Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Kita Di Sini…

0 comments

Apabila musim itu pergi, kita tidak akan berada lagi di situ. Kita akan beralih musim ke musim seterusnya sehinggalah bertemu ke satu titik yang mereka katakan itulah sebuah permulaan untuk menuju ke keabadian. Tidak ada bekal atau ramuan melainkan penyerahan.

Kita telah memahami makna dosa juga pahala antara kita sesama manusia. Kita mungkin keliru tentang penerimaan Tuhan tentang apa dan siapa kita di sisinya. Apa yang dimahuNya dari kita melainkan kita ini dikataNya makhluk ciptaan yang teramat istimewa yang mana terkandung di dalamnya segala permainan umpama gedung permainan lengkap dengan segala rupa dan bentuk menggamit rasa dan nafsu. Kitapun bergelut untuk cuba memiliki apa yang dikataNya kuasa yang sebolehnya kita mahu menguasai hatta jika boleh kuasaNya juga.

Begitu jauh kita melangkah, itulah bezanya di antara pengembara ukhrawi dan duniawi. Cerita dunia ini semakin kita mencari semakin kita akan mencintai sehingga memungkinkan kita mabuk dengan mimpi-mimpi indah yang nyalanya tidaklah selama manapun.

Hari ini marilah kita ucapkan dan nyanyikanlah lagu yang akan lebih mendekatkan kita denganNya tanpa sebarang penafian lagi. Dan janganlah dikenangkan tentang hal semalam yang duka mahupun indah..

Kita di sini hanya sebentar cuma…


Sudir…

0 comments

Ada beberapa nama penyanyi tempatan yang saya harus salut atas jasa dan kreativiti mereka dalam menjadikan muzik dan nyanyi sebagai karier mereka. Selain P.Ramlee dan Kembara, saya hormat juga penyanyi seperti Sudirman Hj Arshad( datuk). Baru-baru ini saya tonton program Bio Sudirman. Sewaktu bersekolah dulu saya ada juga dengar lagu-lagu dari album kaset Sudirman yang dibeli oleh kakak saya di pasar malam. Harganya rm 3.50(cetak rompak)..Tidak di nafikan kita dibesarkan dengan album-album cetak rompak. Di kampung mana ada yang original tambahan pula harganya waktu itu rm 11.90. Itupun kita perlu ke bandar Ipoh atau Sitiawan untuk mendapatkannya.

Berbalik kepada penyanyi Sudirman, saya akui saya bukanlah kagum akan suara atau lagu-lagunya walau beliau juga berkebolehan dalam mencipta lagu seperti lagu ‘hujan’ yang diciptanya. Cumanya saya mungkin memandang beliau seperti saya memandang Michael Jackson walau Michael itu megastar. Jalan dan cara mereka lebih kurang sama. Mereka ada aura sebagai penghibur.

Sudirman apabila saya perhatikan sedalamnya, beliau memang seorang penyanyi/penghibur yang bijak. Setiap lagu-lagunya terkandung berbagai cerita dan peristiwa. Kita tidak dapat tidak perlu mengiyakan pada setiap 31hb ogos untuk menyambut hari merdeka, lagu meredeka Sudirman pasti akan berkumandang menjadi tema dan kebanggaan rakyat berbilang bangsa. Apabila sekolah bermula ada lagu motivasi untuk para pelajar. Apabila hari raya menjelang tiba, lagu ‘balik kampungnya akan berkumandang di radio dan tv seiring dengan lagu-lagu evergreen hari raya penyanyi-penyanyi popular sebelum atau sezamannya. Beliau ada di mana-mana sudut hati rakyat di negara ini khususnya. Semua bangsa mengenali dan menyayanginya. Sewaktu bersekolah dulu saya suka menyanyikan lagunya yang berjudul ‘lagu anak desa’. Lagu asli beliau juga yang judulnya ‘patah hati’ juga popular dan didengar oleh ramai orang termasuk dalam dan luar negeri.

Seperkara seperti juga P.Ramlee, teamwork dan timing kehadiran Sudirman memang kena pada zamannya. Beliau punya chemistry yang berkesan dengan penulis lirik Habsah Hassan juga para komposer yang menciptakan lagu untuknya. Dan sudah tentulah syarikat rakaman yang dinaunginya(EMI) sangat beruntung kerana mimiliki artis hebat sepertinya.

Tapi itulah juga, only the good die young bak kata pepatah orang putih. Sudah skripnya begitu, apa yang kita boleh nafikan lagi..

Salut untuk arwah Datuk Sudirman Haji Arshad.


ILMU ALAM

0 comments

Kita adalah penterjemah cerita alam ini walau kita cuma sedari sedikit mahupun sepenuhnya. Lupa kerana mungkin kita ini sedang lemas dek mimpi indah materi duniawi. Di mana-manapun sama, tidak ada bezanya. Di sini kita diajar untuk mengenal alif, ba, ta dan seterusnya untuk sekadar kenal huruf arab maka segala yang arab itu sangat sempurnalah bagi kita.

Menjenguk ke belakang dan hari ini bagi saya kaum arab bukanlah kaum yang boleh kita banggakan, mengenai sikap termasuklah yang lain-lainnya. Apabila kita berbicara denganNya dengan bahasa kita, apakah Dia itu tidak mendengar?

Kita juga sangat tidak digalakkan untuk bertanya dalam membebaskan akal fikir kita ini tentang kejadianNya yang maha agung, jadi mungkin itulah sebabnya bahasa jiwa kita ini tidak kemana-manapun hasratnya bahkan mungkin tidak kesampaian. Hasilnya jadilah kita manusia yang mengenal Tuhannya dalam istilah yang gitu-gitu saja.

Saya telah membaca buku dari seberang, Catatan Harian Ahmad Wahib dan isinya sangat bagus sekali. Bahasanya pun indah, catatannya sangat jujur dan terbuka dalam beliau mempersoalkan tentang agama islam dan hukumnya. Di sini saya tidak jumpa lagi bahan-bahan yang rebel sebegitu. Membelek buku-buku keluaran orang kita, isinya bolak balik di situ juga, bila masanya kita akan ke sana?

Saya suka juga membaca buku-buku sastera Suhaimi Hj Muhammad atau Kemala(Datuk) seperti sajak ‘Ayn’namun isinya bagi saya hanya mengagungkan tinggi ilmu Tuhannya, nak kata seperti karya Iqbal tidak juga, Hamzah Fansuri jauh sekali. Kita masih suka duduk di alam angan-angan, mungkin. Kita tidak pernah bebas berbicara atau bebas terbang ke mana-mana kita suka. Oleh itu untuk apa kita di sini? Sekadar memuji dan memuja kehebatanNya tanpa kita mengenal dalam istilah yang lebih praktikal dan tidak ada elemen kepura-puraan.

Saya percaya pada wujudNya tanpa sebarang penafian. Untuk itu atas dasar kecintaan yang peratusnya mungkin hanya setakat yang saya mampu, saya mencariNya sehingga ke dalam diri. Selebihnya ia hanyalah sekadar permulaan cuma, kerana kita di sini bagi saya atau bagiNya juga sepatutnya lebih diajar untuk saling menghormati alam dan kejadian ini sejujurnya.

Hasilnya apabila saya melihat segala kejadian alam ini ianya tidak lebih hanya sekadar ujian dan mimpi kosong yang tidak membawa kita ke mana-manapun. Saya bersetuju juga dengan cerita-cerita dunia hari ini, malah tidak menafikan segala macam rentak dan tari, nafsu dan nafsi kerana kita memang sedang menari di pentas dunia ini mengikut rentak yang kita faham. Mereka bercerita tentang politik, saya turut merai dan memerhati sekadar yang termampu, cuma untuk di letak ke dalam folder akal saya tidaklah rasanya, namanya pun permainan jadi apa yang kita boleh expect sangatpun. Mereka bercerita tentang hukum agama dalam bentuk keseragaman yang formal, pun saya turut bersetuju walau nilai kejujurannya kita sendiri mampu menterjemahkannya, mungkin juga kerana kita ini lebih di didik untuk menilai rupa dan harta.

Entahlah, marilah kita terus membaca dan mengenal..yang mana kaca yang mana permata…


SELAMAT TAHUN BARU!

0 comments

Tahun baru adalah sekadar hari yang selalu kita rayakan mengikut cara kita masing-masing. Sepanjang tahun ini, saya melalui dan mengharungi musim yang pelbagai rasa suka dan dukanya. Kita harus gaulkan segalanya menjadi satu ramuan yang ikhlas untuk disajikan pada pencipta. Ikhlas itu suka dan dukalah. Mana ada hidup ini penuh dengan segala subjek sukacita je? Ha ha ha..Maknanya subjek duka itu pun sebenarnya lebih mendewasakan kita, menjadikan kita jenis manusia yang suka belajar untuk memajukan tahap akal kita dalam berfikir.

Sudah beberapa tahun saya memblog di sini. Dari tulisan yang merapu ikut suka saya saja sampailah saya mula berfikir bagaimana untuk menulis dengan lebih baik dari masa ke semasa dan diharap sama-sama kita mendapat sedikit bahan-bahan ilmiah untuk kita kongsikan bersama.

Untuk musim-musim muzik saya, saya sebenarnya masih belajar benda-benda baru dan juga lama. Tidak ada penghujungnya. Saat ini pun saya cuba untuk improvisekan teknik rhumba dan flamenco. Ianya sesuatu yang harus kita teruskan kerana jalan itu masih panjang. Mungkin berliku dan mungkin tidak. Apa ada hal pun…

Jika kita berminat dengan sesuatu itu, kita jangan give-up dan berbahagialah dengan apa yang kita lakukan di dunia ini. Pandangan jika ada sinisnya jangan kita hiraukan kerana hanya kita saja yang tahu apa yang kita mahu dalam hidup ini. Hidup ini tidaklah panjang tempohnya, maka apa yang kita mahu sebenarnya? Jika kita merasa cukup dengan apa yang kita ada mengikut ketentuanNya, saya rasa dunia ini sudah kita miliki walau bukan sepenuhnya, ia sudah memadai. Janganlah bandingkan nasib kita dengan nasib orang lain, itu tidak adil sebenarnya. Kita perlu lebih relaks dan dengar setiap detik jantung kita yang berdegup. Itu lebih baik dari kita suka mengambil tahu hal yang tak sepatutnya kita tahu mengikut faham kita.

Selamat tahun baru kepada pembaca blog pestajiwa. Berpestalah kita meraikan hidup ini kerana jiwa itu sebenarnya hanya sukakan kedamaian dan Dia tidak memerlukan apa-apapun, Dia let go kepada kita untuk menguruskan apa yang kita mahu dan suka.

Selamat Tahun Baru!

Trainspotting Video

The Passenger Lyrics:
I am the passenger
And I ride and I ride
I ride through the citys backside
I see the stars come out of the sky
Yeah, theyre bright in a hollow sky
You know it looks so good tonight
I am the passenger
I stay under glass
I look through my window so bright
I see the stars come out tonight
I see the bright and hollow sky
Over the citys a rip in the sky
And everything looks good tonight
Singin la la la la la-la-la la
La la la la la-la-la la
La la la la la-la-la la la-la
Get into the car
Well be the passenger
Well ride through the city tonight
See the citys ripped insides
Well see the bright and hollow sky
Well see the stars that shine so bright
The sky was made for us tonight
Oh the passenger
How how he rides
Oh the passenger
He rides and he rides
He looks through his window
What does he see?
He sees the bright and hollow sky
He see the stars come out tonight
He sees the citys ripped backsides
He sees the winding ocean drive
And everything was made for you and me
All of it was made for you and me
cause it just belongs to you and me
So lets take a ride and see whats mine
Singing…
Oh, the passenger
He rides and he rides
He sees things from under glass
He looks through his windows eye
He sees the things he knows are his
He sees the bright and hollow sky
He sees the city asleep at night
He sees the stars are out tonight
And all of it is yours and mine
And all of it is yours and mine
Oh, lets ride and ride and ride and ride…
Singing…


Page 2 of 8612345102030...Last »