Notes:
Al-fatihah..Os(Mohd Firdaus Yusoff)
Gua kenal Os(arwah) lama juga, 1990 dulu..berambut panjang..dan ada menonton dia perform dengan grup anderground Assault?(gua tak ingat nama band). Arwah ni sebenarnya tergolong antara budak yang bijak, dia student STAR(Sekolah Tengku Abdul Rahman) Ipoh. Muka dia pun muka budak bijak dan kreatif. Bila arwah pilih muzik jadi sebahagian dari hidup dia, itulah harga yang perlu di bayar, bergantung pada jalan mana yang di pilih. Ada yang berjaya dan terkenal, banyak duit, popular dan glamour, ada yang tersangkut di celah-celah ranting kehidupan. Itu jalan yan kita pilih. Gua pun pilih apa yang gua suka, dan arwah pun begitu juga. Lepas tu Os tubuhkan grup Naked Butterfly, 2 orang anggota Naked Butterfly bekas musician gua, si Mamal dan Chemat. Band gua dulu ‘Society’. Dan gua pun taklah rapat sangat dengan Os masa tu atau sebelum tu. Lepas tu arwah tubuhkan Republic of Brickfield dengan Aru.
Arwah ni antara pemuzik yang sangat kreatif antara yang gua kenal. Dan kami jadi agak rapat bila sama-sama pilih karier yang sama, menjadi busker atau street musician, cuma arwah semasa dia jadi busker, dia dah jadi penagih yang tegar, itu sebab dia busking, sebab boleh dapat cash money untuk beli ubat. Gua tak ada masaalah dengan arwah samaada di penagih atau tidak, sebab itu jalan yang dia pilih, dan gua tak boleh nak kata penagih dadah itu jahat, cuma mereka itu golongan yang sakit. Itu saja. But yang pastinya gua memang hormat arwah sebagai seorang manusia dan jalan hidupnya.
Ada satu part yang gua tak boleh lupa..dulu tahun 2004-2005 gua selalulah busking di Jalan Alor, Bukit Bintang. Kadang-kadang gua busking dengan arwah dan kawan-kawan lain di CM.
Arwah selepas dia busking di CM akan ke Petaling Street atau Jalan Alor untuk busking. Sebab kos untuk membeli ubat bukanlah murah, perlu wang yang sangat banyak. Tu sebab gua boleh katakan orang yang jadi penagih ni golongan orang yang banyak duit sahaja. Busker tak sepatutnya menjadi penagih, itu pendapat gua. Sebab Busker adalah dari golongan Marhaen. Itu kenyataan. Jadi untuk mendapat wang yang banyak, arwah akan bekerja keras mencari duit. Jadi selalunya arwah akan busking pukul 7pm di Jalan Alor. Turn gua pukul 8, jadi bila gua sampai biasanya kita akan lepak di kedai mamak, dibelakang tu ada pot untuk lepak. Sebiasanya mood arwah masa tu agak ceria, sebab masa gua sampai dia sedang mengira hasil collection busking..ha ha ha..selalulah dia cakap..”banyak aku dapat hari ni Meor”. Jadi mood dia memang best masa tu.
Pernah gua tanya, “kalau kau clean, kau busking tak Os?”
Dia cakap..”kalau aku clean, aku tak akan busking Meor”
Dan selepas itu Os pun menjalani hidup sebagaimana yang telah di takdirkan untuknya. Sehinggalah dia di cekup dalam satu operasi di CM.
Lama selepas itu gua pun berpindah ke Ipoh untuk satu episod dan musim yang baru bagi mevariasikan watak hidup gua sebagai seorang pelakon di mukabumi ini. Os pulak menjalani rawatan di Pusat Pengasih.
Tak lama lepas tu gua jumpa dia di CM setelah hampir setahun kami tak berjumpa. Apa yang gua nampak adalah keceriaan di wajah beliau. Fizikal pun dah berbeza, muka pun dah berisi, arwah sudah berhenti dari menajdi penagih dan bekerja di Langkawi sebagai musician dan sound engineer untuk live band di sana. Itu berita yang gua rasa sangat best. Ingat lagi kalau di CM dulu di bulan puasa pun arwah akan busking juga, walaupun tempat busking diorang buat khemah untuk peniaga berniaga di situ..ha ha..
Dan yang terbaru adalah semalam, bila gua baca blog Nan Blues, gua terkejut. Arwah dah kritikal dan di masukkan ke ICU hospital Sungai Buloh, masaalah paru-paru. Pukul 3.30 arwah menghembuskan nafas akhir. Gua termenung kejap. Cepat masa berlalu, bila-bila masa kita akan pergi. Apa lagi yang boleh gua cakap..selain innalillah…
Apapun arwah sudahpun menjalani watak dan tanggungjawabnya dalam kehidupan yang tak pernah kita duga ini. Al-fatihah..















salam bro.
antara satu kisah dalam beribu2 watak manusia di dunia ni.
apa yang paling penting. walaupun bermacam2 warna episod dlm kehidupan..pengakhirannya ke jalan yang betul.Moga Allah mengampuninya dan kita juga.Amiin.
p.c.
ok, tq