Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

SIRI HIDUP 2

0 comments

Di port saya, ramai orang gila yang datang singgah. Saya tak tau apa yang menarik minat mereka untuk singgah di tempat saya. Macam-macam gila ada.

Ada gila betul, ada gila buat-buat, ada golongan sadhu, ada golongan monk, ada gila isim yang lepas dan tak lepas..

Cuma yhang saya nak cerita tentang seorang lelaki yang gila betul. Matanya kalau memandang memang tajam sambil tersengih. Pernah sekali dia datang ke KL Sentral hanya dengan berseluar pendek sahaja, lalu di escort oleh polis bantuan di situ.

Apabila saya menyanyikan lagu Ramli Sarip, kalau lelaki ini ada di situ dia akan datang dekat dengan saya sambil menyanyikan lagu yang saya nyanyikan dengan kuat.

Bila saya nyanyi lagu orang putih, lelaki gila ini akan berlalu pergi. Bila saya kembali menyanyi lagu Ramli Sarip, dia akan datang kembali..

Lalu saya pun berterusan nyanyi lagu orang putih, dan lelaki itupun hilang dari pandangan..ha ha


SIRI HIDUP 1

0 comments

Kita bertanya mengapa mereka yang gelandangan, badan pun sihat itu tidak mahu bekerja? Mereka suka disuap secara percuma sepanjang masa kalau boleh…

Kerja biasa memang banyak. Di KL sentral sahaja kalau nak jadi ‘cleaner’ tidak ada masalah, apatah jika kita ini warganegara…

Di KL Sentral ada juga golongan yang suka meminta duit dari para pengunjung di situ.l.Tricknya sama saja, tatkala orang beratur di teller untuk keluarkan duit, golongan ini berpura-pura bertanya dan selepas itu …

Cuma saya salutdengan seorang perempuan Cina yang OKU, berumur dalam lingkungan 50an saya kita, berjalan terbongkok-bongkok..setiap hari dia akan datang ke KL Sentral untuk mengutip tin-tin kosong untuk dijual..Memang cekal..dia tidak meminta simpati siapaun untuk terus hidup..Dalam sehari mungkin 3 atau 4 kali dia akan berulang alik untuk mencari tin-tin kosong untuk dijual…

Kehidupan ini memang misteri…dan mengajar kita, jika kita peka..


POLITIK DAN KEPENINGAN

0 comments

Politik dicipta untuk menjadikan manusia pening. Begitulah apabila saya membelek dan membaca saban hari berita tentang MB dan politik di Selangor. Saya give-up dan pening..baik hadap benda lain selain politik..

Seperti kata seorang kawan,” Walau apapun atau siapapun yang jadi MB, kita macam tu juga”..Ini cerita tentang mereka yang berkepentingan

Kita? hidup macam biasa, perlu survive untuk hidup…lainlah kalau depa nak tolong selesaikan masalah hidup kita…

Left or right sama je…2 kali 5…


HARGA RUMAH MAKIN MAHAL DI KUALA LUMPUR

0 comments

Sudah lama saya tak update blog..dari badan kurus sampai berisi..anak-anak pun dah semakin besar. Ada member komen lagu RUMAH KITA yang terdapat dalam album REDUP ( 2013 )..Rumah ini kecil, cukup untuk kita, aku melihatmu, engkau melihatku…

Saya jawab, masalahnya anak-anak ada 4 orang..semuanya makin membesar..saya faham mereka juga perlukan ruang dan keselesaan..

Anak-anak selesa dengan persekitaran di sini ( Kawasan Keramat AU3 ), Sekolah dan sebagainya…Anak saya yang autist juga suka dan selesa dengan sekolah khasnya yang terletak di AU4, Cikgu-cikgu dan kawan-kawannya pun sudah kenal peel dan sikapnya..

Jadi atas semua sebab ini, saya tidak punya pilihan selain meraikan dan cuba menzahirkan definisi kebahagiaan demi membahagiakan kehidupan mereka. Duit insyaallah, selagi ada Tuhan, selagi ada kudrat dan iradat miliknya yang kita pinjam..ada jalanya..

YANG PENTING JANGAN PUTUS HUBUNGAN ANTARA KITA DENGANNYA…