Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

ARTIS, MATERI DAN ANGAN-ANGAN

0 comments

Selalu semenjak dua menjak ni bila saya terselak cerita hal-hal artis sensasi tanahair kita hari ini di dalam akhbar, apa-apa hal atau masalah pun mereka akan pergi umrah untuk mendapat jawapan dan ketenangan. Nak bercerai pergi umrah, nak kawin pergi umrah. Nak rujuk pun pergi umrah. Pendekata umrah adalah jawapan bagi setiap persoalan terutamanya pasal nikah kawin. Begitu ke? Pun bukanlah semua artis begitu..

Pertamanya mungkin untuk menunjukkan status artis yang menunjukkan mereka juga golongan yang berkemampuan sebab kitapun sedia maklum nak pergi umrah kosnya bukanlah murah, melibatkan rm yang banyak juga. Seperkara lagi mungkin nak tunjukkan imej islamik mereka yang semuanya akan berasa seronok untuk dikongsikan dengan peminat hatta hal-hal berkaitan ibadah sekalipun.

Artis adalah pelakon di mata masyarakat dan kehidupan ini adalah lakonan juga. Dalam setiap lakonan yang kita tontonkan perlulah ikhlas terutamanya dalam hal-hal ibadat. Takkan semuanya perlu untuk semua orang tahu? Begitu ke?

Mencari keluhuran jiwa adalah subjek ritual dan spiritual yang amat dalam dan misteri antara insan dan pencipta. Mengapa perlu jauh ke sana untuk membersih jiwa sedang jiwa itu ada di sini, hanya kita yang tidak faham dan tak mahu faham. Nak mengenal Tuhan pun perlu glamour-glamour pakai cermin mata gelap ke?

Saya berpendapat para artis baik pelakon mahupun penyanyi tidaklah sesuai untuk kita jadikan ‘ikon’ atau ‘hero’. Mereka hidup dalam dunia angan-angan dan keliru. Khayal dengan kilau materi yang mungkin membutakan mata dan pandangan. Apa boleh buat, kita memang suka dibutakan sejak dulu lagi dengan gossip dan hiburan nakal yang faedahnya pada kita bagi saya hanya 1 persen. 1 persen itu sebab mereka juga sebahagian dari kejadian alam ini. Ke memang kita suka menatap keindahan yang hanya di mata itu?

Pun memang begitulah dunia para artis…maka berduyun-duyunlah para ibu-bapa menghantar anak mereka untuk ujibakat program realiti ..Ha ha ha

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.