Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Aku adalah kamu, kamu bukan Aku

0 comments

Anak saya empat orang semuanya. Yang sulung berumur 15 tahun, masih bersekolah di tingkatan tiga. Anak yang ke dua pula Adam namanya, umurnya 13 tahun. Adam pengidap ‘autisma’. Apapun tempatnya sudah ditetapkan di syorga sini mahupun sana. Kita ni yang masih terkial-kial tak tahu mana nak pergi nanti. Ha ha ha

Anak saya yang ke tiga Aqeef namanya dan yang bongsu Gibran. Aqeef ni umurnya 9 tahun dan Gibran 6 tahun. Anak saya Aqeef dan Gibranlah yang menghidupkan suasana dan mood kami sekeluarga. Mereka dua beradik ni suka berkelahi, berbaik, berkelahi kemudian berbaik semula. Sikap mereka berdua ni memang cukup memeningkan kepala ibu mereka. Saya pun pening juga. Ha ha ha

Baru tadi mereka bergaduh. Punca bergaduhnya kecil sahaja. Si Aqeef mendesak saya supaya memarahi adiknya yang nakal. Saya kata, ‘adik beradik jangan bergaduh, Tuhan tak suka’.
Anak saya si Aqeef ni bicaranya seperti orang dewasa. Dia menyuarakan rasa tak puas hatinya terhadap saya. Katanya saya pilih kasih, terlalu manjakan adiknya. Bila dia meluahkan rasa tak puas hatinya itu, saya biarkan dia luahkan. Saya menjadi pendengar yang setialah.

Oleh kerana Aqeef ni agak matang dari segi pemikirannya, saya cubalah menggunakan saikologi.
Katanya dia akan simpan dendam akan perlakuan adiknya itu. Saya kata kita ni hanya manusia biasa. Semua orang ada buat silap. Katanya orang beriman tak ada buat silap. Saya kata orang berimanpun tidak akan lari dari buat silap. Yang tak buat silap hanya Malaikat.

Kata saya lagi, sifat berdendam itu sahabatnya iblis, sifat memaafkan itu kesukaan Tuhan. Jadi kita nak Tuhan suka kita ke atau iblis suka kita?

Bila saya menggunakan nasihat yang seperti itu, rasanya dia faham dan kemudian segalanya menjadi jernihlah. Begitulah ceritanya..

Bukan mudah untuk kita mengikat tali kasih antara saudara. Ini waktu kecil pun kita tengoklah, anak-anak kecil bergaduh berebutkan barang permainan. Mana ada bab-bab nafsu lagi. Mereka adalah ujian untuk kita sebenarnya. Saya kalau boleh mahu ikatan persaudaraan itu kukuh tersemat di dalam jiwa mereka. Walau saya tidak dapat menduga bagaiamana sikap mereka bila menjelang usia dewasa yang mana waktu itu nafsu dan kehendak biasanya menjadi tajuk utama diari kita manusia, saya usahakan juga, semaikan baja kasih-sayang dalam diri mereka. Itulah, bukan senang nak senang.

Saya jarang marahkan anak-anak. Kadang-kadang ada juga, tapi itulah, kesannya saya akan rasa seperti saya marahkan diri saya sendiri, apatah jika mereka menangis kerana takutkan saya.

Saya bersyukur kerana mereka membesar di depan mata saya dan ibu mereka. Ada rezeki, insyaallah. Jangan takut, Tuhan ada.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.