Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq
kerja…
kerja untuk makan..makan untuk terus hidup..hidup untuk mati..mati untuk hidup selamanya..hehe
musim demi musim…..
La ni aku sedang layan lagu Ahmad Jais..yang lama-lama….seraut wajah,berikan sinarmu dan banyak lagilah…sesuatu tentang ahmad jais ni yang aku hormat dia,lagu&lirik kebanyakan dia yang tulis ..selain suara&tone yang bagus..itulah,dia memang bagus pun..hehe..dalam lagu berikan sinarmu,lirik dia mendalam sebenarnya..10 tahun sudah aku mengembara,namun tak bersua intan atau atau permata…puas sudah kucari hingga hari ini,walau dah bersua tapi tak sekata…hahahhaha..bayangkan,dah berjumpa…tapi masih tak ngam…i mean connection tak betul….so dia akan tungu sampai akhir zaman..walau bongkok tiga …hahaha…tapi malang,sebab dah bongkok tiga tak jumpa2 jalan juga…hehe..apa pun ahmad jais memang hebat..dan banyhak artis2 lama yang hebat dan pure..ahmad cb,taufik haji ali,tiar ramon,sam simon,mike ibrahim…yang aku suka sebab recording diorang semua live..so kalau nyanyi silap kena ulang balik..yang back up,orkestra..hehe…pendekata lagu2 lama ni ada karat..tu yang penting,record pun tak pakai click…
aku membesar di era Kembara..kembara bagi aku revolutioner bagi dunia musik melayu,visi&mimpi..semua melayu dan yang paling penting rugged&rebel…kembara sukses dizamannya..semua anak muda berfesyen ala kembara di tahun 80an dulu,seluar jeans,baju petak-petak,kasut fung keong..dan masa tu m.nasir pure sebagai insan seni yang tak berkepentingan..la ni..hahahhahahahhaha….bukak mata jer,hijau dek kilauan materi..payah juga..bagi aku lagu-lagu dia selepas era kembara,macam cakap tak serupa bikin..yang hud-hud tu boleh la..apa pun dulu masa busking nyanyi juga lagu-lagu popular dia..sebab budak2 dan orang tua suka..hehe..
banyak orang suka ramli sarip..aku kurang minat pulak..sebab ramli sarip bagi aku he is not a song-writter,dia seorang rocker..yang cuba nak jadi folk artis..dan berakustik…aku suka dengar sweet charity juga,tapi aku lagi suka dengar god bless..group progresif rock dari indon ditahun2 70an dulu..sweet charity banyak ciplak lagu2 barat&lagu god bless pun diorang copy,but diorang admit la…
tapi aku peminat blues gang yang tegar..hahahhahaha…tak reti-reti?hehe
lagu yang bagus didengar..
muktamad.lagu2 yang bagus didengar adalah lagu yang tangkap dalam,buat kita berfikir kedepan dan lebih bermaya dari segi kejiwaan..
aku suka dengar laguĀ british singer/songwritter al-stewart,mula dengar tahun 1990 dulu..dan la ni dengaar balik..album 1st dia,bedsitter images(1967)…act banyak lagu2 al stewart yang bagus dilayan,cuma music dia folky/rock.dia ada lebih kurang 25 album dari tahun 1967-2005.warga scotland yang lahir pada september 1945..aku ada beberapa album but sekarang ni download saja bro..hahaha..dok ada 100 lagu dia,lagu hit dia year of the cat,dan lagu2 lain road to moscow,on the boarder,almost lucy..banyak lagi ler..lirik2 dia sangat bagus..mostly about life/history/love..kalau cinta pun bukan cinta yang bongok…trust me…la ni umur dia dah 62 tahun,dah tua pun,yang menarik dia belajar gitar dengan gitaris King Crimson,robert fripp…..robert fripp ni bagi aku one of the best guitarist dalam dunia…lebih kurang macam ni..dia gitaris yang penuh dgn nilai-nilai spiritualti dan genius dalam permainannya,bagi sesiapa yang belum layan..cuba layan…al steawrt mahu pun king crimson..
yang bodoh-bodoh saja…
Membaca tentang penulis/pemikir Kassim Ahmad memang mengkagumkan.Terbaru bukunya yang bertajuk,mencari jalan pulang,walau dikritik sesetengah pihak,tak dinafikan kassim adalah salah seorang pemikir yang paling prolifik dan disegani hingga hari ini.Puisinya yang kontroversi..TUHAN SUDAH MATI suatu waktu dulu..bersifat provokatif,dikecam oleh segenap pihak terutamanya dari golongan konservatif dan feudal islam.Personally aku setuju dengan idea2 bijak kassim..cuma buku yang baru aku belum baca..memang,masa muda..sifat2 rebel atau jebat itu jelas,makin tua..makin balance dan relaks..apapun itu subjektif..Apapun Kassim sering menafikan hadis,kerana kesahihan yang mengelirukan dan memecahbelahkan umat islam..hadis itu buatan manusia yang berkepentingan untuk cerita dunia dan perlaksanaan.Aku lebih setuju jika kita berpegang pad Alquran sebagai panduan.ia sudah melengkapi dan sempurna…
kita nak belajar jadi cerdik pun susah..yang mereka mahu kita ni ‘memadai yang bodoh-bodoh saja ka?hehe..itu sebab umat islam bertelagah menegakkan apa aliran yang mereka faham,but mostly semuanya berkepentingan untuk kaum dan bab-bab dunia yang tak pernah selesai…
berbalik pada rukun iman..qada dan qadar..ketentuan..kita pun berjalanlah seada dan semampu kita sebagai manusia yang punya akal…but please be smart….


