Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Blur…

2 comments

Mellow..bulan puasa ni mellow je…udara pun mellow..suasana dalaman pun mellow, redup, lembut…gua selalu berhati-hati di bulan puasa ni, maklumlah biasa selalu berteman kan candu…jadi bila tak ada candu, selalu terlupa..biol sikit, itulah yang tak baiknya merokok ni..itu hari member gua dia cakap nak berhenti sebulan merokok di bulan puasa ni..tup tup…3 hari puasa dia bagitau gua tak boleh tahan..gampang betul!!haha….gua cakap sama dia macam dalam babak Haji Bakhil dok ngorat Cikgu Murni..”Bagus, begitu cara berfikir”..hahaha…

Gua busking juga bulan pose ni, itulah…siang tak ada apa buat pun, bila busking..mood pun mellow, candu tak de…lagi le mellow…Apa pun sekarang ni bini gua menambahkan munajatnya berdoa pada yang kuasa semoga laki dia berenti hisap rokok…Dulu gua cakap sama dia gua hisap rokok 5 batang satu hari..dia cakap..”banyaknya”..Akhirnya gua kantoi juga, dia dapat tau gua hisap rokok 1 kotak besar 1 hari..Dah 15 tahun kawin ni, pandaile sikit dok tepis sana sini ikut olgik semasa…ha ha…sebab gua dengan bini ni tak boleh pakai logik fitrah alam, spiritual, falsafah…awal-awal lagi dia dah reject..jadi gua kena pusing sikit, tepis-tepis..dan akhirnya gua cakap sebagaimana seorang suami cakap kat bini dia..”tolonglah berdoa untuk suamimu”, gua sebab kalau berdoa gua suka berdoa ..”tolong jangan dulu Tuhan, aku suka hisap rokok”, macamana nak berhenti..? Sebab gua suka bersikap telus pada diri ..memanglah tabiat yang tidak baik bagi logik akal dan kesihatan, tapi apalah gunanya kita jika suka menipu diri sendiri..?

Cuma channel sebenarnya ada kat anak gua yang umur 8 tahun tu kot, kalau dia yang sound gua, gua mungkin surrender..Dia lain macam sikit..dia betul maksudkan bila dia sound..tapi la ni, gua dok lari-lari bila dia keluar tune dia yang tak best…haha…Apa lagi yang kita ada dalam hidup ni, anak le..dia pernah sound gua masa makan kat kedai mamak,”ayah Achik tak suka le tengok ayah hisap rokok, buang sekarang!!”, Adoi, dah la hari itu, itu rokok pertama yang gua hisap..potong stim betul..akhirnya selepas di desak 10 kali, gua pun buang la rokok yang baru di sedut 2-3 pam. Tak apa la, dia bukan suruh kita buat benda tak elok..

selainnya? marilah kita layan lagu fav gua ini…

keterangan/info untuk video clip dibawah:

yang belah kanan sekali tu legend flamenco singer, Camaron de la isla, dia ni umur 8 tahun dah dok busking di bas stand, ada juga Paco de Lucia, yang memang amat terkenal..antara gitaris flamenco terhebat sepanjang zaman,tapi dia dok belah kiri sekali…yang dok main gitar tu famous juga, Paco Cepero..dia otai, antara yang terkenal..dan yang menyanyi yang mula-mula sekali, tu El Turronero..gua tak tau apa masaalah dia semua keluar dalam lagu dia..gaduh dengan bini kot…hahahaha..penuh perasaan..sangat berkesan..maklum la..kepala tune banyik punya…haha

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. Tak tahan betul aku tengok mamat tu menyanyi. haha.

  2. ni semua makam tinggi je yang blh buat mcm tu..setakat biasa2, tak jadi ..hahaha

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.