Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

23 HARI SELEPAS RAYA

0 comments

Untuk sambutan hari raya tahun ini tidaklah semeriah tahun-tahun yang lepas. salah satu sebabnya semua anak-anak saya yang seramai 4 orang habis dijangkiti penyakit demam campak. Bermula dengan anak yang nombor 3, Aqeef 2 minggu sebelum raya, berjangkit pula pada kakaknya, Kamelia pada sehari sebelum raya dan terus ke adiknya Gibran dan Adam.

Saya dulu antara perkara yang paling saya khuatirkan bila anak-anak kena demam campak, banyak perkara negatif yang bermain di fikiran saya dan itu tidaklah bagus sebenarnya. Apabila Aqeef dijangkit penyakit itu, saya dan isteri terus membawanya ke klinik berdekatan.

Rupanya ia tidaklah teruk sangat. Dengan segala kemudahan dan ubat dan pantang makan benda yang gatal, semua akan ok. Apa pun semuanya sudah kembali sihat dan saya menarik nafas lega. Saya kalau boleh nak semua anak-anak sihat sepanjang masa, tapi Tuhan nak bagi kita kena terimalah, apa yang boleh kita buat pun?

Saya rasa perkara yang paling baik yang saya telah lakukan untuk raya tahun ini adalah apabila membawa anak saya, Gibran dan abangnya Aqeef bersembahyang sunat hari raya di masjid berdekatan. Terbayang kepuasan dan keseronokan di wajah anak itu saya terutamannya Aqeef.

Beberapa hari yang lepas seorang brader berumur mungkin hujung 50an, mungkin isim juga datang bersembang-sembang dengan saya. beliau selalu datang dan setiap kali muncul kami akan berbual lebih kurang, barulah saya tahu yang beliau gelandangan sebenarnya. anak bini menjauhkan diri dan akhirnya keseorangan dan membawa nasib ke sana dan sini.

Brader ni kalau kita tengok sekali macam ok, tapi bila kita tengok dua kali ada yang tidak kena dengannya terutama dalam hal yang melibatkan makna keseimbangan.

Sewaktu beliau datang baru-baru ini dengan gaya yang rugged dan up to date juga, saya tertarik dengan kata-katanya walau tidak ditanya” belajar mengenal diri ni bukan senang, salah bawak boleh tergelincir dan jadi isim, aku pun kadang-kadang tergelincir juga. Awal agama mengenal Allah, kenal Allah binasa diri”, selepas berkata-kata dalam seminit dua beliau terus berlalu pergi.

Itulah juga yang selalu saya ingatkan kepada diri dan siapa-siapa yang berminat dengan ilmu mengenal Allah ni. Pertamanya jangan belajar untuk jadi wali atau orang sufi. Perasan diri hebat adalah perkara yang paling sia-sia jika kita berada di jalanNya. Kerana yang itu hanyalah angan-angan yang datang dari kita, bukan Dia. Jadi yang terbaik, neutralkan keadaan dan biasa-biasakan diri kita dengan cerita yang biasa-biasa, itu lebih adil untuk diri kita sendiri.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.