Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

ANAK-ANAK DAN KITA…

0 comments

Alhamdulillah, anak perempuan saya baru saja selesai menjalani peperiksaan SPM hari ini. Lama juga tempohnya berlangsung…sebulan jugaklah…

Saya puas kerana itu satu kejayaan kami sebagai ibu dan bapa yang berjaya mengharungi dan memahami musim anak-anak dari kecil hingga usia dewasa mereka. Apa saja keputusan, kita perlu menghadapi dan menerimanya.

Apa pun itu hanyalah permulaan, tengok result SPM macamana nanti, kemudian kita cuba fikir apa yang terbaik untuk masa depan anak saya itu. Pun belanja untuk belajar bukannya sikit, banyak juga…perlu ada perancangan…

Dulu saya ambil SPM 2 kali. First time dapat grade 3, tahun berikutnya dapat grade 2. Dengan grade yang cukup makan itu susah untuk kita kemana-mana sebenarnya. Walau ada cadangan untuk saya cuba mintak jadi guru, polis mahu pun tentera. Polis saya pernah cuba. Bangun pagi-pagi buta terus ke Rawang untuk proses ujian dan temuduga. Malang saya gagal di situ kerana masalah colour blind.

Saya pula tak terfikir untuk belajar di ITM ambil jurusan muzik waktu itu. Nyata saya tidak beriya-iya sangat tentang masa depan. ASK ( Akademi Seni Kebangsaan ) pula baru dibuka pun saya tidak terfikir untuk ke sana juga.

Tidak ada inisiatif, tidak ada guide…jadi kita ni ‘ The Loner ‘…

Apa pun takdir dan penentuan itu sudah tertulis dan saya hanya berjalan sebiasanya…

Pun untuk anak-anak, kita akan cuba untuk berada di sisi mereka setiap waktu dan ketika tika mereka memerlukan. Isteri saya lebih layak diberi pengiktirafan dan disanjung jika anak-anak berjaya suatu masa nanti kerana saya ni..terlebih cerdik kot….susah juga jika kita ini jenis orang yang terlalu memahami…