Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Billy Bragg-legend series 2

2 comments

Untuk legend series berikutnya inilah Billy Bragg…Penyanyi Folk Sosialis British yang aku suka..Kenapa dia bagus?Ada satu lagu dia bertajuk ‘capitalism is killing music’s’.Kalau kita kaji sejarah muzik negara kita ni..dari tahun 40an sampaila ke la ni..Semuanya dikontrol oleh para Kapitalis yang mengawal kualiti dan imej produk untuk menjadi subjek barangan untuk dijual.Contoh akulah dulu..masa jadi recording artis Luncai Emas milik M.Pasir.Sebagai artis rakaman aku dapat dua kupang.Luncai sebagai production keluarkan budget untuk bikin album.Selepas siap disub pada pengedar iaitu BMG yang dah pun gulung tikar sejak lama dulu.Jadi dalam hal ini.Aku rugi sebenarnya..Tapi bila dikira balik aku untung juga,sebab dah ambik advance gedebak-gedebuk adalah 3k kot…sebab Luncai lembab sangat dan tak kreatif,sibuk nak buat duit atau itu ini.Cuma aku rugi dari segi masa..dan bahagia aku pun bukan disitu,apa nak buat.Asasnya aku tak setuju dengan deal antara artis dan syarikat rakaman atau jika kamu dibawah sesebuah produksi yang mengeluarkan budget album untuk album kamu.
Nampak sangat artis dibodohkan dengan perjanjian kontrak yang nyata menguntungkan syarikat rakaman.Jadi golongan kapitalis ini ada dimana-mana..Apa yang boleh dimanipulate,diorang akan manipulate.Sampaikan ke pemilihan lagu untuk artis pun syarikat rakaman yang carikan.Semuanya melibatkan duit dan kroni.Disini artis hanya jadi mangsa sebenarnya,Dapat le glamer pakai spek hitam besar sana-sini,sengeh-sengeh depan kamera,tapi yang sebenarnya habuk pun tak ada.Apa yang kamu boleh expect seseorang penyanyi itu boleh dapat atau sebagus mana pun dia dalam nyanyiannya,dia hanyalah penyanyi yang sekadar menyanyikan lagu-lagu pilihan para komposer yang kerjanya bikin lagu-lagu stereotype yang akan dan telah melembabkan otak fikir anak-anak muda dengan purata 98 persen lirik-liriknya berceritakan keputusasaan dalam percintaan,jatuh tersungkur,putus asa,masih mengharap,kecewa lagi tapi taklah bunuh diri,tapi hampir bunuh diri jugalah…tak bunuh diri sebab masih ada ugama.Inilah lirik-lirik yang penulis lirik diMalaysia pandai bikin.Kalau lagu patriotiknya pulak mesti ada strok pattern lagu macam RTM yang penggubahnya Ibrahim Bachik atau Johari Salleh atau siapa lagi?hahaha,Kita ni dah diabad ke 21 yob oi!!.

Sebab yang nyatanya para Komposer lagu-lagu melayu kat sini bukannya bagus sangatpun.
Tapi sebab pilihan ditangan mereka,media,audio atau visual..Apa yang sang artis boleh bikin?Glamer punya pasal,jalan sajalah…yang nyatanya artis hanyalah penyebab kepada kekayaan para towkey yang membuat untung juta-jutaan..itupun kalau artis itu boleh bikin duit untuk company..Kalau tak,dia campakkan gitu aje..

Aku paling kesian tengok nasib-nasib band-band Rock di Malaysia.Kenyataannya apa?Itulah..yang buat duit cuma penyanyi..Contoh macam wings atau Search..atau Sweet Charity..Kalau Sweet Charity,Ramli Sariplah yang buat duit..dia pun boleh pegang gitar tong jadi penyanyi folk atau lagu-lagu nasihat..walau dia sebenarnya penyanyi Rock.Ahli-ahli lain dia kalau ada show dia bayar sebagai sessionist je..Aku peminat Sweet Charity juga,cuma aku bukan peminat Ramli Sarip,tidak ada dalam list pun..Itu sebab Rosli Muhalim nyatanya masih survive dan struggle sebgai gitaris diMalaysia ni.Padahal beliau antara gitaris melayu yang terbaik yang kita pernah miliki.Atau Wan Ahmad yang masih struggle main disana-sini untuk survive.Kenapa band-band Rock Dimalaysia tak nak buat lagu sendiri?bukannya susah sangat pun..semuanya nak mengharap pada komposer popular yang bikin.Jadi yang ruginya adalah band itu sendirilah.Sebab pengagihan royalti itu akan pergi ke komposer atau penulis lirik atau produser.Ahli-ahli band?dapatlah 15 sen sorang..hahaha….Inilah industri kita sejak lama dulu sampailah ke pertengahan 2005.lepas tu artis dah cerdik sikit bikin album keluar duit sendiri.Oklah juga gitu…ye lah,recording company pun dah makin banyak yang gulung tikar…
Jadi kesimpulannya disini yang buat duit adalah towkey-towkey rakaman.Inilah golongan Kapitalis yang kerjanya buat duit,memanipulasi pemikiran anak-anak muda dengan lagu-lagu yang tidak mendidik.Dan inilah yang sebenarnya yang kita suka dan dok layan sejak lama dulu..hahaha…

Kalau di luar negeri..jika artis itu buat album secara DIY..dan dia burn sendiri CD’s dia dan dijual..para pembeli lagi suka sebab dari segi kualiti cd terjamin,hand made,dan original..berbanding kalau kita print dikilang..Tapi diMalaysia ni terbalik pulak…jatuhnya kalau kita buat hand-made dikatanya second grade..hahahhahaha…..Malaysia oh tanahairku….

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. hahahah…luncai emas milik m.pasir

  2. haha.awal pagi ni terhidang cerita dajjal si mata satu.ni semua adalah antara kerja2 dia lah ni..kapitalis bla bla bla.yg terbabit adalah konco2nya,sedar tak sedar.yang sedar, buat album sendiri,jual sendiri.david lindley pun buat cam ni.teruskan.biar dajjal dan si luncai main guli kat ujung sana..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.