Notes:
Busker bukan pengemis(majalah Konsep jun 2008)
Busker(Pemuzik jalanan) bukan Pengemis atau Pemuzik Buta yang bermain muzik dijalanan.Golongan Busker bukannya orang yang punya kekurangan dari segi fizikal atau OKU.Mereka sihat dan mereka hanya memperdagangkan bakat seni yang dimiliki untuk menghiburkan masyarakat.Jadi amatlah tidak sesuai golongan Busker ini dikategorikan sebagai Pemuzik Buta sebagaimana yang terdapat dalam kategori pengemis yang ada dalam senarai Kebajikan Masyarakat.
Melalui pengalaman saya sebagai Busker suatu masa dulu,saya pernah cuba diangkut dengan Van kebajikan Masyarakat oleh Pegawai pertubuhan itu untuk dibawa ke Pusat Kebajikan Masyarakat di Mersing,semasa saya sedang Busking di Subway(laluan pejalan kaki bawah tanah KLCC).Mereka sedang mengadakan operasi waktu itu memberkas golongan pengemis yang turut sama meminta sedekah dilaluan pejalan kaki tersebut.Setelah diberi penerangan barulah saya dilepaskan.Masa tu saya Busking sambil menjual album-album saya.Dari situ pada pandangan saya pegawai kebajikan tersebut mempunyai nilai pandang yang sangat sempit dan negatif yang melulu pada golongan ini.
Kalau di luar negeri golongan Busker ini diberikan permit,dan kerjaya ini diiktiraf sebenarnya kerana secara tak langsung ia boleh menambahkan punca pendapatan negara,sebab banyak pelancong yang turut terhibur dengan persembahan golongan Busker ni,dan kerjaya ini adalah budaya yang sihat sebenarnya,bukannya mereka merompak,mencuri atau melakukan kegiatan jenayah atau yang tak bermoral.Mereka hanya bernyanyi dijalanan,kalau suka boleh enjoy,kalau tak suka tak perlu tengok.Kalau ada hinaan itu hanyalah pandangan masyarakat yang pelbagai bentuk dan sikapnya.Bukannya kena bayar pun untuk menyaksikan persembahan golongan ini.
Bagi saya ,atau mungkin mewakili golongan Busker yang lain juga,pihak NGO juga pihak kerajaan perlu melihat secara positif isu golongan Busker ni, berilah mereka sokongan ,terutamanya permit.Mereka perlukan ruang untuk bermuzik seperti dilaluan pejalan kaki terowong LRT.Kenakan syarat seperti untuk mendapat permit perlu melalui ujian air kencing,berpakaian kemas dan sebagainya yang munasabah.Jika pihak Kerajaan memberikan sokongan,saya percaya masyarakat akan lebih mudah menerima kehadiran golongan Busker ni.Dan secara tidak langsung juga isu pengangguran boleh dikurangkan.
Kalau untuk Busking di Restoran-restoran milik persendirian,tidak ada masaalah,sebab biasanya kita akan meminta kebenaran pada tuan punya restoran untuk Busking ditempat mereka.Yang penting, untuk kita Busking di tempat-tempat awam seperti di terowong LRT,di Pasar Seni dan tempat-tempat awam lain yang dilihat strategik.
Kita sedia maklum bahawa kita ni tinggal dinegara membangun,bukan negara maju,namun hakikatnya daya intelektiviti masyarakat dalam menilai dilihat makin kedepan,sedang idea dan pandangan dari pihak kerajaan masih ditakuk lama.Salah satu lirik lagu Penyanyi Folk terkenal Indonesia Iwan Fals berbunyi begini.. ’wakil rakyat,seharusnya merakyat,jangan tidur waktu sidang soal rakyat’.Jadi pada pandangan saya,tolonglah berkhidmat dan praktikalkan kata sokongan terutamanya untuk golongan-golongan Marhaen yang pendapatan hidup mereka amat kecil dan tidaklah mewah seperti Wakil Rakyat atau pegawai Kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat.
Permit sangat penting.Kalau diPasar Seni boleh dikatakan setiap hari Pihak Polis mengadakan OPERASI,dan golongan Busker ni tidak berkecuali sebenarnya,dah lah diangkut secara kasar,dicekup,dirantai dan digari tangan tanpa usul periksa,dibawa pula beramai-ramai ke Penjara Pudu..sebab apa mereka diperlakukan begitu?Mudah saja jawapannya..sebab, gologan Busker ini semudahnya dianggap Penagih dadah dan Sampah masyarakat oleh pihak Kerajaan dan pihak Polis.END















boleh dikatakan antara pengaruh muzikal saya ialah, “busking music.” sewaktu di tingkatan 2, habis pulang dari kelas tuisyen saya akan terus ke pasar seni untuk mencari buskers. saya akan dapat mendengar bermacam-macam lagu seperti lagu-lagu john lennon, bob dylan, iwan fals, ramli sarip, CCR, bob marley eh!! banyak-lah..
tapi tu-lah…
kelakar bila melihat telatah kerajaan kita ni. bagus-lah, sekurang-kurangnya kita dapat berhibur dengan ada-nya kerajaan yang berperangai sebegini.
YA BRO..KERAJAAN MEMANG SEBUAH SUBJEK YANG MELUCUKAN DAN MENGHIBURKAN,BUAT KITA SELALU FIKIR..DAN BERFIKIR,KITA DAH DIDEPAN ,SISTEM DAAN AKTA DOK LAGU TU LAGI..HAHA
halo bro. apsal asik main kat CM je? try la pulak area BB ke. lepas pukul 10 malam BB dah sunyi sepi. kalau bro dan kawan2 ada boleh enjoy2 lagi sampai tgh malam. scope audience dan crowd pun lebih besar dan pelbagai. kalau bawak lagu2 marhaen kat sana ok jugak. takde la hiburan kosong je macam selalu. anyway keep up the good work bro.
bb kat mana tu bro..?