Notes:
Bila-bila boleh naik dan turun
Suatu petang di Pasar Seni, 1986 saya menonton sorang mamat busking di Pasar Seni. Selection lagu-lagunya buat saya terpikat dan dari situ mula datang rasa hormat pada beliau. Mamat berambut kerinting seperti Lenny Kravitz sekali pandang, dua kali pandang macam orang India pun ada. Tapi beliau ada style dan karismanya sangat kuat. Bagi sayalah, bagi orang lain tak tahulah saya. Cuma penampilannya memang selekeh kesan dari pengalaman masa lalu mungkin, rugged, gelandangan, berkaca-mata bulat hitam. Memang berkharisma dan punya keyakinan tahap tinggi. Ha ha ha
Waktu itu dia memainkan lagu Beatles secara medley saya berpendapat mamat ni memang hebat. Saya pun keraplah menonton beliau busking saban petang di Pasar Seni. Selalu juga beliau busking dengan arwah Sidek the legend juga dengan seorang pemuda India . Jadi kehidupan mereka menjadi minat saya. Saya rasa dari situ hijab saya terbuka untuk menggauli dunia busking. Apa yang ada di dalamnya?
Apa yang saya faham, dunia mamat busker atau nama sebenarnya Wahid ni memang dia yang pilih, dia pilih jalan yang gelap akan gelaplah jalannya. Kalau terang, teranglah. Apapun itu personal hidup beliau. Kita tidak tahu kemana sudahnya cerita kita ini.
Ada seorang kawan saya, suatu waktu dulu bukan main alim dan warak dia ni, sembahyang tak tinggal. Segala suruhan agama dia lakukan. Beberapa tahun kemudian saya jumpa dia sudah berbeza 360 darjah. Ha ha ha
Jadi hal-hal yang melibatkan dunia dan kehidupan ini kita tidak boleh jangka sangat. Apapun saya tetap positif pada setiap makhluk ciptaannya. Kerana setiap sesuatu itu datang dengan bersebab. Yang paling terbaik apabila kita mampu menghadapinya.
Ada juga yang mencintai neraka. Kita lihat mereka sengsara seperti tinggal di dalam neraka, tetapi mereka nampaknya bahagia dan selesa begitu. Jadi apa yang kita boleh persoalkan lagi? Mereka sudah nampak jalan kematian, awal lagi sebelum mati yang nyata. Kita melihat hidup ini penuh dengan bayang-bayang dan impian. Mereka khayal dalam dunia yang dicipta. Surreal tapi real. Mereka melihat kita sebagai terlalu kalkulatif, takut dengan kegagalan dan impian yang kandas.
Hari ini kita di sini, esok mungkin ke situ. Hari ini kita di atas, esok mungkin di bawah. Tidak ada jaminan sebenarnya. Yang nyata, kita hadapi saja segala kemungkinan itu.
M. Nasir
Apokalips
Pencipta: M. Nasir (lagu), Loloq (lirik)
Album: Saudagar Mimpi
1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
Ada masanya aku suka berteman
Ada masanya aku suka bersendiri
Ada masanya aku suka berjalan
Ada masanya aku suka berehat
Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka
Hidup dan nasib roler koster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Apokalips
1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
Ada masanya kita suka berteman
Ada masanya kita suka bersendiri
Ada masanya kita suka berjalan
Ada masanya kita suka
–credit to liriklagu.com for the lyrics–














