Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

HIDUP DAN MAGIC

0 comments

Kehidupan ini sebahagian besarnya adalah magic. Untuk semua manusia jika mereka punya nilai percaya pada keajaiban, itulah yang terbaik.

Percayalah, entah di mana, somewhere in between atau Dia ada dan tahu apa yang kita perlukan, selainnya adalah penyerahan dan kepercayaan kepada kejadian ini.

Untuk saya, hidup sebagai busker, dari segi rezeki, memang dari Dialah semata. Kita bernyanyi berlagu sebab itu kerja dan tanggungjawab. Matter of time atau di mana ada connection yang menghubungkan alunan suara dan muzik yang berjaya menyentuh halwa telinga mahupun kalbu khalayak yang lalu lalang, hasilnya adalah sumbangan.

Apa yang mereka lihat dan pandang, apa yang mereka dengar adalah sekadar panorama yang mendamaikan jiwa atau hanya seperti angin lalu cuma.

Kadang-kadang saya ‘push’ untuk hasil yang terbaik, pun tak menjadi juga. Akhir saya percaya Dia selalu berserta dalam jiwa yang tenang…