Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Ayuh Kita Terus Berkayuh!!

0 comments

Saya bikin album Dari rakyat untuk Rakyat pada tahun 2009. Banyak kawan-kawan yang membantu untuk proses album ini terutamanya dari segi financial. Banyak juga orang-orang besar yang menolong terutamanya dari segi sokongan dan kewangan. Budgetnya sederhana, taklah besar sangat seperti proses pembikinan album-album mainstream yang ada di pasaran.

Apapun di sebalik album ini banyak kisah suka-duka yang terdapat di dalamnya. Kita expect album ini boleh pergi jauh dari segi penerimaan dan sambutan masyarakat bawah, warga marhen terutamanya. Malang level penerimaan kita terhadap lagu-lagu yang bertemakan kehidupan, kritik sosial dan kemanusiaan masih di bawah tahap sederhana. Pertamanya kerana susah lagu-lagu sebegini dimainkan di radio atau TV kerana mungkin ada elemen politikal di dalamnya. Seperkara yang peprlu dijelaskan, kita hanya mengkritik, menceritakan perkara yang betul tanpa menyebelahi mana-mana parti politik. Baik kiri mahupun kanan. Kalau kita mendengar menerima dengan minda yang terbuka saya rasa album ini tidak ada masalah untuk diterima ramai.

Tapi tak apalah, apapun saya berpuas-hati kerana banyak kawan-kawan terlibat di dalam album ini. Secara personal saya suka semua lagu yang terdapat di dalamnya. Bapakku seorang YB, I.S.A, Memali, Raungan anak Belantara, Sampai Bila, Membenarkan kebodohan ..Lagu Aman Lagu Damai yang mana liriknya ditulis oleh sahabat saya, UbiLepih saya suka liriknya cuma suara saya agak hancur sewaktu merakamnya. Ha ha ha..Satu penyakit saya ni kebanyakan lagu-lagu yang saya nyanyi hanya satu take sahaja. Tak ada repair-repair sebab saya suka ‘feel’ di waktu itu. Itu kadang-kadang ada flat sana-sini sikit saya biarkan asal jangan teruk sangat.

Musik Folk ni tak boleh handsome sangat, kita bukan Tom Jones, Justin Bieber atau Anuar Zain. Kita nyanyikan lagu tentang kehidupan dalam mood yang sederhana. Apapun seperti yang saya katakan tadi, yang mana tak bagus tu kita akuilah, mungkin masa akan datang kita akan lebih berhati-hatilah.

Untuk album selepas ini saya ada perancangan untuk bikin album Folk&Blues dengan Aznan Aziz( Nan Blues). Kita akan jual album di jalanan mahupun di pentas. Kita akan bercerita tentang Kampung, kerbau, lembu, hutan banat, kota lumpur, Tuhan dan berbagai lagilah. Kita harap ini akan jadi kenyataan. Hidup ini perjalanan, apa ada hal..

Kita tidak boleh bergantung pada syarikat rakaman, sebab mereka ini tidak akan faham sampai bila-bila pun. Yang mereka nampak atau tanya, ”ini boleh buat duit?”.. Kita pun tak boleh salahkan mereka juga kerana di mata mereka tidak akan nampak lain selain duit, duit dan duit. Jadi kalau nak buat, buat je..

Untuk setiap produk D.I.Y , perkara paling penting adalah kerja keras dan sokongan kawan-kawan. Sokongan itu yang paling penting beli albumlah. Ha ha ha..bukannya mahal, mungkin sekitar rm 20 gitulah.

Apapun promosi itu penting, lagu-lagu dimainkan di radio itu paling penting, royalti MACP juga penting. Itu kita perlu usahakan juga.

Apabila memilih konsep muzik yang rabak, rugged dan tak handsome, kita sepatutnya perlu tahu ke mana arah tuju lagu-lagu yang berkonsep sebegini. Ianya janganlah di samakan dengan produk komersial yang menampilkan imej luaran semata.

Kita boleh memilih samada kita sukakan yang real atau plastik. Saya sedang berdiri di tengah-tengah, sudah di pertengahan jalan..kita tidak akan berhenti di sini. Terbukti lagu untuk santapan jiwa itu kesannya lama berbanding lagu untuk halwa minda semata.

Kita sedang menuju keseimbangan, marilah kita teruskan apa yang sedang kita usahakan…Mungkin kita tidak kaya kerananya, atau mungkin nama kita akan dikenang oleh anak cucu kita nanti, pun itu sudah mencukupi sebenarnya. Wallahualam

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.