Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Cat Stevens-Legend Series 7

0 comments

Cat Stevens(21/7/1948) adalah antara Singer/Songwritter yang banyak mempengaruhi muzik-muzik dan bentuk lagu yang aku bikin dulu.Beliau adalah seorang pencipta lagu yang sangt berbakat,ditambah pula mempunya suara yang merdu dan rupa yang tampan,beliau tidaklah sukar untuk mendaki tangga kejayaan dalam karier muziknya.Bagi sesiapa yang nak belajar buat lagu,bagus kalau jadikan lagu-lagu Cat Stevens sebagai contoh atau rujukan,sebab progressionnya,bentuknya atau arrangementnya menarik.Aku first time dengar lagu Cat Steven ni di tahun 1983 dulu,mas di tingkatan 4,sekolah kat kampung.Itupun brader aku yang belikan album the best of Cat Stevens.Jadi aku dalam album the best tu aku suka semua lagu..Yang paling berkesa ‘hard-headed woman’,sebab nak mencari lagu ni agak susah,complicatd sikit.Changin chordnya berubah-ubah dan unpredictable.Yang paling suka masa tu wild world,oh very young dan banyak lagilah.

Jadi bila aku dok Kl pada 86 aku start collect album-albumnya yang lain..yang paling berkesan pada aku album ‘Mona Bone Jakon’.Ini bagi aku album masterpiece beliau dan juga album Numbers.Album Numbers ni sangat unik sebab lagu-lagu banyak berkait dengan nombor dan pencarian(soul seaching).Ye lah,masa ni beliau masih dalam proses mengenal diri.Semua ugama dicubanya..Budhha,Hindu,macam-macam..hehe..Akhirnya dia putuskan untuk menjadi umat Islam sampailah kehari ini.Aku memang peminat Cat Stevens dari dulu sampailah ke hari ini..Bukan sebab dia masuk islam,tapi sebab dia memang seorang singer/songwritter yang sangt berbakat bagi aku.

Antara album album beliau…Matthew and son(1967)New Masters(1967)Mona Bone Jakon(1970)Tea for the tillerman(1970)Teaser and the firecat(1971)Catch Bull at four(1972)Foreigner(1973)Budhha and the chocalate box(1974)Numbers(1975)Izitso(1975)Back to Earth(1978)Selepas dia masuk Islam dia ada juga buat banyak album yang berunsurkan keugamaan seperti the Life of the last Prophet(1995)..Studio album dia yang baru an other cup(2006)dan terbaru roadsinger(2009).Mamat ni sejak dia keluar dengan first singles..i love my dog(1966),dah meletup…Tak ada masaalah untuk dia mengecap kemasyuran melalui dunia muziknya.Antara album-album Cat Stevens yang aku ada..Mona Bone Jakon,Forreigner,Numbers,Budhha and the chocalate box.Selain tu album the best dia,footsteps in the dark(1984).

Share This Article On Facebook

468 ad

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.