Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

ANTARA KITA DAN MEREKA

0 comments

Saya sebenarnya termasuk dalam golongan warga marhen dan itulah kenyataannya dari dulu hinggalah ke hari ini. Saya mula memikirkan tentang kesempurnaan dan keselesaan baru setahun dua ni saja. Sebelumnya saya tak kisah sangat tentang keselesaan hidup di Kuala Lumpur ni. Itulah kelemahan saya yang (jika ada ) selalu saya kesalkan dalam hidup yang semu ini.

Apabila anak-anak semakin membesar, barulah saya terasa sangat kesan dan betapa sempitnya rumah sewa yang sedang saya diami ini.

Hari ini Kuala Lumpur sudah sempit dan menjadi kota kapitalis yang kejam kepada warga marhen seperti saya. Kita yang sudah beranak pinak ni masih tinggal di flat 2 bilik dengan kadar sewa yang agak tinggi. 5 tahun lepas saya dan famili tinggal di Ipoh, menyewa rumah teres 3 bilik yang agak selesa dengan kadar sewa rm 300. Memang selesa dan masih murah.

Di sini kita nak cari rumah sewa teres satu hal, nak cari rumah flat yang ada 3 bilik pun satu hal juga. Kalau ada pun, nun di hujung dunia lah…

Inilah masalah jika kita tidak punya banyak wang dan harta. Memang terasa sebenarnya. Kuala Lumpur hanya selesa pada warga elit yang berkemampuan sahaja sebenarnya.

Dan Kuala Lumpur tidak akan adil kepada warga marhen seperti kita..inilah kenyataannya…kenyataannya juga saya terpaksa tinggal di sini kerana inilah pusat kemajuan dari segi sosial, seni dan artistik berkembang…

Hanya dengan keajaiban saja yang mampu mengubah takdir hidup kita, selainnya…apa yang mampu kita lakukan hanyalah..Kalaulah…kalau dapat itu, kalau dapat ini…atau kita matikan angan-angan dan duduk di dalam kenyataan hidup?

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.