Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

FITRAH ALAM

0 comments

Sejak kita dilahirkan ke mukabumi Tuhan, secara fitrahnya watak kita mula terbentuk mengikut acuan yang kita bawa, faham dan berasa selesa dengannya. Mungkin haluan kita ke kiri, mahupun kanan. Mungkin antara sesama kita ada dosa dan pahala, atau mungkin kita bersalah dan dihukum akan kesalahan kita. Itu kita wajib percaya akan hukum qada dan qadar. Menerima apa yang diperuntukkan untuk kita itu ‘redha’ dan sangat dituntut agama.

Saya berkunjung ke perpustakaan baru-baru ini membawa anak-anak membaca dan menyewa buku. Terjumpa pula sebuah buku berjudul ‘ Siddharta’ karya Herman Hesse. Menariknya ianya diterjemahkan ke bahasa malaysia. Pada mulanya saya fikir ianya cerita tentang Gautama Buddha, rupanya tentang watak ‘protagonist’Siddharta yang melalui proses soul searchingnya dalam bentuk yang sangat menarik dan indah. Bermula dari keluarga ‘Brahmin’, beliau menjadi golongan ‘samana’ atau ‘Ascetics’ untuk sekian lama sehinggalah akhirnya beliau bereksperimen dalam bab-bab nafsu duniawi yang mana akhirnya segala harta, arak, perempuan dan judi semuanya sudah di miliki dan kuasai. Sama juga bila jika ke tengok movie Scarface lakonan Al-Pacino. Setelah segala-galanya nafsu dunia ini sudah kita miliki, apa lagi yang tinggal?

Akhirnya beliau kembali menjadi golongan samana dan apa yang menariknya bagi saya tentang buku ini adalah apa selepas ajaran Buddha? Adakah mereka menemui nirvana atau kedamaian abadi dalam proses mereka untuk menjadi Budhha?

Kadang-kadang kita perlu mengambil masa yang sangat lama untuk mencapai tahap redha, zuhud atau nirvana. Ianya bukanlah sekadar teori atau amalan semata. Di sekeliling kita adalah ujiannya. Siddharta terjun bergemulang dengan dosa dan pahala dan ia melepasinya. Sudah tentulah dia berpengalaman. Saya tidak dapat merasai apa rasanya hidup sebagai penagih dadah kerana saya bukan penagih. Jadi saya hanya boleh memahami sekadar yang mampu. Saya cuba untuk masuk ke dalam dunia anak saya yang mengidap ‘Autisma’ dan cuba untuk menjadi dia tapi saya hanya boleh memahami dunianya kerana saya seorang manusia yang normal walau ada senget juga. Saya cuma mahir tentang dunia yang saya faham, muzik saya dan keluarga saya.

Kita adalah pembawa watak di dunia ini. Di hadapan kita ada sekian banyak watak yang kita anggap panorama yang menarik untuk kita belajar dan faham.


EGOIS

0 comments

Apabila berbicara tentang tentang subjek keegoan, kebanyakan kita perlu ada ego sebenarnya. Ego adalah diri kita. Bersembang dengan kawan saya semalam tentang hal ‘ego’, kita bersetuju bahawa kita memang egois..Adakah berdosa jika kita ada sifat itu? Ego bukan sombong, bongkak atau hal-hal yang tidak baik yang ada dalam diri kita.

Kita berbicara tentang hal kita secara personal misalnya..Saya contohnya..Saya akui saya memang egois, Saya ada ‘code’ saya yang saya selalu berasa selesa tentang apa yang saya tahu dan apa yang saya mahu. Tentang hal muzik, saya akui ‘ego’ saya sangat tinggi, bukan kerana saya banyak tahu cuma mungkin saya telah lama tinggal diam di dalamnya. Apa yang penting untuk saya ingat hanyalah yang penting sahaja untuk diingat, selainnya tidak ada kerana saya tak nak beratkan kepala tentang hal-hal yang kurang penting. Sebagai contohnya, ada orang bertanya saya tentang ‘Yuna’ atau penyanyi perempuan lain yang bernyanyi sambil main gitar dengan kord jazz cerdik tapi tak cerdik. . Saya katakan mereka tidak ada dalam list pemikiran saya, jadi saya tidak ambil tahu. Untuk lebih lanjut, saya bertanya apa yang ada dalam lagunya? Apa lagu dia yang menarik sangat? Untuk jadi Norah Jones? Edie Brickel? Atau penyanyi barat perempuan yang skema lenggok gaya nyanyinya? Selainnya jika sampah, lebih baik kita jangan bual atau bangkitkan. Tentang hal kemasyuran dan sukses saya boleh katakan majoriti masyarakat atau media kita kurang faham tentang muzik, jadi setakat cerita pop yang stereotype, apa yang menariknya?

Seperti yang selalu saya katakan, saya lebih salut busker bernama Wahid suatu masa dulu di tahun 80an dulu walau beliau rabak dan dianggap sampah oleh masyarakat, dari saya menilai mana-mana penyanyi pop yang popular masa kini atau dulu atau yang akan datang. Selalunya begitulah, kerana para egois mereka akan selalu ego untuk kesejahteraan dan suka bermain dan mengusik jiwa dengan cerita-cerita lucu yang tak berkesudahan. Ha ha ha

Itu tentang hal sikap saya yang kurang baik, jadi saya akui walaupun saya selalu bersetuju dengan apa yang saya faham.

Saya masih lagi percaya pada code Lennon dalam lagunya ‘ Strawberry field forever’ ..’living is easy with eyes close, misunderstanding all you see’, atau ‘ nothing’s gonna change my world’..

Sebagai seorang ketua keluarga, saya cukup sukses walau bukan dari segi material. Walau hidup dalam kadar yang sederhana, saya bangga dapat menyara keluarga dengan hasil muzik saya. Saya mampu memberikan mereka kehidupan walau tidaklah mewah, namun saya cukup bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada saya, itu nikmat kebahagiaan yang paling nyata yang saya miliki. Cukup bulan saya seperti orang lain akan bayar sewa rumah, api, air dan bil-bil lain..Isteri saya tidak bekerja saya mula kami kawin sehinggalah ke hari ini. Pun rezeki itu ada, selagi kita percaya Tuhan itu ada..bagi sayalah..

Saya juga tidak pernah ada rasa rendah diri walau pakai hand-phone kokak cap ayam, atau naik motor buruk ke sana-sini, menyanyi di jalanan atau sebagainya..Adakah berdosa jika saya masih menggunakan handphone kokak? atau naik motor buruk itu berdosa juga?

Kita perlu ada yakin tentang apa yang kita ada dan miliki…kerana kehidupan ini adalah sebagaimana yang kita lihat dan faham. Jika di takdirkan semua penduduk bumi dipindahkan ke planet’marikh’ dan di saat itu semua kita adalah setaraf, tidak ada miskin kaya..Apa yang menariknya hidup ini?

Bak kata Doel Sumbang dalam lagunya, ‘ aku memang egois’..Ha ha ha…


CERITA DALAM LAGU- PART 3

0 comments

Sehingga hari ini saya cukup susah untuk menerima music genre hip-hop atau rap. Dulu semasa saya bekerja di Yamaha Music, kita ada jual segala macam jenis sampler atau workstation keyboard yang khusus untuk muzik hip-hop, dance atau rap ni. Programming, segalanya programming..apa yang menariknya? Bukan pakai kudrat atau kreativiti pemuzik, atau kalau di katakan kreativiti hanya settinglah, lepas tu ryhtm akan bermain sendiri sampailah habis lagu. Ha ha ha..Yang sedihnya peranan pemain dram sudah kuranglah..Banyak lagu hari ini, untuk dram hanya pakai sample atau programming..Pada saya memang tak kenalah…Manusia dengan mesin mana boleh sama? Manual bagi saya tetap yang terbaik berbanding programming. Kita beli satu workstation keyboard’ Triton’ contohnya..dah boleh bikin lagu dah, tapi itulah…bila semua keyboard guna jenama sama, susunan muzik pun stereotype, apa yang menariknya? Lepas tu bila menyanyi guna minus-one, seperti semalam di KL Sentral..entah penyanyi AF mana melalak dengan note vokal dan muzik yang tak selari , muzik dahlah ‘r&b’..apa yang sedap pun saya masih tertanya-tanya..Ha ha ha..Yang saya tahu memang bising tahap maksimumlah..Teknologi hari ini semakin membunuh kreativiti..nak pakai sound gitar tak payah pakai dah..nak guna vokal pun ada dalam mesin..Inikah level kesempurnaan yang kita perlukan?

Ada juga muzik rap yang saya dengar dari genre pure black..seperti penyanyi rap rebel Tupac Shakur..Bangsa kulit hitam ni walaupun mereka punya kekurangan dari segi fizikal dan rupa, mereka ada kelebihan lain…dalam badan mereka ada beat atau rythm…seperti penyanyi Al Jerrau yang datang membuat persembahan di negara ini suatu masa dulu. Dia ni bercakap pun dah sedap..Itu memang kelebihan mereka..Kalau bangsa lain macam tak kena je pada sayalah..melainkan hanya trend semusim..Lirik-lirik pula kebanyakannya hanya cerita pasal sex dan berahilah kalau muzik rap tu…Untuk mereka berjaya memang susah, sebab kebanyakan mereka berasal dari street, memang miskin..Itu sebab bila kaya diorang akan maksimum bergaya sakan. Emas dan permata penuh satu badan..satu guni..Mungkin untuk tunjuk pada masyarakat ..” aku kaya!”Ha ha ha..Pun lagi satu history ‘black’ itu sendiri memang menyedihkan..jadi expresi yang mereka luahkan dalam genre muzik blues dan rap memang menjadi..Kalau ‘blues’ tu liriknya memang haru dan masalahlah..tapi ada rugged, yang itu mahallah bagi saya..walaupun simple, tapi ada kejujuran…seperti kita lihat Buddy Guy menyanyi dan bermuzik..penuh ekspresi..Ha ha ha

Kalau mintak saya nyanyi lagu rap atau hip-hop ..saya ‘surrender’..ha ha ha


TAKUT MATI

0 comments

Hari ini banyak sangat ubat-ubat suppliment untuk kesihatan di pasaran. Berlambak-lambak dan kebanyakannya memang mahallah harganya. Seorang kakak kawan saya yang tinggal di Terengganu kawasan kampung memerlukan rm 1000 sehari untuk penyakit leaukimia yang dihidapinya..Mana dia nak cari duit sebanyak itu? Yang terus kaya para-para doktor dan penjual ubat. Yang kita-kita ni terutama warga marhaen memang tidak berkemampuanlah. Walaupun di setiap jenis ubat yang kita makan itu khasiatnya di katakan boleh menyembuhkan segala bermacam penyakit, pun belum tentu juga. Seorang lagi kawan saya yang bercerita tentang bapanya pengidap leaukimia, pun memerlukan 30k sebulan, pun akhirnya meninggal dunia juga walaupun ada duit banyak.

Yang nyatanya kita ni memang takut mati, padahal mati itu akan kita hadapi juga, capat atau lambat. Kenapa kita takut mati? Sebabnya hidup kita ini terlalu bersalut dengan kebendaan. Melekat tak mahu keluar. Jika bukan kerana ringgit pun, kita masih berkepentingan juga, keluarga kita contohnhya. Padahal jika kita percaya pada cerita takdir yang telah tertulis itu, apa yang boleh kita nafikan lagi selain belajar untuk menerima dan mencintai mati?

Hari ini saya berumur 44 tahun. Menjenguk zaman kecil saya, rasanya baru semalam berlalu segala kenangan masa lalu. Masa berjalan dan kita pun begitu. Kita boleh kecewa dan atau suka dengan apa yang kita miliki. Pun itunyalah ‘moment’ belaka. Terlebih suka akan buat kita lupa, terlebih kecewa akan buat kita gila.

Itu sebab saya suka pada bab-bab falsafah ni. Ianya mendidik jiwa saya supaya kikiskan sifat-sifat yang mengotorkan jiwa dengan siri-siri nafsu yang tak berkesudahan. Dunia adalah punca segala masalah, suka dan duka. Kita sedang berada di sini..Kita sedang menunggu sebenarnya, walaupun kita nak duduk lama di sini atas dasar kepentingan. Pun jika dia datang, apa pilihan yang kita ada?


Page 11 of 92« First...910111213203040...Last »