Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Apa yang ada dijalanan?

5 comments

Apa yang ada dijalanan itu adalah yang terbaik untuk proses kemanusiaan menjadi seorang manusia yang faham tentang hidup dan kehidupan..Pelukis jalanan,pemusik jalanan..contohnya..atau Wakil Rakyat yang mempraktikalkan makna jawatannya..maknanya turun,jengok masaalah rakyat..bukan duduk dikerusi empuk tunggu dapat projek itu dan ini..bukannya hanya bercakap atau berpidato dipentas macam raja lawak..hidup ini praktikal beb,bukan teori..teori masa kamu sekolah ok la,itu hanya panduan..itu sebab kalau kamu belajar di Universiti atau belajar tinggi,kamu kena praktikalkan teori-teori yang telah diajarkan pada kamu…pun tidak mencukupi..Hidup adalah pengalaman…

Aku nak bercerita pasal dunia Busking,pasal hidup kawan-kawan aku yang jadi Busker dan bermain musik dijalanan..Yang ini kalau boleh biar orang Politik yang duduk di Parlimen baca..Sebab bagi aku Akta yang diguna pakai tahun 1952,Akta Papa..sudah tidak releven dan lapuk…Kita sedang menjenguk ke era maju..maknanya pemikiran dan visi kena seimbanglah..Dan  aku sangat tidak setuju golongan Busker ni dikategori sebagai pengemis..ini pandangan yang sangat sangat outdated dan bongok,kecuali kalau pemikiran kamu masih ditahun 50an…

Aku ada tengok rancangan TV yang ada membincangkan pasal Pemusik Jalanan..dan kalau kamu tengok muka ahli-ahli panelnya,kamu dah tahu apa yang ada di otak dan pemikiran mereka…betapa sempit dan dangkalnya kata-kata yang diucap,betapa otak-otak mereka masih ditakuk lama…Sepatutnya Kerajaan membantu golongan  Busker ni..Ini satu bentuk kerjaya juga..Busker bukan peminta sedekah beb…Kawan baik aku,Nan Blues..dia bekerja,dah 30 tahun dia bekerja..dan dia Busking juga,itu sebab dia ada bakat bermain musik dan bernyanyi..macamana kamu kata dia peminta sedekah?..Dan Nan juga pemusik professional..main di Kelab atau Hotel atau majlis-majlis keramaian tajaan pak Menteri..Baru je minggu lepas aku perform dengan dia di Hartamas,Yayasan Nurul yakin milik Pak Menteri..

Aku pun pernah sekali nak diangkut ke Mersing oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat beberapa tahun dulu…hahaha..

Ok macam Nan,dia tahu untuk memajukan taraf hidup dia dan keluarga..maknanya dia seorang yang bertanggungjawab..dia bermain musik dijalanan,memperdagangkan bakat dia..jadi orang yang tengok persembahan dia bayar sekadar yang mereka mampu,sebagai tanda penghargaan pada bakat dia…yang itu kamu kena respek beb..Dan bukan semua penyanyi atau pemusik boleh Busking dijalanan..Aku personally lebih respek Pemusik jalanan dari Mawi atau Nasir..berkali-kali ganda..sebab aku suka yang real..aku tak suka Plastik..tapi aku suka nyanyi lagu ..sekuntum bunga plastik..hahahhaaha….

Lagi sorang kawan aku yang jadi Full Time Busker..Nik,dan dia sangat success dengan kerjaya dia sebagai Busker beb..boleh hidup,boleh berdikari,.boleh bayar sewa rumah,boleh pakai internet kat rumah,boleh pakai handphone mahal,boleh pakai kereta..pendekata boleh tanggung anak binilah,tapi sebab dia belum kawin lagi..tak boleh nak cakap lebihlah..hehe..But aku confident dengan kerjaya dia sebagai pemusik jalanan..Kalau nanti ada Busker yang nak jadi menantu aku,boleh saja..asal dia seorang manusia,bukan duduk dialam fana,tahu dan faham tanggungjawab sebagai suami..Jalan terus..tapi kena serius la,buat betul-betul…Kalau nak Ho Ha,tak boleh la…hehe…macamana pun itu kerja Tuhan la..

Pandangan orang kita kena berubah,ini bukan zaman tok kaduk dulu beb..ini zaman orang berlari untuk terus hidup,ini bukan zaman sekadar boleh hidup dan dapat duit pencen..itu pandangan orang-orang malas..tu sebab melayu kena dengar lagu Ali Malas,dendangan Raushanfikir..hehe..Ini bukan zaman angan-angan,sebab kita bukan duduk dikayangan beb…ini zaman kita perlu cari duit..caranya kita perlu bekerja,tak kira apa kerja…asal halal disisi Tuhan..Busking itu satu bentuk kerjaya..

Kerajaan atau ahli Parlimen patut bentangkan isu pemusik jalanan ni disidang dewan rakyat…ada member dari Jepun,hantar email gambar Busker sana..siap ada sound System,pakai troli je..Kerajaan bagi permit,Disingapore pun Kerajaan bagi permit juga..Dia Australia,si Azmyl Yunor bercuti disana..dia busking,boleh apply permit..DiMalaysia?Rakyat dah main kedepan,depa dok melalut duduk kat zaman dulu kala lagi…

_dom8738

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. dari jalanan, kepentas dunia 🙂

  2. ya betul itu kawan..heheh

  3. Memang dah mentaliti lapuk macam tu.Kalo tak,masakan timbul kata2 “Sesekali turun la ke padang..”.Dia orang akan terus rasa dia orang lebih tinggi duduknya dari rakyat di jalanan.Aku tak fikir dia orang ambil kira isu2 ni.Kita terus saja dgn kerja kita.Hidup mesti terus…

  4. ya betul itu kawan..jalan terusssssssssss..haha

  5. Aku suka persembahan yang datang dari hati nurani bukan dari akal yang memanipulasi. Apa ertinya seni yg hanya dapat disaksikan oleh mereka yang berkemampuan sahaja.

    Teruskan pemuzik jalanan,teruskan…

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.