Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

AIR MASAK DAN KEHIDUPAN

0 comments

Hari ini minuman utama saya adalah air mineral. Semenjak 2 tahun lepas saya mula banyak minum air masak atau mineral. Setiap pagi selepas bangun dari tidur, sekurang-kurangnya segelas air mineral.

Saya tidak punya pilihan kerana sebelum ini memang jarang minum air mineral sebab tak ada perasa. Kita suka yang manis-manis dan bertenaga saja. Livita atau Red Bull memang saya amalkan sebelum ini tapi bila bacaan gula dalam badan naik, saya mula memikirkan tentang fitrah alam dan kejadian.

Kita tengok bangsa lain sejak dari kecil mereka dididik dan diamalkan minum banyak air masak. Saya pun waktu sekolah dulu agak bengap juga, kita pun hairan mengapa mereka bawa air masak sebagai bekal ke sekolah? Kenapa tak macam saya yang minum bergelas-gelas air gas yang manis dan sedap itu? Sekarang baru saya faham. Bukan baru faham, sudah tidak ada pilihan lain sebenarnya…

Banyak kelebihan yang saya dapat selepas mengamalkan minum air masak. Terutamanya dari segi suara dan tenaga. Bagus kalau kita boleh minum sehingga 2 botol besar mineral sehari.

Dulu saya suka minum ais sehingga kadang-kadang suara itik keluar semasa berlagu. Itu part paling leceh sebagai seorang pemuzik sebenarnya. Sekarang agak konsisten…Alhamdulillah..

Rezeki itu terpulang berapa Dia nak bagi, kita buat kerja sejujur yang termampu…selainnya segalanya adalah kudratNya juga…yang paling baik, kawallah suasana agar sentiasa tenang dan rileks..kalau jiwa rileks, kita boleh rasa Dia selalu ada. Kalau berserabut kita selalu rasa dia jauh sangat…tapi ada juga sebenarnya, dah kita berserabut macamana nak perasan?…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.