Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

alooooooooooooooooo………..

0 comments

Tadi tengah dok lepak kat opis ni,satu panggilan talipon dari sorang sahabat..MiKE penulis blog tersohor tanahair..’semusim di neraka’..heheh..kawan-kawan memang hebat..sebahagian dari keajaiban alam dan kejadian..haha..

aku baru balik dari KL semalam…kesana 16/5/2008..ada program ‘The weekend Session'(www.the-wknd.com)

lepas tu jumpa sahabat..joe kidd yang semakin aktif dan lagu-lagunya(Carburator Dung)nya semakin laju dan nak marah jer..hahaha..juga Fendi yang semakin kedepan dan maju..semakin berani..(director filem)dan nantikan kemunculan filem ‘KAMI’ di pawagam..dan berjumpa pulak dengan si Sani sudin yang dalam perancangan untuk album merapu pertamanya..the greatest of Sani Sudin…ur the man..haha..

kawan-kawan sebahagaian dari nafas hidup..buat aku seronok untuk hidup 1000 tahun lagi…sebab apa 1000 tahun lagi?sebab aku dah matidah dulu…permulaan mati itu pengembaraan untuk sebuah keabadian..tak gitu?

frankly speaking..hidup ni elok sampai umur 50 jer,selepas tu eloklah ke lembah yang namanya’Akhirat’..buang elemen-elemen kebendaan,kekapitalisan,kemunafikan yang menjijikkan..jangan munafik pada diri sendiri..tapi kalau itu mahu nya dunia…ya apa salahnya dong?hehe..bukankah kita suka pada cerita yang indah-indah belaka bagai dalam syorga..haha

berjumpa pulak si Zunar yang hebat dengan ideologi nya..terimakasih atas penghargaan bro…ur the great…gratest malaysian hero..aku kenal zunar awal 90an…masa tu dia dah orang kuat Parti PAS..dan dia firm dengan apa yang dia pegang dan percaya…

ada juga jumpa Black..yang semakin aktif dan masyur sebagai penulis dan anak jantan…haha..

at the end ..aku pun berkata..terimakasih Tuhan……….dan untuk yang seterusnya …terimakasih tuhan..dan untuk yang semalam pun..terimakasih tuhan…dan untuk dimasa ini pun…dan untuk dimasa itu pun..dan dimana-mana pun….

 

Share This Article On Facebook

468 ad

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.