Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Arah

0 comments

Pertamakali saya menyanyi di atas pentas pada tahun 1986. Waktu itu terlibat dengan grup teater ANGKA Kuala Lumpur. Lagu yang saya nyanyikan saya cipta sendiri judulnya saya pun dah tak ingat. Waktu itu saya anggap zaman pramatang saya dalam mencari identiti diri sebagai peyanyi folk. Pertamakali naik pentas saya agak gabra juga, tapi cuba control gabra dengan gaya menyanyi pejam mata untuk dapat feel.Pun tak feel juga. Ha ha ha

Lama juga saya melalui musim pembelajaran. Bukan mudah sebenarnya. Cuma yang paling penting bagi saya, hidup ini adalah praktikal. Kita pratikalkan hidup ini mengikut gaya kita, kita akan dapat feelnya juga nanti.

Saya ingat bila album pertama saya diterbitkan, karier saya akan bungkus kerana dari segi kualitinya agak kurang sikit. Tapi itulah, saya redah je ikut apa yang saya mahu dan suka. Selepas 6 bulan saya bikin album ke dua pulak, kualitinya pun kurang baik juga. Pun saya teruskan juga berkarya sehinggalah album ‘masterpiece’ saya, ‘itu padang…aku di situ diterbitkan oleh R.S Murthi.

Waktu itu saya akui saya memang penyanyi yang selekeh dari segi imej. Pakai selipar jepun je waktu launching album. Sebabnya saya fikir, saya ini penyanyi indiependent manakala konsep yang saya bawa pulak ‘folk’. Jadi banyak ‘excuse’nya di situ. Sayapun tidak bergantung pada kehendak syarikat rakaman yang kecil mahupun besar. Jadi advatagenya saya buat apa yang saya rasa bahagia.

Sehinggalah hari ini saya terbitkan album baru Society. Segalanya berubah. Muzik yang komersial dari segi nilai dan kualiti. Sayapun bersetuju dengan angin perubahan dalam karier saya. Semalam saya berjumpa dengan kawan yang menyokong album-album saya sebelum ini. Kata kawan saya itu, inilah saat yang dia tunggu. Tunggu apa? Ha ha ha

Mereka mengambil berat tentang karier saya sebenarnya. Saya merasa terharu juga tentang itu. Terutamanya Murthi. Walau dia bukan suka sangat arah yang saya bawa hari ini, dia hormat dan sokong apa yang saya lakukan hari ini.

Dalam muzik tidak ada jalan lain untuk sukses. Pasaran kita kecil. Seperkara lagi, inilah benda yang saya tahu buat, yang saya mahir tentangnya. Untuk sukses, lagu kita perlu ke udara di radio. Pengorbanannya banyaklah yang kita kena tempuh, yang kita suka mahupun tidak.

Tapi tak apalah, ini sebahagian dari proses pembelajaran juga. Apabila peluang itu datang, apa salahnya kita ambil?

Hero saya Nick Drake mati muda dalam keadaan depresif yang amat walau beliau sangat berbakat. Muziknya mendapat kritik yang positif dan hebat, namun jualan album dan kehidupannnya yang pasif sangat sukar dimengerti. Sehinggalah dia mati, barulah muziknya diterima dan diiktiraf sebagai legenda.

Saya pun tak pasti sampai ke mana arah dan karier muzik saya akan berlabuh nanti. Hidup dan perjalanan adalah terlalu nyata untuk kita nafikan ceritanya. Wallahualam

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.