Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

EKPRESI HIDUP 10

0 comments

Ramai orang bijak, tapi tapi tak ramai yang bijaksana..yang bijak itu di sana yang punya, kita tak kata bijaksini..sebab yang empunya bijak itu Dia belaka.

Kita old and wise apabila proses demi proses itu kita lalui.
Semakin usia menjenguk ke depan, kita semakin relaks…kita juga semakin redup dengan sekeliling, manusia mahupun persekitaran..

Semakin kita faham tentang kehidupan ini, semakin itu jiwa kita akan menikmati nikmat redupnya jiwa. Semua kita mampu memilikinya,,,

Sepanjang saya hidup sebagai busker..mungkin belasan tahun, saya semakin memahami setiap watak kehidupan yang menguji. Mereka bertanya berapa lagu untuk ‘request song’..saya kata, ‘ its up to you’..1sen pun orang ada bagi, saya tak tau apa point dia bagi 1 sen di abad yang ke 21 ini…kalau itu nilai appreciate, thats ok..inilah dunia busking..

cuma semakin matang kita menilai, semakin percaya kita pada nilai rezeki yang diberi,..Dia ada dan menyatu sebenarnya dalam jiwa kita Jangan kita terlalu tua untuk memahami apa sebenarnya kehidupan ini untuk kita..itu adalah kerugian yang nyata bagi kita jika kita gagal menyelongkar ke dalam dari kita lebih suka membelek yang di luar, insyaallah


EKPRESI HIDUP 9

0 comments

Dalam dunia busking, ada harinya kita akan melalui mood dalam serba-serbi yang tidak kena.. Nyanyi lagu apa pun tak kena, sampai dah tak tau nak nyanyi lagu apa lagi. Akhirnya kitapun menyanyikan lagu Enjit-Enjit Semut…


EKPRESI HIDUP 8

0 comments

Saya tidak pasti sama ada suratkhabar masih relevan lagi di zaman ini. Saya sudah lama tak beli suratkhabar sejak segala berita boleh kita dapat dengan cepat melalui internet atau smartphone…

Smartphone pun boleh dibeli dengan harga rm 150 sahaja..top up data rm 20 boleh guna internet untuk sebulan…Kalau suratkhabar nak tunggu berita kenalah tunggu esok hari, sedang hari iini segala-galanya sangat pantas, sepantas masa yang berlalu..

Seperti suratkhabar The Sun, pun msih banyak berbaki walau free..Kalau suratkhabar harganya 50 sen ok kot?


EKPRESI HIDUP 7

0 comments

Sewaktu saya pulang dengan menaiki tren jam 10 pm tadi, dalam tren ada sekumpulan remaja umur 13-15 tahun yang kesemuanya bangsa Melayu, yang tanpa segan silu berjoget dan buat bising dalam keadaan yang lalok dengan muka yang pucat, mungkin pekena gam..

Turun keluar dari stesen Setiawangsa, pun ramai juga para remaja yang umur kebanyakan mereka 13-15 tahun itu dok melepak lelaki dan perempuan ho ha sambil menghisap rokok..

Dan mereka ini semuanya Melayu.


Page 2 of 41234