Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

antara lagu melayu terbaik..

7 comments

Semenjak dua menjak ni gua teringat balik lagu kesukaan gua dulu dan kini,tajuk lagunya..KASIH TAK TERHURAI,LAGU MANAN NGAH dan liriknya mnasir bikin..lagu ni memang sangat bermutu,dan member gua Shekh al Sham pun setuju juga dengan pendapat gua..sebabnya susunan/arrangementnya sangat menarik..Dan penyanyinya Sheqal menyampaikan lagu ini dengan baik juga.Dulu gua pening nak mencari lagu ni..Keynya Cm..tapi part solonya Manan sudah pergi ke Em..hahaha..brilliant..lepas tu bila masuk balik ke Cm balik..

Lirik pun sangat berkualiti,antara lirik terbaik Nasir gua rasa..dulu 93 dulu gua ada masuk studio Luncai ada lirik lagu ni yang dianyam dengan benang..sebesar 24 inci lebar dan 30 in panjang kot ..besar.pemberian dari Ruhil untuk Luncai Emas/Nasir kot..

Lagu ni juga selalu gua bawak pi busking..Manan antara komposer/produser yang gua salute ditanahair ni..bijak dia buat lagu..

Ada satu cerita,mungkin biasa la..gua busking dengan member gua Syed Amran adik Siso ..selalu kita busking kat kedai makan berdekatan hospital besar..waktu tengahari..jadi satu hari tu..kat kedai makan tu si Manan sudah lepak nak makan tengahari kot..jadi Si Syed member gua ni komposer yang terkenal juga sebenarnya..banyak lagu-lagu dia dinyanyikan oleh Iklim,To ki..Saleem..dan Si Manan ni member lama dia..jadi itulah,bila kita busking..mata yang memandang kita ni kebanyakannya negatif la..jadi bila si Syed nampak Manan tengah lepak…dia pun ajak gua pi sembang sekali..ye la,dia pun bukannya nak mintak duit..gua pulak tak berminat nak bersembang atau tegur si Manan ni,sebab memang gua tak kenal..gua bukan dalam komersial line dan gua pun tak ada apa-apa kepentigan..im not into it..jadi bila dia pergi kemeja Manan,mamat tu sudah buat tak kenal dia…jawab pun acuh tak acuh je..hahahahaha…dalam hati gua sudah cakap ”hancur mamat ni”..

Lepas tu si Syed sudah datang kat gua,sebab kitorang nak start busking dah..Syed cakap..”malu aku kat kau Meor,celaka betul mamat ni,dia buat tak kenal aku”..hahahaha..

Gua pun kutuk juga la..lepas tu kitorang pun busking..dah lama lepas tu..si Manan ni,panggil Syed..Syed,mu ni adik Siso kan?maaf banyak-banyak la Syed,aku memang tak ingat…hahaha..ok fine..so lepas tu Syed tersengih datang kat gua..its not about kenal atau tak kenal..tapi persepsi orang tengok kita..itu saja..first sekali memang dia ingat kita ni haprak la..itu je la..kalau pun dia tak kenal Syed,apa salahnya kalau ada Busker datang kat dia say hi..sembang-sembang..kita sesama manusia..apalah salahnya menilai manusia itu seadanya kita..tapi ok la…semua orang ada kisah,semua orang ada cerita..tapi personally gua respek lagu ”Kasih tak terhurai ni..salah satu sebabnya juga..liriknya bercerita tentang usul yang asal..maknanya agreement kita dengan pencipta,kasih dan rindu kita pada sang Khalik..sangat nyata terutamanya pada bait-bait akhir lagu ni..HANYALAH DIRIMU,YANG MENYIMPAN RAHSIA,JAWAPAN PASTI YANG KUNANTIKAN,KU TETAP MENANTI SAAT KAU KEMBALI,KEASALMU PANGKUAN KU..

juga rangkap yang sebelumnya..”namun tangisanmu yang telah kau titiskan waktu perpisahan,memberikan ku tanda,satu keraguan yang bergelora”..jadi ceritanya bila kita dialam kandungan kita sudahpun bernyawa masa tu..lepas sembilan bulan kita keluar dari rahim ibu..kita menangis..ya itu sebab kita suka dan sedih..suka sebab kita ni special,sedih sebab kita akan membesar dengan dibekalkan nafsu dan kehendak..yang memungkinkan kita lupa pada dia..padahal dia selalu ada bersama kita,tapi ye lah..hal-hal dunia ni memang begitulah ceritanya…jadi biasanya seorang pengembara itu,bila sampai waktunya dia pun cuba untuk usul balik cerita asal kejadian dia..hehe

KASIH TAK TERHURAI

KAU TEMUI JALANMU,APAKAH KAU PASTI..
ITU YANG KAU CARI..?
AKU TAK MENYALAHKAN..BAHKAN MERELAKAN
TAKDIR ITU TAKDIR..
NAMUN KEMANA DAN BAGAIMANA..KUBAWA CINTAKU

PEDIH YANG MENAMPAR,MENAMBAHKAN LUKA
PADA KU YANG TERLALU MENYINTAIMU
GEMERSIK MENIKAM TERSAYAT SEMBILU
APAKAH INI KAN BERAKHIR

NAMUN TANGISANMU YANG TELAH KAU TITISKAN
WAKTU PERPISAHAN
MEMBERIKANKU TANDA SATU KERAGUAN YANG BERGELORA
NAMUN SIAPAKAH BISA HURAIKAN PERTANYAAN INI

HANYALAH DIRIMU YANG MENYIMPAN RAHSIA
JAWAPAN PASTI YANG KUNANTIKAN
KUTETAP MENANTI SAAT KAU KEMBALI
KEASALMU PANGKUANKU..

Jadi liriknya memang ketuhanan 100%..mengikut interprasi gua la..lain orang mungkin lain interprasinya…semua pun ok..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. salam bro.
    penilaian mata manusia ada pelbagai mengikut kaca mata masing2.
    ada yg terlupa yg sebaik2 dlm membuat penilaian adalah Pencipta yg sama.be urself.

  2. benludin says:

    gua pun tak kenal sapa itu manan ngah…harap manan ngah tak kecik ati

  3. harini dlm NST ade gambar bro dgn citer pasal basking

  4. abdul mannan bin ngah says:

    bro MEOR dan SYED : ada insan terlupa pada yg lain krn tiada rujukan yg berterusan ttgnya lantaran masa yg berlalu. Manakala ada pula yg ingat pd yg lain krn perjalanan hidupnya dilandasan yg jd perhatian org lain. Ianya dua keadaan dan nasib yg berbeza, walaupun dlm gelumang yg sama iaitu MUZIK…Sdr meor sebenarnya tertinggal sedikit menceritakan… See More bagaimana reaksi saya dihujung pertemuan kita tempohari bersama syed itu setelah beliau memberikan keyword “adik siso” , iaitu lantas saya mengiakannya tanpa ragu-ragu dan senyuman kenangan lama … jgn kecik hati bro 🙂

  5. abdul mannan bin ngah says:

    bro MEOR dan SYED : ada insan terlupa pada yg lain krn tiada rujukan yg berterusan ttgnya lantaran masa yg berlalu. Manakala ada pula yg ingat pd yg lain krn perjalanan hidupnya dilandasan yg jd perhatian org lain. Ianya dua keadaan dan nasib yg berbeza, walaupun dlm gelumang yg sama iaitu MUZIK…Sdr meor sebenarnya tertinggal sedikit menceritakan… iaitu bagaimana reaksi saya dihujung pertemuan kita tempohari bersama syed itu setelah beliau memberikan keyword “adik siso” , iaitu lantas saya mengiakannya tanpa ragu-ragu dan senyuman kenangan lama … jgn kecik hati bro 😉

  6. cr:yes..u are rite..:)

    abd mannan:ok bro..cool..:)

  7. thesoofi says:

    pusing macam mana pun..hanya salikin yg mengenal jalan.

    hahaha…lirik ni berbaur smua…wahdatul wujud, wahdatul syuhud dan apa2 saja istilah yg manusia labelkan kepada sesuatu yg tak terikat dgn bahasa manusia…hahaha

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.