Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

MENGAPA GILA SEBELUM DITAKDIRKAN ?

0 comments

Saban hari berbagai jenis manusia yang lalu lalang sewaktu saya nyanyi dan berlagu. Macam-macam style. Dari gaya orang berada sampailah kepada gaya orang tak berduit.

Saya tidak akan menilai dari segi luaran mahu pun dalaman kerana kita kadang-kadang akan tertipu dengan panorama kehidupan. Kerap juga saya salah menduga tentang manusia dan isminya.

Jadi saya cuba redupkan pandangan dengan memandang ke hadapan terus ke dalam diri dan dalam lagi sehingga terasa redupnya hidup ini jika kita menerima setiap detik yang kita lalui itu.

Sering fikiran kita berbicara, kalau rezeki sikit, itu Tuhan tak suka kita. Kalau rezeki banyak, itu Tuhan sayang kita. Kalau anak kita sakit, itu Tuhan benci kita, anak kita sihat dan seronok, itu tanda Tuhan restu…Sebenarnya itu semua hanya andaian dari akal logik kita sahaja. Kehendak akal hanya mahukan yang nombor 1 saja.

Saya sudah melalui macam-macam siri yang biasa dan luar biasa sehingga apa saja tentang Tuhan dan kejadian, apa saja pun boleh…kadang menjangkau akal logik kita jika kita duduk dalam ilmu manusiawi.

Kita ingat hari ini hari sedih kita, rupannya di penghujung Dia berikan kegembiraan kerana sifat kita memang sukakan happy ending. Dan percayalah jika kita selalu rasa Dia ada selalu untuk kita dalam pelbagai bentuk cerita, langkah kita dalam meniti suratan takdir ini memang tidak akan sia-sia. Setiap langkah dan gerak adalah dalam lingkungan rahmat kasih dan sayang.

Saya tidak perlukan cerita dari kayangan dan angan-angan. Saya juga tidak perlukan cerita katun untuk menambah yakin diri pada tahap tertinggi kita dalam menilai. Saya akan tersentuh jika orang gila atau mereka yang telus melintas di hadapan saya kerana mereka bagi saya golongan terpilih yang di bawah lindungan dan lingkungan takdir sepenuhnya.

Akademi Fantasia akan berlangsung lagi. Saya tidak ambil tahu tentang program realiti popular itu. Cuma saya jadi tahu bila anak-anak muda yang bersemangat untuk mencapai bintang datang kepada saya minta pandangan dan nasihat.

Mereka mahu saya tentukan setakat mana mutu nyanyian mereka. Setakat ini ada 2 orang. Yang sorang memang tak boleh menyanyi. Sehabis dia berlagu dalam nada yang tak berapa sampai dan feel kurang, saya katakan kalau nyanyi macam ni confirm juri akan suruh balik rumah je..

Yang sorang lagi lepas, tapi masalahnya cuma tidak tahu nada suara sendiri. Saya tunjukkanlah apa yang saya faham, lepas tu dia pun menyanyilah lagu Melayu..Kian nyanyian Mawi. Ada feel tapi mungkin terlebih. Saya kata kalau nyanyi macam ni, boleh lepas tapi untuk pergi jauh banyak benda yang perlu belajar.

Sudahnya saya fikir kebanyakan budak-budak menyanyi terutama yang datang dari AF bukannya ada feel dan karakter sangat pun. Tak apa lah..kita boleh mengejar impian kita dan tak elok kita bunuh semangat mereka…

Alhamdulillah juga setakat ini jualan album memberangsangkan dan ramai kawan-kawan dan pendengar yang membeli. Terimakasih atas sokongan. Saya tidak punya pilihan selain berterusan mempromosi album baru saya, REDUP.

Sebabnya kita dari cabang indipenden, bukan komersial. Ini jalan yang kita pilih dan kita teruskan selagi ada nafas. Kalau dari cabang komersial mereka tidak akan fikir pasal cara promosi sebab semuanya akan diuruskan.

Mereka letak harga CD rm 29.90 untuk 5 atau 6 lagu. Duit hasil jualan CD itu akan pergi ke syarikat produksi dan pengedar, bukan pada penyanyi sangat. Penyanyi cuma dapat duit banyak kalau laku dan ada banyak show. Itulah bezanya. Itu sebab saya tak minat nak jadi artis rakaman, sebab waktu itu royalti cuma 20 sen untuk sekeping kaset. Terlalu banyak perkara mengarut yang perlu kita ikut, jadi tak apalah..baik pilih jalan kita sendiri.

Mengapa gila sebelum ditakdirkan? Itu dailog dari watak penjual kain dalam cerita Sumpah Orang Minyak.


SEGALANYA UNTUK MU PEMBANGUNAN

0 comments

Inilah antara hadiah paling best untuk kita, umat manusia. Apabila jerebu melanda, inilah hasil perhubungan kita yang renggang dengan alam. Hutan-hutan habis kita bakar, demi pembangunan. Bukit-bukit habis kita tarah, demi pembangunan. Sungai-sungai habis kita kambus dengan toksid, demi pembangunan.

Kalau boleh matahari itu kita capai dan andai kita punya kuasa untuk memadamkan cahayanya, sudah tentu kita akan padamkan juga cahayanya, pun demi pembangunan. semua sebab demi pembangunan berasaskan KEUNTUNGAN yang berkiblatkan DUIT. Di dunia ini duit ada dalam apa saja, politik, ugama, segala-galanya berkiblatkan duit dan keuntungan.

Hari ini bacaan ideks IPU makin teruk, bau asap kuat menusuk ke dalam hingga pening. Saban hari kalau hujan, pokok akan tumbang. Macamana pokok tak tumbang kalau habis satu Kuala Lumpur ni selagi ada bukit semuanya kita nak tarah demi pembangunan? Memang alam sudah enggan bersahabat dengan kita lagi…

Bila dah merebak jerebu sampai ke sini, kita kelam-kabut. Hujan pulak tak turun-turun…Inilah hadiah paling best hasil hubungan kita yang tak best dengan alam yang sudah semakin tua dan reput ini. Kita makin sibuk bikin bangunan tinggi-tinggi di kota yang panas ini sehingga segalanya menjadi sesak dan kelam-kabut. Bayangkan Singapura yang kecil itu yang penuh dengan hutan batu, kalau jerebu melanda dalam keadaan yang sangat bahaya, apa akan jadi pada penghuninya?

Kita sudah lama lupakan asal-usul kita, demi pembangunan…


HIDUP NI MACAM NI LAH, NAK MACAMANA LAGI?

0 comments

Saya tak pernah celebrate atau raikan majlis hari jadi sebenarnya. Tidak ada kek, hari lahir hanya satu hari yang sama seperti hari-hari lain. Saya mengharungi kehidupan dalam bentuk yang sangat sederhana sebenarnya. Pun untuk isteri dan anak-anak, saya akan meraikan hari lahir mereka kerana mereka perlu menikmatinya, terutamanya anak-anak.

Zaman kanak-kanak saya tidak pernah melalui semua itu. Tidak ada apa untuk disambut. Menjelang usia dewasa pula kita telah hilang nikmat keseronokan sebagai anak muda.

Orang suka muzik itu, saya suka yang ini. Mereka faham cara begitu, kita faham cara begini. Cara yang kita faham bukan semua orang boleh faham. Contohnya saya percaya sesuatu yang kita cari itu ada di dalam, mereka faham yang di luar. Jadi puja dan puji itu tidak ke mana-mana sebenarnya, melainkan hanya berlegar di lembah angan-angan yang berpusat di minda kita, jika kita letakkan ia di sana. Pun bukanlah hak kita untuk menghukum itu ini.

Pun baru-baru ini selepas balik dari busking dan mengajar gitar di rumah student yang terletak di Selayang, se habis saja kelas saya pun pulang. Sampai di rumah, isteri saya sudah hidangkan kek yang dibuatnya sendiri untuk saya.

Anak-anak menunggu saya pulang dengan sabar untuk sama-sama meraikan hari lahir saya. Saya terharu juga dan berterima kasih pada isteri saya yang bikin kek untuk kami sekeluarga raikan.

Sejak anak saya Adam disahkan mengidap penyakit Autisma 11 tahun lalu, nilai seronok saya dalam menikmati keindahan dunia dan materi sudah berkurang separuh atau 50 peratus tahap gembira. Inilah kehidupan. Tidak semua yang kita impikan, kita akan dapat. Selamanya saya masih sukakan mood yang redup dan murung…macam filem-filem gothic Tim Burton..Lagu-lagu pun saya sukakan mood-mood yang sebegitu.

Saya cuba buangkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlegar di fikiran. Sebab akal fikir kadang-kadang akan bawa kita jauh ke wilayah syak dan wasangka. Pernah dan selalu juga kadang-kadang saya terfikir akan sesuatu yang membimbangkan, akhirnya saya tidak dapat tidur sehingga pukul 6 pagi. Sudahnya terpaksalah fokus semula apa yang kita selalu lupa.

Kita fikir perkara yang negatif, itu tidak akan membawa kita ke arah yang positif. Bila jiwa kacau itu sangat leceh sebenarnya. Itu bagi saya neraka yang nyata. Kita perlu kosongkan fikiran kita dan pentingkanlah kesejahteraan jiwa kita. Apabila jiwa tenang, segala yang bermanfaat akan singgah diam di sanubari kita.

Sedetik kita dapat merasa kehadiranNya, itu sangat berharga sebenarnya. Perhubungan antara kita dan dia itu perlulah bersambung dan tidak putus. Apabila lupa, kita leka…kita akan merasa kehilangannya walau dia sebenarnya tidak ke mana-mana.

Sehingga hari ini, saya cuba untuk menerima apa saja yang datang dengan lapang dada…ada masanya kita kandas, ada masa kita lolos..itu biasa..hidup ni macam ni lah, nak macamana lagi?

Macamana pun album REDUP dan NOSTALGIA sudah berada di pasaran..cepat atau lambat dapatkanlah sekarang atau kemudian…T/kasih


ORANG JUJUR DIKASIHI TUHAN

0 comments

Hari lahir adalah hari dan detik pertama kita dizahirkan untuk menjadi manusia dan menggauli suka duka hidup oleh pencipta melalui ke dua ibu-bapa kita.Sembilan bulan kita di dalam rahim ibu yang mengandungkan kita.Ke mana-mana ibu menggendong kita di dalam perutnya berbekalkan kasih dan sayang. Ibu cuba untuk makan makanan dan minuman yang terbaik agar kita dilahirkan dalam keadaan yang sempurna, akal dan fizikal.

Keluar saja ke dunia, kita dah start buat hal…Memang kita tak nak sebenarnya dizahirkan tapi itulah…hidup ini adalah dengan kudratNya jua. Kita dikatakan makhluk yang teristimewa kerana dilahirkan sebagai manusia yang punya akal. Akal jugalah yang punya segala cerita dan memegang khazanah rahsia yang hanya Dia lah juga yang mengerti akan segalanya.

Saya katakan bila keluar saja dari perut ibu kita buat hal dengan menangis. Mengapa kita menangis? sebab nak makan. Siapa yang ajar kita mencari susu ibu kita? Tidak ada siapa yang ajar kerana itu adalah fitrah kejadian.

Kita menangis juga sebab kita ini perfect. Dan kita juga menangis kerana jadi manusia ni memang masalah sebenarnya. Yang jadi punca masalah adalah akal kita. Itu sebabnya bila sampai satu tempoh, kita perlu minimumkan kehendak nafsu kita yang suisnya ada di minda kita sendiri.

Fitrah berkait rapan dengan kepentingan. Kita di sini atas dasar kepentingan. Saya bernyanyi berlagu, jual album sana sini atas dasar kepentingan. Kita bekerja di opis, cukup bulan dapat gaji, itu juga kepentingan. Mereka bersembahyang dan buat amal jariah untuk mendapat ganjaran, itu kepentingan. Orang politik berebut jawatan untuk menjadi ketua, juga atas dasar kepentingan. Golongan marhaen bekerja ikut cara mereka masing-masing, juga berkepentingan.

Cuma kepentingan kita ini masih dalam kategori fitrah kerana selagi tidak ada rasa tamak dalam diri kita, kita masih di dalam lindungan kebesarannya.

Orang yang tidak ada kepentingan adalah orang gila…itulah bagi saya, kita cakap lebih-lebih tentang kepentingan dan perut kenyang, semua orang selagi bernafsu memang nak makan dengan kenyang. Segalanya bergantung kepada diri dan kehendak kita sendiri. Hiduplah bertemankan kejujuran. Bukan untuk orang lain, melainkan untuk diri sendiri…

Seperti yang selalu P.Ramlee kata: orang jujur dikasihi Tuhan…


Page 1 of 212