Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Berat

0 comments

Hidup memerlukan keseimbangan. Saya bersetuju walau dulupun saya bersetuju dengan kata-kata itu. Cuma dulu kata-kata itu agak tidak seiring dengan kehendak jiwa. Maknanya tidak seiring dan sejalan. Ha ha ha

Apapun saya bersetuju jika dikatakan takdir adalah kesan dari apa yang telah kita lalui. Kalau permainan kita berat, kita akan belajar untuk menghadapi ujian yang berat juga dalam hidup yang nyata ini.

Kalau ianya hanya sekadar angin lalu, kita cuma dapat hembusan sahajalah. Segar tapi hanya sedetik dan mungkin akan melelapkan. Kalau ianya hanya sekadar dipinggiran, kita hanya menjadi penonton sahajalah. Apa yang menariknya kalau hanya sekadar menjadi penonton?
Kalau kita sanggup menjadi sebahagian dari alam dan ciptaan, kita perlu sanggup lebur dalam panas haba atau sejuknya hawa kehidupan ini. Ya, mungkin kita akan karam, mungkin kita akan lemas, mungkin kita akan terbakar tetapi sekurang-kurangnya kita akan lebih memahami dan menghargai makna ‘rasa’ itu sendiri.

Perjalanan adalah kehendak nurani. Keseimbangan itu sampai apabila kita lebih memahami kehendak nurani itu sendiri. Memahami kehendaknya adalah satu proses yang panjang. Panjang kerana ianya bergantung pada tahap kematangan kita dalam mengenalnya. Kefahaman hanyalah permulaan cerita. Proses mengenal mengambil masa yang sangat lama mungkin. Segalanya bergantung kepada tahap matang kita dalam menangani hidup. Hidup adalah hal semata. Hal adalah dunia. Itu kita wajib lebih mengenal ‘hidup’ yang di dalam, kerana yang itu yang abadi selamanya, yang tidak mati.

Jadi bagi saya, hanya sekarang inilah saya baru faham apa makna hidup dan keseimbangan. Ianya adalah kehendak takdir juga dan yang lebih penting kita sedar yang kita sedang meniti di titian silaturrahim.

Selagi kita mampu untuk ketawa dan menangis dalam hidup yang tidak pernah kita duga ini, saya percaya kita sedang belajar untuk menjadi lebih dewasa dari segi akal dan fikiran. Wallahualam

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.