Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

kerja…

1 comment

kerja untuk makan..makan untuk terus hidup..hidup untuk mati..mati untuk hidup selamanya..hehe


musim demi musim…..

2 comments

La ni aku sedang layan lagu Ahmad Jais..yang lama-lama….seraut wajah,berikan sinarmu dan banyak lagilah…sesuatu tentang ahmad jais ni yang aku hormat dia,lagu&lirik kebanyakan dia yang tulis ..selain suara&tone yang bagus..itulah,dia memang bagus pun..hehe..dalam lagu berikan sinarmu,lirik dia mendalam sebenarnya..10 tahun sudah aku mengembara,namun tak bersua intan atau atau permata…puas sudah kucari hingga hari ini,walau dah bersua tapi tak sekata…hahahhaha..bayangkan,dah berjumpa…tapi masih tak ngam…i mean connection tak betul….so dia akan tungu sampai akhir zaman..walau bongkok tiga …hahaha…tapi malang,sebab dah bongkok tiga tak jumpa2 jalan juga…hehe..apa pun ahmad jais memang hebat..dan banyhak artis2 lama yang hebat dan pure..ahmad cb,taufik haji ali,tiar ramon,sam simon,mike ibrahim…yang aku suka sebab recording diorang semua live..so kalau nyanyi silap kena ulang balik..yang back up,orkestra..hehe…pendekata lagu2 lama ni ada karat..tu yang penting,record pun tak pakai click…

aku membesar di era Kembara..kembara bagi aku revolutioner bagi dunia musik melayu,visi&mimpi..semua melayu dan yang paling penting rugged&rebel…kembara sukses dizamannya..semua anak muda berfesyen ala kembara di tahun 80an dulu,seluar jeans,baju petak-petak,kasut fung keong..dan masa tu m.nasir pure sebagai insan seni yang tak berkepentingan..la ni..hahahhahahahhaha….bukak mata jer,hijau dek kilauan materi..payah juga..bagi aku lagu-lagu dia selepas era kembara,macam cakap tak serupa bikin..yang hud-hud tu boleh la..apa pun dulu masa busking nyanyi juga lagu-lagu popular dia..sebab budak2 dan orang tua suka..hehe..

banyak orang suka ramli sarip..aku kurang minat pulak..sebab ramli sarip bagi aku he is not a song-writter,dia seorang rocker..yang cuba nak jadi folk artis..dan berakustik…aku suka dengar sweet charity juga,tapi aku lagi suka dengar god bless..group progresif rock dari indon ditahun2 70an dulu..sweet charity banyak ciplak lagu2 barat&lagu god bless pun diorang copy,but diorang admit la…

tapi aku peminat blues gang yang tegar..hahahhahaha…tak reti-reti?hehe


kerja…kerja…kerja…

0 comments

hari ni kerja,semalam kerja..esok?

hari  ni jumaat,semalam khamis..esok?sabtu

semalam..siapa yang tentukan hari?hari ni siapa yg tentukan hari dan waktu?manusia..dengan akal yang dikurnia Tuhan,manusia membentuk kehidupann dan tamadun…dan seperti fitrahnya setiap yang ada dimukabumi ini,segalanya akan lenyap sekelip mata..diwaktu itu masih pentingkah waktu..?


alooooooooooooooooo………..

0 comments

Tadi tengah dok lepak kat opis ni,satu panggilan talipon dari sorang sahabat..MiKE penulis blog tersohor tanahair..’semusim di neraka’..heheh..kawan-kawan memang hebat..sebahagian dari keajaiban alam dan kejadian..haha..

aku baru balik dari KL semalam…kesana 16/5/2008..ada program ‘The weekend Session'(www.the-wknd.com)

lepas tu jumpa sahabat..joe kidd yang semakin aktif dan lagu-lagunya(Carburator Dung)nya semakin laju dan nak marah jer..hahaha..juga Fendi yang semakin kedepan dan maju..semakin berani..(director filem)dan nantikan kemunculan filem ‘KAMI’ di pawagam..dan berjumpa pulak dengan si Sani sudin yang dalam perancangan untuk album merapu pertamanya..the greatest of Sani Sudin…ur the man..haha..

kawan-kawan sebahagaian dari nafas hidup..buat aku seronok untuk hidup 1000 tahun lagi…sebab apa 1000 tahun lagi?sebab aku dah matidah dulu…permulaan mati itu pengembaraan untuk sebuah keabadian..tak gitu?

frankly speaking..hidup ni elok sampai umur 50 jer,selepas tu eloklah ke lembah yang namanya’Akhirat’..buang elemen-elemen kebendaan,kekapitalisan,kemunafikan yang menjijikkan..jangan munafik pada diri sendiri..tapi kalau itu mahu nya dunia…ya apa salahnya dong?hehe..bukankah kita suka pada cerita yang indah-indah belaka bagai dalam syorga..haha

berjumpa pulak si Zunar yang hebat dengan ideologi nya..terimakasih atas penghargaan bro…ur the great…gratest malaysian hero..aku kenal zunar awal 90an…masa tu dia dah orang kuat Parti PAS..dan dia firm dengan apa yang dia pegang dan percaya…

ada juga jumpa Black..yang semakin aktif dan masyur sebagai penulis dan anak jantan…haha..

at the end ..aku pun berkata..terimakasih Tuhan……….dan untuk yang seterusnya …terimakasih tuhan..dan untuk yang semalam pun..terimakasih tuhan…dan untuk dimasa ini pun…dan untuk dimasa itu pun..dan dimana-mana pun….

 


Page 3 of 512345