Notes:
Ada Apa Dengan Aura?
Saya bukanlah peminat tegar irama trash atau heavy metal, cuma saya mengikuti perkembangan muzik tersebut pada era 80an sewaktu band heavy metal/trash Metallica sedang menggila menawan dunia muzik dengan gaya dan aura mereka. Bagi saya irama trash ada tarikannya yang tersendiri kerana gaya mereka opposite dengan imej glamrock..Saya suka Sepultura album ‘beneath the remains’, Antrax dan sudah tentu saya collect semua album Metallica. Waktu itu kalau pasal muzik punk/ trash mahupun metal saya suka bertanya pada Joekidd sebab dia sangat berpengetahuan bagi saya.
Dulu sewaktu di era kegemilangan muzik trash, saya tak sangat melepak dengan budak-budak trash/punk kecuali Joekidd. Apapun mereka memang glamour waktu itu sebab bila sesuatu konsep itu di perdagangkan ianya sudah menjadi trend dan fesyen. Ada juga saya menonton show-show band trash tempatan popular waktu itu seperti Nemesis dan Punisher di Kotaraya. Ha ha ha
Cliff Burton( 10/2/1962 – 27/9/1986) adalah bass soloist untuk kumpulan Metallica. Auranya cukup terserlah dan apa yang membuatnya sangat berkarisma adalah kerana kejujurannya dan dia hanya menjadi diri sendiri. Kita lihat kebanyakan ahli metal akan dressing macam mat metal/ Trash tapi mamat ni dia seakan duduk di zaman Black Sabbath dengan jaket jeansnya dan seluar bell bottom. Saya suka bandingkan Cliff ni dengan Jaco Pastorius bassist kumpulan fusion jazz yang hebat Weather Report. Kalau nak ikut gila bagi saya Jaco memang gila lagipun memang dia ni sakit mental( bipolar) dan dia akan tetap dikenang sebagai bassist hebat sepanjang masa. Ke dua mereka memang genius. Cliff pula bagi saya sangat berkarisma dengan gayanya yang rugged dan original. Tidak hairanlah Hetfield sanggup tebalkan muka merayu Cliff untuk join band mereka.
Kalau kita tengok Jaco, dia macam Hendrix. Dia tak macam jazz player. Dia memang gila dan dia memang genius. Kita tengok Cliff, dia pun memang gila dan walaupun permainannya sudah cukup bagus dan sudah menjadi terkenal, dia masih praktis 6 jam sehari. Sayang, ke dua mereka mati muda. Cliff mati umur 24 tahun manakala Jaco 35 tahun.
Karisma atau aura adalah sesuatu yang ada di dalam diri. Itu benda sangat mahal dan tidak dibuat-buat. Antara penyanyi/pemuzik hebat yang bagi saya ada karisma seperti Jim Morrison, Bob Marley, Lennon, Dylan, Cliff Burton, Ozzy, Cat Steven, U2, Floyd, Jaco Pastorius dan banyak lagilah sebenarnya.














