Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

hai hidup..apa kabar mati yer..?

10 comments

lama tak tulis..beku dan bengong…

ada pertemuan ekslusif para aktivis waktu zaman reformasi dulu,dan aku pun dijemput sama..pada 6/7/08 tempohari,..so programnya 6-7 hb,,di hotel carlton,shah alam..perancangan dan aktiviti kesenian untuk pakatan rakyat..ada Amir Muhammad,hishamuddin rais,ito,nasir jani..mostly semua yang ‘rebel’..hahahaha…rahmat pun ada..but hisham dan zunar  memang patut adapun..dan tertubuhlah PAKSI.

aku pun tak tau la..sejujurnya aku kurang percaya pada mana2 parti dan persatuan..sebab kepentingan dan kuasa ..semuanya kat situ..pi mai pi mai tang tu..sama ja la…but harap ada progres dan perubahan..manusia tak boleh lari dari kepentingan juga,sebab kita masih ber’keperluan..poilitk   ni macam ni la permainannya..ada watak jahat dan ada juga watak baik…but  orang jujur tempatnya bukan disitu..orang yang berlakon jujur banyakla..hahaha..

cuma semua kawan-kawan baik ada disitu..sama-sama berjuang dalam apa yg dipercaya..semua punya konsep telus dan jujur dalam hidup seadanya..itu yang penting..sama-sama la kita tengok perkembangannya nanti..

bak kata rahmat..pejuang biasanya tak dapat apa-apapun..dan aku setuju tu..hehe..

yang penting..kena kedepan le,tak nak statik jer…kita dah diabad ke 21..kalau program kesenian dok macam tahun 60 dan 80an  dulu atau macam UMNO  yang aduhai…,penat la bang..kena ada multi racial juga,sebab yang disini bukan hanya kita je,india,china..macam-macam bangsa pun ada..semua pun penting,mainkan peranan..

apapun ok la..hehe

 


isnin yang mendung..2/6/08

2 comments

redup,mendung..

jangan suka bercerita pasal dunia sangat,nanti kita akan dihampakannya,dunia itu hidup..hidup itu kepentingan,kepentingan itu nafsu,nafsu itu tempat diamnya iblis,iblis itu dari spesis malaikat,cuma bak kata abdullah jones…”iblis mana ada yang baik hati”..hehe,ya betul tuan..cuma iblis itu pun pelengkap pada isi cerita dunia,watak penting waktu diasal kejadian dulu…bukanlah mengiyakan..cuma kita hidup punya watak masing-masing..kita boleh pilih apa yang kita mahu..semuanya pilihan,dan semuanya takdir juga..bila kita kata takdir..kita pun sepatutnya tahu itu Tuhanlah yang empunya segala cerita..

hidup mesti terus..kepentingan asal beralasan itu pun ibadah…makanan untuk ‘raga’(jasmani)…

*belilah majalah ‘KONSEP’,ada gambar Amy Search covernya..ada artikel aku(Busker bukan pengemis)didalamnya…yang pasti kandungan dalam majalah ni   ok ,tak der cerita-cerita mengarut dan melalut..Amy pun meatured,sesuai dengan umur dan tahap intelektuatinya..so,harga untuk senaskah majalah ni rm 4.50 sahaja…apa nak buat ,harga kertas makin mahal…hehe


kerja…kerja…kerja…

1 comment

hari ni kerja,semalam kerja..esok?

hari  ni jumaat,semalam khamis..esok?sabtu

semalam..siapa yang tentukan hari?hari ni siapa yg tentukan hari dan waktu?manusia..dengan akal yang dikurnia Tuhan,manusia membentuk kehidupann dan tamadun…dan seperti fitrahnya setiap yang ada dimukabumi ini,segalanya akan lenyap sekelip mata..diwaktu itu masih pentingkah waktu..?


alooooooooooooooooo………..

0 comments

Tadi tengah dok lepak kat opis ni,satu panggilan talipon dari sorang sahabat..MiKE penulis blog tersohor tanahair..’semusim di neraka’..heheh..kawan-kawan memang hebat..sebahagian dari keajaiban alam dan kejadian..haha..

aku baru balik dari KL semalam…kesana 16/5/2008..ada program ‘The weekend Session’(www.the-wknd.com)

lepas tu jumpa sahabat..joe kidd yang semakin aktif dan lagu-lagunya(Carburator Dung)nya semakin laju dan nak marah jer..hahaha..juga Fendi yang semakin kedepan dan maju..semakin berani..(director filem)dan nantikan kemunculan filem ‘KAMI’ di pawagam..dan berjumpa pulak dengan si Sani sudin yang dalam perancangan untuk album merapu pertamanya..the greatest of Sani Sudin…ur the man..haha..

kawan-kawan sebahagaian dari nafas hidup..buat aku seronok untuk hidup 1000 tahun lagi…sebab apa 1000 tahun lagi?sebab aku dah matidah dulu…permulaan mati itu pengembaraan untuk sebuah keabadian..tak gitu?

frankly speaking..hidup ni elok sampai umur 50 jer,selepas tu eloklah ke lembah yang namanya’Akhirat’..buang elemen-elemen kebendaan,kekapitalisan,kemunafikan yang menjijikkan..jangan munafik pada diri sendiri..tapi kalau itu mahu nya dunia…ya apa salahnya dong?hehe..bukankah kita suka pada cerita yang indah-indah belaka bagai dalam syorga..haha

berjumpa pulak si Zunar yang hebat dengan ideologi nya..terimakasih atas penghargaan bro…ur the great…gratest malaysian hero..aku kenal zunar awal 90an…masa tu dia dah orang kuat Parti PAS..dan dia firm dengan apa yang dia pegang dan percaya…

ada juga jumpa Black..yang semakin aktif dan masyur sebagai penulis dan anak jantan…haha..

at the end ..aku pun berkata..terimakasih Tuhan……….dan untuk yang seterusnya …terimakasih tuhan..dan untuk yang semalam pun..terimakasih tuhan…dan untuk dimasa ini pun…dan untuk dimasa itu pun..dan dimana-mana pun….

 


Page 5 of 7« First...«34567»