Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Bomoh Thailand, sebungkus ais kosong dan sebuah kehidupan…

0 comments

Bijak – Kita manusia dilahirkan ke dunia sebagai manusia yang bijak sikit, bijak banyak, kepala batu, genius, hebat seperti Einstein atau Mozart? Di mana kita sedang diletakkan atau kita meletakkan diri kita? Kita sedang bekerja, cari makan untuk hidup…Itu saja!

Kita juga adalah burung yang di dalam sangkar atau diluar sangkar, bebas berterbangan ke sana sini, dalam masa yang sama cukup bulan ada gaji. Cuma bezanya bebaskah kita ini atau tidak?

Saya bersembang-sembang dengan seorang brader dari Thailand yang katanya dia seorang bomoh teraphy, meditasi dan berbagai lagilah. Isi dari lagaknya kelihatan dia seorang yang jujur dalam berkata-kata kerana dalam apapun jua, dia menolak ”materi’. Tanpa facebook, handphone dia masih mampu senyum dan menghayati bait-bait melodi yang saya nyanyikan. Membelek-belek album saya sambil menghargai apa yang sedang saya buat atau bakat yang saya ada, apabila dibandingkan dengan dia, saya masih belum bebas sepenuhnya seperti dia. Pun walaupun saya bernyanyi dan bermuzik dalam ruang yang agak bebas tidak seperti saya bermain muzik di hotel yang mana cukup bulan dapat gaji, saya masih belum bebas sepenuhnya seperti dia. Saya berpuas hati dengan nilai bebas yang sedang saya miliki, tanggungjawab saya dalam bekerja untuk menyara keluarga. Tuhan itu tidak pernah menyusahkan dan kita tidak akan mati kerana tidak makan. Balasannya adalah kepuasan yang jika itu maknanya ‘bahagia’, ya mungkin itulah jawapannya. Setiap kita punya watak dan tanggungjawab untuk di jalankan. Hidup perlu diteruskan…

Saya telah melihat nilai kepuasan di mata dua orang ibu yang menidurkan anak mereka sambil memegang sebungkus plastik ais kosong penghilang dahaga. Sebentar kemudian datang seorang lagi anaknya yang berumur 5 tahun mungkin datang menghirup ais kosong sebungkus plastik sehingga habis dihirupnya. Tidak ada teh ais, coca cola atau minuman berjenama lain, hanya ais kosong. Dalam pada mereka masih duduk dalam dakapan takdir, se adanya. Mereka asyik bersembang-sembang tentang hal-hal dunia tentunya dan dari gayanya tentul mereka datang dari golongan marhen. Pun masih punya harga diri dan mereka sedang menghargai mengikut kefahaman mereka se adanya. Dalam waktu yang sama saya melihat juga seorang brader dengan cerut mahal di bibir, berdiri megah di sebelah kereta mahal miliknya sambil memandang dunia ini dengan penuh yakin dan dalam dirinya penuh dengan nilai-nilai sombong dek kerana kuasa dan ringgit yang sedang dimilikinya. Bukankah Tuhan sedang memerhatikannya? Pun dia berhak untuk dunia yang dia anggap dia punya kerana mungkin dia sedang leka dibuai mimpi indah duniawi.

Apabila kita masih punya suara untuk menyatakan pandangan atau pendapat, kita adalah manusia bijak dan Tuhan suka itu. Mungkin pendapat kita salah atau mungkin juga betul tapi itu adalah proses dan kita sedang belajar sebenarnya.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.