Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

APA ADA DALAM LAGU?

0 comments

Apabila pintu terbuka, kita pun masuk untuk singgah bermukim di dalamnya. Seperti katanya hidup ini hanya sebuah persinggahan, kita pun melangkah lagi dan seterusnyalah tanpa penyudah.

Cuba perhatikan lirik lagu penyanyi J.Mizan ini yang judulnya ‘Mencari kesayanganku’. Di penghujungnya si pengembara tak jumpa pun nama Cik Diana yang mempunyai gadis jelita itu. Tapi si pengembara tidak emosional, malah ucapkan terimakasih lagi. Ha ha ha

Juga mengingatkan saya tentang kitab Fariuddin Attar, Mushawarrah burung…segalanya berkisar tentang ‘mengenal diri’ dan pencarian yang sudahnya jawapan pada kebahagiaan itu hanyalah apabila kita membelek diri kita sendiri tanpa ada sebarang penafian lagi.

Ataupun cuba kita dengar lagu Datuk Ahmad Jais, judul lagunya ‘berikan ku sinarmu’ ..yang dalam salah satu rangkapnya berkata ‘ walau dah berjumpa tapi tak sekata’..dan lagi ‘ ku tetap bersabar hingga akhir zaman, walau bongkok tiga, kau pasti ku nantikan’. Cuma kalau dah bongkok tiga pun tak kenal lagi agak sedihlah juga…

Saya suka mengkaji lirik-lirik lagu lama..banyak yang berkias dan sangat misteri bahasa dan maksudnya. Mereka yang menulis itu bukan sebarangan orang…

Cumanya setiap maksud dalam lagu itu segalanya bergantung atas kefahaman kita sendiri untuk menilai maksud yang tersirat di dalamnya. Kebanyakannya lagu-lagu cintalah sebab kita di sinipun atas dasar cinta juga. Cinta yang abadi hanya pada diri dan pencipta. Cerita di dunia ini hanya sekadar di dunia sahaja. Di sini pentas untuk kita berkasih sayang sesuai dengan status kita sebagai khalifah di muka bumi Tuhan ini. Kita bertanggungjawab terhadap amanah yang sedang kita pikul ini.

Berbalik pada lagu-lagu lama…Dengarlah klasik nasional…di mana jua anda berada. Ha ha ha

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.