Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq
GILA MUSIK-PART 13
Berbalik pada kesah Si Foad Pelukis hebat ni tadi,dia ni kawan baik yang aku dah anggap macam adik-beradik..ye lah,aku,dengan keluarga pun tak rapat dan jarang sangt berjumpa,pada kawan la kadang tempat mengadu dan bercerita..Foada ni peminat setia karya-karya aku,antara yang mula-mula appreciate bakat aku,dan dia pun ada dreams..cita-cita untuk join dalam team Nasir..Jadi dia sudah bikin sepuluh cover painting aku..hahaha..macam-macam style la..sebab sebelum tu diorang nak bagi pada arwah Jalil Ngah bikin..jadinya aku recommend try la Foad punya artwork dulu..So Usop setujulah..Bila Nasir tengok hasil kerja Foad,dia punya respek la..dia kata,cover kau ni dah ‘legend’..hahaha…mungkin untuk orang-orang legend kot..macam dial ah..So start dari situ Foad pun bekerjalah untuk cover-cover Nasir..salah satu artwork dia album Phoenix Bangkit dan juga untuk program RENTAK ASIA..dan Foad pun setahun lepas tu dah join Lim Kok Weng college jadi lecturer..Banyak la juga dia involve dalam album-album Nasir.Aku tumpang bangga..dia memang patut dapat apa yang sepatutnya dia nak dapat pun..sebabnya Foad ni sangat berbakat..
Jadinya juga aku pun jadilah pemuzik dan menyanyi di Pub..masa tu hujung 1994 kalau tak salah,aku dan group kitorang,James Band..dapat job main kat Klang,dan aku pun agak desperate juga masa tu.dok melepak kat kampong je,sebab dulu masa proses recording yang slow buat aku decide nak duduk kat kampong…so semua barang aku angkut la kat kampong..aku dok plan kalau ada show atau apa-apa program aku turun la ke KL..So bila dapat job,aku turun la balik ke KL..Bila sampai KL,Phillip bagitau job cancelled,ada band lain sudah sapu…adoii..hehe..Aku pulak yang desperatenya sebab dah nak kawin masa tu..Jadinya aku tak punya pilihan..Call la mak aku suruh inform Brader aku(Sohaimi)yang masa tu Manager di company Ericsson..Jadinya juga gedebak-gedebuk aku pun jadila Technician disitu..masa aku join Ericsson..Sohaimi dapat offer ke company Fujitsu..Aku pun bekerjalah dengan staff-staff bawah dia..
Frankly speaking,aku tak boleh perform masa join Ericsson…hahaha…tak minat satu hal,rasa bersalah pun ia juga..
Masa aku join Ericsson Keon dari Luncai call aku,suruh datang opis diorang,ada meeting pasal album aku..
Aku pun pergi la ke Luncai,dengan dikelilingi Nana,Nasir,keon dan Usop..diorang pujuk aku sambung balik recording..tambah satu lagu je lagi..aku pun sound la..Aku masa bikin dulu tak expect pun nak buat budget besar,not more than 10K pun ok..sebab aku bukan nak jadi macam Awie,Nasir sepatutnya faham apa aku nak..Proses recording pun satu hal..yang diutamakan business..kalau ada artis nak pakai studio,diorang dulukan artist u la..yang jadi mangsanya aku la..lama-lama tertangguh sampai setahun..aku pun bak kata Wan sound Engineer Luncai masa tu..Kau tak serius sangat untuk jadi Artis..hahahha..yes it is..this is what I am..hehe…
Nasir dah rugi rm 40,000 masa tu…hahahhaha..aku apa ada hal pun..Tapi aku sudahkan juga recording tu..siap la,sampai ke Master..
Pun BMG tak nak..sebab tak ada komersial value…hahahaa..BMG Biasa la…masa tu semua artis-artis top bernaung dibawah diorang..yang macam aku ni,jenis rabak manila diorang nak..sampai ke sudah..album tak ada recording company yang nak…Keon try ke EMI pulak..pun gitu juga..apsal diorang tak nak push ke syarikat rakaman yang kecil?hehe…
GILA MUSIK-PART 12
Itulah…itulah dan itulah yang aku tahu dan faham..Jadinya juga,aku pun selalulah melepak di Luncai Emas studio…mencuba untuk menjadi artis rakaman yang ha ha ha..Dari situ aku pun kenallah pemusik-pemusik Nasir..Firdaus,Nan,Rafi..Diorang ni lah yang selalu buat arrangement untuk album Nasir dan artis-artis lain..Actually untuk album aku,sepatutnya simple..tapi nak di Pop kan untuk mengikut citarasa masyarakat ..Zahid,Opie Bloodshed..Nan,Rafi,Jay Jay…diorang ni session untuk album aku..
Yang jaga vocal aku Usop,dan aku memang rapat dengan dia..ada lepak tidur rumah dia juga yang masa tu tinggal di area situ..Keon pun aku rapat juga..dia ni biras Nasir..masa aku join Luncai,dia pun baru join juga..
Proses rakaman yang panjang dan tersangkut-sangkut buat aku bosan sebenarnya…Duit pun makin tak ada..yang jadi sangkutnya sebab Luncai,yang mana Bosnya arwah Nana,suami Nasir..Nana ni business minded..pernah Firdaus merungut masa dia back up show Nasir..Canggung Mendonan di Stadium Negara,payment rm 800..entah apa yang ditolak…at the end dapat rm 40 je…hahahaha…….ambik advance banyak sangat kot..Nana pun pernah bergaduh dengan Nasir sebab aku nak mintak advance duit..6 bulan album tak siap lagi…Nasir ni dia tak kesah juga..Cuma Nana very straight..hehe..
Ada satu part yang aku tak boleh lupa,Nasir ada kata ..Hidup ni macam permainan Chess,ada Askar,kuda,king,queen..but king tu tetap king la,penggerak ni askar..So Askar-askar yang dibawah kena move untuk menghidupkan King dan Queen..haha..
Lebih malang lagi kalau duduk bawah shadow Nasir…sebab aku sign juga as a Composer..Orang datang mintak lagu,diorang cari lagu Nasir je..Dan Nasir ni kalau tak ada kepentingan pada dia,pergi mampus la orang lain..sebab dia memang selfish..dan itu yang membezakan sikap dia dengan Iwan Fals..
Pernah sekali tu beberapa tahun selepas aku jadi artis diorang,si Opie datang dengan aku ke Luncai Emas,nak lagu Nasir..so dengarlah demo dia dalam kereta aku,hancuss..just la la la,lepas tu..ada sikit melodi..aku pun cakap..lagu apa macam ni?hahaha…lepas tu Opie kata..nanti aku sambung-sambungkan la..nak pakai nama dia je…hahahhahahaha….Bodoh betul kau ni………….Inilah sebabnya masyarakat kita selalu dibodohkan,dalam musik ke,dalam politik ke..sama je..Nasir ni dia peduli apa..janji dia boleh buat duit dan makin kaya,dan aku nak tergelak la kalau orang kataNasir ni Sufi..hahahahaha…..sebab lagu-lagu dia konsepnya kesufian……hahaha..ok le tu..
Bagi aku personally,Nasir ni tak ada Telor..itu saja…haha…
Bodoh pun ia juga,sebab lu sudah ada Production,lu sudah aada duit,lu sudah ada nama besar..distribute la sendiri,macam album aku…not more than rm 10000 ringgit pun..just release la buat cara indie..ni sebab nak kan untung lebih dan terlalu memikirkan keuntungan…gagal..
Aku half-way aku bilang..aku give-up nak continue recording…lepas tu dia cakap..duit aku dah habis rm 40,000 kau tak tau..hahaha..
Aku pun blah dari Luncai..album masa tu dah 70%siap…pergi mampus la,apa ada hal pun..hehe…
Aku jadi pemusik sepenuh masa..masa tu pertengahan tahun 1994 kalau tak silap…aku join member,Phillip dan James,kitorang main di PJ dan area-area KL..main di Pub ni..pun leceh juga..siang dok praktis..praktis dan praktis………..aku tinggal dirumah James masa tu di Gombak..ada anjing 2 ekor kat rumah dia,.hahaha……….tak la senang pun..biasa je..Phillip ni aku dah anggap macam abang aku la..kitorang rapat..dan aku respek dia as a friend..until now..dia banyak tolong aku..
gila musik-11
Jadinya,sejak sign contract sebagai recording artis dan composer,bermulalah hidup aku sebagai artis..walau sejak mula aku pun tak faham atau tak mau faham istilah artis..Yang dimahu masyarakat artis itu perlu smart,perlu senyum selalu depan camera atau mengampu para reporter majalah murah URTV,MEDIA,HAI ..dan ianya betul-betul buat aku menyampah dan terlalu berpura-pura sebenarnya..aku bukan package..kamu nak suruh aku buat itu ini..jadinya aku tak layak digelar sebagai artis..aku suka jadi diri aku sendiri..Ada sekali tu waktu sebelum hari raya,ada sessi dengan majalah URTV,Joey,aku dan Ruby kena attend sessi fotografi..dirumah Nasir,aku mana ada baju melayu,jadinya pinjam Usop Kopratasa punya..aku sangat menyampah sebenarnya..waktu tu Joey baru release album dia,Beradu Suratan..dan ianya gagal dipasaran..Masa tu Luncai Emas berfungsi sebagai sebuah Production..ada usahasama dengan syarikat BMG,yang masa tu sebuah syarikat rakaman yang besar di tahun-tahun awal dan pertengahan 90an dulu..BMG pun punya lah ramai artis yang bernaung dibawah syarikat diorang..termasuklah Nasir..jadinya juga sebagai sebuah production pihak Luncai menanggung segala kos rakaman..semua lagu dirakam di Luncai Emas..
Istilah glamour ni aku kurang faham sebenarnya..atau aku tak berminat untuk faham..aku Cuma nak jadi Dylan atau artis-artis folk yang rabak-rabak je masa tu,that’s why masa pergi audition pun aku pakai selipar dan baju kotak jer..Ini bukan zaman jalan Ampas dulu dimana artis/pelakon dimanupilasi perwatakan dan hidup mereka..jangan bergaul dengan masyarakat,semuanya tak boleh..letih la macam ni yob..hehe,,apa punya bongok idea yang macam ni..dan inilah yang dihidangkan untuk masyarakat..digambarkan artis itu sempurna,baik tingkah laku walau dibelakang macam pelesit..
Aku pun faham juga apa kehendak syarikat rakaman.tapi aku bukan nak jadi Awie atau Mawi atau Nasir..aku hanya nak jadi akulah…
Kalau kamu nak pakai baju berkilat,cermin mata hitam,pakai kot,bergaya sebagaimana layaknya sang artis..kamu buat la..aku tak kesah..apa ada hal pun…hehe…aku pun kalau aku nak pakai smart,bergaya,atau rabak..aku buatlah apa yang aku selesa..aku pasif pada nilai keindahan yang nampak dimata sebenarnya…
Selalu juga aku dijemput jadi guess artist Nasir masa dia ada show..di Penang,Singapura..jadi artis undangan untuk stesen radio Johor..dan sempat juga Nasir bawak kerumah famili dia di Singapura..dan aku agak rapat juga dengan dia..sebab masa recording tu mostly hari-hari aku lepak kat studio…
Nasir ni bagi aku personally dia seorang yang baik,tak merokok,berkharisma,kreatif,pandai memanupilasi dan sangat individualistik..maknanya dia sangat pentingkan kesejahteraan diri ..hehe…Aku peminat Kembara sebenarnya..dan aku suka Nasir masa waktu Kembara..Bila dia dah success sangat..dan kalau album solo aku suka album first dan saudagar mimpi..Dari segi kefalsafahan dia bagus juga..ku selalu juga belek apa yang ada distudio..rekod-rekod artis orang putih lama yang masih dia simpan..Al Stewart,Floyd,Dylan,U2,Earth,Wind&Fire..banyak lagilah..itu semua aku pun dengar juga sejak lama dulu..belek buku atau kitab yang dia baca…semua pun aku tahu dan faham sebab aku pun belajar juga dari source yang sama…Seperkara,kalau lirik-lirik kamu bercerita dengan perhubungan kamu dengan Tuhan,keindahan tuhan,rahmat tuhan..atau apa segala yang bercirikan keindahan dalam konsep ketuhanan..thats ok..but praktikalkan lah makna itu dalam kehidupan..sebab buat apa kamu nak bagi tahu aku kamu cintakan tuhan..kamu mengadu kat tuhan la..itu lebih baik,sebab itu hidup kamu..hehe…sebabnya juga kalau kamu begitu,kamu tak real lah..just lirik-lirik ketuhanan ni kamu gunakan untuk mengaut keuntungan..apa susahnya nak buat lagu dan lirik cintakan tuhan,atau kalau kita baca biasa,macam cintakan perempuan,tapi kalau kaji,itu lirik pasal ketuhanan…aku peduli apa..hahahahaha…….yang penting,praktikalkan maksud apa yang kamu belajar,ok kamu belajar hakikat dan mengenal tuhan..hasilnya nilai kebendaan itu semakin kuranglah..sebab ceritanya tentang iman memanglah begitu..ini kalau kamu belajar bab tuhan buat kamu jadi makin kemarukkan harta dunia,Ketuhanan apa macam ni?hahaha……kamu kata kamu insan terpilih,itu yang kamu faham..yang orang lain faham?Banyak musician kamu mengadu perihal pemberian duit yang hanya menguntungkan kamu dan syarikat je,banyak yang disekeliling kamu merungut tentang betapa kedekutnya kamu dan syarikat kamu..ketuhanan apa macam ni?Bagi aku kamu manusia,aku pun manusia,kita ada perut,kita ada kepentingan,kamu buat lagu.ok sedap walau stereotype..but at the end,kamu kaya..itu saja..sepatutnya kamu buat lirik pasal kekayaan kamu la..atau imej kamu yang marhaen yang buat orang suka,macam orang yang penuh dengan nilai iman dalam diri..thats ok,aku setuju…hahahah…but for me,kamu sepatutnya buat apa yang kamu rasa bagus untuk rakyat marhaen,sebab itu yang kamu dah lakukan dulu waktu dalam Kembara,dan itu yang telah kamu lupa..itulah roots kamu..
Maaflah kalau peminat Nasir terasa dengan statement aku,but ini yang aku nak tulis..hehe…

kadang duka itu membahagiakan..
sorang sahabat baru kehilangan sesuatu yang disayangnya..ada jernih dari kelopak mata yang merenung tembus dan terus menuju maksud kata-katanya..ada kejujuran bila dia menceritakan tentang keakraban dan kasih sayang antara dia dan bapa mertuanya..thats why we are here..hidup untuk menterjemahkan makna hidup dan kasih-sayang..tanpa itu siapalah kita..but bila kita fikirkan balik..duka itu membahagiakan adamasanya..sebab ianya mengingatkan kita pada asal usul kejadian,perhubungan kita antara sesama makhluk juga Tuhan..dan itulah saat paling jujur kita bila kita menceritakan tentang sesuatu yang lahir dari hati tanpa ada kepentingan atau basa-basi..
dan akupun terkesima juga,,sebab ye lah..kita pun sebahagian dari subjek itu..kasih sayang….
*agak terlewat..Alfatihah untuk bapa mertua Kamal Sabran yang baru meninggal dunia pada jumaat(5hb september 2008)semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin



