Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

ANAK-ANAK KITA

0 comments

Saya semakin malas dalam semusim dua ini untuk update blog Pestajiwa ni. Saban malam saya perlu menulis dan berkisah untuk beberapa portal online. Pendekata siang malam kerja.

Menulis yang tulisan kita dibayar menuntut kita banyak buat homework dan research walau topik-topik yang saya tulis kebanyakannya berkisah tentang muzik dan kehidupan, yang memanglah tidak ada masalah untuk saya kerana saya faham apa yang nak saya tulis, tapi perlu juga bahan rujukan dan fakta.

Kalau dulu kalau boleh hari-hari saya akan update blog sebab dah macam satu kewajipan pula. Musim ini jadual penuh. Siang kerja, malam menulis. Tulis blog ni kita tak fikir apa pun, apa yang terlintas saja…

Anak saya yang sulung, Kamelia akan menduduki peperiksaan SPM dalam waktu terdekat ini. Sebagai seorang ayah juga ibunya, kami berdoa apa saja yang terbaik untuknya. Yang paling penting dalam menghadapi musim peperiksaan adalah ketenangan. Apa saja pun perlu berserta ketenangan.

Mengadap Tuhan perlu dalam keadaan jiwa yang tenang, kita makan perlu tenang, kita menyanyi perlu tenang juga..apa saja yang melibatkan hal ehwal kehidupan kita perlu tenang selalu.

segala cerita sudah pun tertulis…jadi mengapa perlu gusar? Kita gusar kerana sifat kita yang begitu. Untuk menghilangkan gusar bukanlah suatu yang mudah…Kita hanya manusia yang sudah dibekalkan akal dan fikiran berserta jiwa, jadi dalam menuju kesempurnaan memang perlu melalui banyak proses sebenarnya…

Anak saya yang no 2, Adam pula kata ibunya, semakin cool…anak saya itu semakin sensitif, tak boleh ditegur sikit..apa boleh buat, beliau ahli syurga. Kata kakak ipar saya Adam yang paling awal masuk syurga. selepas itu barulah kami.

Nafsu menjadikan kita selalu dan kadang terlalu menurut kehendak kehidupan dan dunia, berbanding Adam. Anak saya itu memang makan minum, makan

dan pakai…tapi itu seperti keadaan bayi yang tinggal dan hidup dalam kandungan ibunya, fitrah, berbanding kita . Itulah seperti saya kata, antara rm 1 atau rm 1 juta, tidak ada makna apa pun pada dia, berbanding kita.

Beza kita dengan dia, dia buat segala macam perlakuan pun tak ada dosa, kita pula tersalah atau melakukan salah tetap juga berdosa dan akan ada rasa bersalah dalam diri sekurang-kurangnya. Jenuh jugalah bercermin..

Anak saya yang nombor 3, Aqeef pula minggu depan akan menghadapi peperiksaan, Adiknya pun begitu juga. Aqeef ni berbakat dalam muzik, cuma malas praktis..

ibunya memang pening dan selalu mengadu dengan saya tentang anak kami yang sorang ni, sebab pandai sangat menjawab, macam orang dewasa, kata ibunya…satu hal anak-anak saya ni memang sangat rapat dengan ibu mereka…mereka pula naif dalam tutur bicara mahu pun perlakuan..apa pun walau ibu mereka pening dengan kerenah anak-anak,

tapi kalau berenggang dalam setengah jam pun jiwa isteri saya boleh jadi kacau…

Gibran pula masih lagi dengan dunia robot dan game…itulah perkara yang utama dalam dairi hidupnya seperti siri-siri seorang budak yang berumur 8 tahun…

Tapi, kita gaulkan semua ..inilah makna bahagia dalam istilah yang lebih praktikal dan realistik

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.