan buku tersebut. Bahasa Malaysianya sangat baik dan katanya dia suka cerita dalam buku itu. Katanya lagi kefahaman saya tentang Buddha agak baik. Cuma tidak ada dalam versi Inggeris? Saya kata tak ada…dan dia pun berlalu pergi..saya pun tidak pernah memaksa siapa pun untuk beli buku yang saya tulis..itu pilihan masing-masing..

Saya tidak rasa sesiapa yang baca buku saya akan sesat akidahnya..kerana antara falsafah dan agama itu dua perkara yang berbeza bagi saya. Falsafah penuh dengan bunga-bunga perlambangan dan kiasan. Ibarat syurga yang hilang, itu bagi saya perlambangannya adalah kedamaian..

Semalam kelibat sami itu muncul semula sewaktu kawan saya Dome Nikong pun ada sama waktu itu. Saya sambil kesempatan sekejap berbual-bual dengan beliau. Umurnya sudah 62 tahun. Dahulunya sebelum memilih untuk menjadi sami, punya kerjaya yang baik dan banyak duit. Bila banyak duit banyaklah masalah..

Pilihan untuk menjadi sami katanya datang dengan sendiri, takdir. Saya tanya pasal meditation, juga tentang roh yang mampu keluar jika kita berjaya mengosongkan fikiran seheningnya. Saya pernah cuba dulu waktu tengah gila mencari, tapi badan berpeluh, dah jadi lain macam saya stop! ha ha ha…kalau dalam bentuk ritual keagamaan jika kita bersuluk, gitulah…ada juga yang mengamalkan zikir nafas…

Katanya hal yang begitu bagi mereka hanya ‘kacang putih’, tak ada benda pun…walau pun katanya dia sering meditate dan mengalami pengalaman roh yang keluar masuk, pun dia tidak boleh mengesahkan atau menidakkan…kerana ia hanya faktor ‘moment’ sahaja…dan katanya lagi…neutral adalah perkara yang paling susah untuk kita praktikkan…

Saya pun kata saya bukanlah pengamal ajaran Buddha, saya suka mendalami apa juga ajaran dan falsafah untuk pengetahuan. Saya juga tidaklah se dalam mana ilmu pengetahuan tentang bab-bab yang bersangkut dengan roh ni. Cuma tahap faham itu saya rasa saya capailah juga, ia proses yang panjang sebenarnya…dan sangat subjektif

Jika kita berzikir di dalam hati dalam jiwa yang tenang, kita juga akan mengalaminya. Itu kita kata pengalaman mati sebelum mati. Dan itu bagi saya 100% tulin dan tidak berkepentingan..itu bukan tentang kamera rm 30 ribu, itu bukan Porshe, itu bukan kopiah dan janggut panjang sampai ke dada, itu bukan bikin ceramah sana-sini mengutip hasil dunia sambil menjual nama Tuhan…itu hanya untuk mengenal Dia saja, Dia bukan benda…Dia bukan objek..Dia bukan nama…

Biasanya gitulah, bila kita mengalaminya…kita tidak akan kalut sangat dengan cerita dunia ni..ya, masing-masing mahu hidup dan bekerja…pun begitulah juga sepertimana saya menganggap mereka yang menjual nama Tuhan di sana-sini pun bekerja juga, untuk cari makan, cuma tamak haloba itu elakkanlah…sebab qada dan qadar itu nyata dan kita akan menerimanya baik buruk cerita kita di dunia ini, bergantung pada niat kita….


APA ADA DENGAN PESTA JIWA?

0 comments

Pesta Jiwa, kita sedang meraikannya. Siang tadi saya ditemuramah oleh wartawawn dari akhbar The Sun. Banyak yang ditanyanya . Saya jawab macam bagus-bagus je. Apabila kita sudah tiada berkepentingan lagi, itu adalah yang terbaik kerana apa kata-kata yang keluar adalah kata-kata yang jujur belaka.

Tanyanya mengapa saya tidak ke maintream, saya kata saya memang dilahirkan untuk menjadi seperti apa yang saya mahu jadi sekarang. Tanyanya lagi mengapa bikin lagu dan album yang tidak komersial? Saya kata ini semua sebab Bob Dylan dan Nick Drake saya jadi begini. Ha ha ha

Pertama kali membelek cover album Street Legal dan Blood on the Tracks ia terus mengubah persepsi saya dalam banyak perkara termasuk cara saya memandang kehidupan dan alam ini. Bob Dylan memang bersalah dalam hal ini, kata saya lagi..Ha ha ha

Kata saya lagi apa yang saya capai sebagai seorang singer song-writer dan pemuzik sudah mencukupi. Saya punya sejumlah album dan setiap album mendapat kritik yang positif dari media. Memang saya tidak mahu berada dilorong maintream sejak dari mula berkarya, dan memang album saya tidak laku banyak, tapi awak kenal saya? Kata wartawan itu dia memang kenal saya..dari sebuah album dan dia menyukainya..itu sudah mencukupi bagi saya.

Tanyanya lagi mengapa tidak mahu popular? Saya kata ini semua sebab Bob Dylan…Ha ha ha…

Saya sukakan kehidupan yang biasa-biasa saja. Saya boleh naik motor buruk, tak ada orang yang hairan. Saya boleh pakai hand-phone kokak, tak ada orang yang tanya. Saya boleh bermuzik di jalanan, pun tak ada orang yang hairan. Saya boleh tinggal di flat untuk golongan marhaen dan pakai kereta buruk…Pun saya masih boleh tidur lena dengan isteri dan anak-anak.

Kalau saya seorang artis yang glamour dari awal cerita keluar masuk URTV atau majalah hiburan lainnya, pun jika saya mahu lakukan apa yang saya lakukan sekarang, itu tentu sukar juga, sebab mungkin kita sudah terbiasa duduk di kayangan, bila terduduk di bumi nyata dengan pemandangan yang biasa, kita agak segan jugalah…

Kehidupan saya adalah biasa, tidak ada yang luar biasa…sejak saya mengenal apa itu Allah dan Muhammad…segalanya lebur dan menjadi neutral semula seadanya

Tanyanya lagi apa yang saya dapat dari Bob Dylan..? Bukan saja Dylan, bahkan Al Stewart, Cat Steven, Nick Drake, Harry Chapin..Apa yang saya dapat? ILMU HIDUP DAN ALAM…Untuk kita faham tentang hidup dan alam, kita perlukan seorang story teller yang boleh bagi knowledge kepada kita ..dan itu yang saya dapat..

Apa lagu Dylan yang memberi motivasi? My Back Pages dan The Times they are Changin…dan banyak lagi..Dont Think Twice?

Saya rasa Tuhan sudah beri apa yang saya mahu dalam hidup ini. Apa yang dimahu? tanyanya…

Apa yang awak lihat sekaranglah..Ha ha ha..

Akhirnya pesan saya, belilah album Tika Hujan Kuberdoa…lagu sedih untuk kita dengar, pun itu sebahagian dari mimpi kita juga…jika kita bantu dengan beli album untuk kawan kita, dan jika kita percaya atas perkara baik yang kita lakukan, percayalah Allah tidak pernah mungkir janji…

Lucy worked a different club every day
And though she put her mind to it
Her heart was never in it
She stayed around just long enough to get paid
She won’t pass the time with you
She can’t stay a minute
And all these changing faces never bothered her at all
That just existed like a back-drop
Or a pattern on the wall
Lucy looks like someone who is waiting for a call
She knows will come
But no-one else can hear at all

Lucy finds the dressing room and the bar
Hangs her clothes up
Hopes tonight the contract won’t be broken
Well, they kick you round so much when you’re not a star
Make you play all night just for a pittance or a token
But all these imperfections never bothered her at all
She says it sharpens your perception
When your back’s against the wall
There’s something that enables her to rise above it all
To shrug it off, just when it seems to go too far

I think you almost
Feel the pain coming on inside
I think you almost
Feel it now and you don’t know why
You don’t know why

The last time that I saw her
She had given up the chase
Moved away to California
Got a suntan on her face
She says that life was just another time, another space
It’s over now, she learned a lot
It’s not a wasteI think you almost
Feel the pain coming on inside
I think you almost
Feel it now and you don’t know why

I think you almost
Feel yourself reaching out inside
I think you almost
Feel it now and you don’t know why
Don’t know why


DATUK YAHYA SULONG (AL-FATIHAH )

0 comments

Saya suka lawak Yahya Sulong(Datuk). Beliau memang dilahirkan ke dunia sebagai pelawak walaupun punya bakat hebat sebagai pemuzik.

Lawak Yahya Sulong adalah lawak orang lama. Geng-gengnya itulah Badul, R.Jaafar antaranya. Lawak jenis mereka ni memang kelakar dan ada trademark walau setengah orang kata lawak bodoh. Ye la, main ketuk kepala dan nampak macam kasar kadang-kadang, tapi bagi saya cara orang melawak memang begitu kadang-kadang.

Sewaktu bekerja di Yamaha Music dulu, saya sempat berbual dengan Yahya Sulong. Beliau seorang pemain dram yang sangat berbakat. Waktu itu beliau praktis dengan geng-gengnya orang-orang lama yang kebanyakannya dari RTM. Kata Yahya Sulong, dalam muzik dia cuma main jazz saja dan line-upnya memang otai belaka.

Saya sempat tengok mereka praktis, gaya orang lama..memang hebat dan menarik.

Yahya Sulong juga telah dianugerahkan gelaran Datuk atas pencapaiannya dalam industri seni hiburan tanahair. Biasanya Datuk-Datuk ni kita selalu ingat mereka orang kaya dan banyak duit tapi berbeza dengan Datuk Yahya Sulong.

Beliau dan keluarganya masih tinggal di flat Sentul dan sepatutnya bagi saya kalau kita nak naikkan taraf darjat dan pangkat seseorang itu, kita kena bantulah mereka dari segi financial dan sebagainya. Sekurang-kurangnya gelaran itu tidaklah membawa beban pada sipemakainya.

Saya suka jika Yahya Sulong dapat hidup selesa dengan kerja melawak seperti Johan dan Zizan yang bijak menggunakan masa dan ketika di saat sedang laku. Tapi itulah, cerita takdir dan karma ni bukanlah kita boleh jangka pun..

Gelaran-gelaran dan pangkat ni kadang-kadang bawak masalah juga. Bukannya best sangat pun…

Apapun, takziah untuk keluarga Yahya Sulong atas pemergian arwah ke rahmatullah pada 6hb feb 2013 dalam usia 85 tahun.


Page 1 of 212