Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Selepas Tsunami

0 comments

Apabila Tsunami melanda, saya jadi kelam-kabut mencari arah. Hidup memang tidak seindah yang kita gambarkan sebenarnya.

Apabila saya lihat ombak itu datang, yang pada mulanya saya anggap kawan namun saya silap di situ, gagal menterjemahkan makna alam, saya pun karam. Matikah saya waktu itu seperti kawan saya yang pernah mati sebelum mati. Dia melihat jasadnya terbujur, tahulah dia bahawa dia masih memerlukan dunia lantas dia pun kembali memasuki jasadnya semula.

Berbalik pada kisah Tsunami itu tadi, apabila tersedar, saya tersadai di atas pokok kelapa. Yang menghairankan pokok kelapa itu tidak pula tumbang atau punah dibawa ombak deras Cina Selatan. Namun apalah yang nak dihairankan tentang keajaiban alam ini kerana akal itu sifatnya adalah kepentingan, kira-kira dan hukum. Hukum ada baik ada jahat.

Saya pun mula berfikir secara matang, alangkah baik jika saya ini pengidap Autisma seperti anak saya, Adam.

Adam dunianya adalah dia dan sekeliling yang rapat dengannya. Dia melihat tapi tidak melihat. Dia seakan tidak tahu tapi kita tidak dapat menduga apa yang dia tahu dan faham. Dia tahu sakit tapi sejauh mana sakit hanya pada kita yang dapat mengagak, makna sakit pada dia mungkin hanya sekadar ekspresi atas makna sakit. Mungkin dia sedang dilindungi kerana kekurangan akalnya adalah kelebihan untuk dia lebih dekat dengan penciptanya.

Kita tidak tahu dunia dan apa yang dialaminya. Kita hanya manusia biasa yang dikurniakan akal tetapi selalu menyalahgunakan kesempurnaan yang telah Tuhan kurniakan. Tidak boleh buat apa juga kerana kerja kita adalah mencorakkan hidup ini berbekalkan akal. Akal ada pendek ada panjang. Kadang-kadang akal kita pendek, kadang-kadang akal kita panjang. Ha ha ha..

Apapun bersyukurlah kita masih di sini, menterjemahkan makna hidup seadanya kita yang bernama manusia. Bukan senang nak senang!

*fb lama gua dah tak mandang, kena virus, bagi member-member yang nak add boleh ke fb baru ‘ pesta jiwa meor’

tq

Muzik- Di bawah ini adalah video klip yang dibikin oleh saudara Abid. Lagu dari saya dan lirik oleh penulis tersohor Ramlee Awang Murshid. Sebenarnya lagu ini bertajuk ‘Sutera bidadari’ yang akan dimuatkan dalam album band saya ‘Society’ yang dianggotai oleh saya sendiri, Amin Iskandar dan Daiyan Trisha sebagai penyanyi utama. Saya perform untuk majlis pelancaran buku tersebut pada beberapa minggu lepas di PWTC. Novel tersebut laku macam goreng pisang panas. Ha ha ha
Bagaimanapun lagu dalam videoklip ini masih di tahap demo, akan direkodkan semula dengan susunan muzik dram, bass, akustik gitar, gambus, elekrik gitar dan lain-lain instrumen.

Trailer untuk Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid dari sekuel epik Laksaman Sunan dalam suntingan baru dengan latar lagu Sutera Bidadari Nyanyian Saudara Meor Yusof Aziddin yang dicipta oleh penyanyi sendiri dan lirik oleh Ramlee Awang Murshid. Video ini adalah sempena Pelancaran Sutera Bidadari di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011


Hidup ini perjalanan..

0 comments

Tidak ada apa keajaiban sangat yang mampu kita harapkan dalam kehidupan ini. Segalanya adalah cerita cerita sedih dan suka yang perlu kita lalui. Dari minggu lepas sehingga ke hari ini peratus kepercayaan dan ingat saya masih di tahap proses untuk ke satu level yang masih boleh dipersoalkan jika ada alasan untuk itu.

Kita tidak perlu menjadi ‘ Peter Pan’ yang hidup dalam fantasi di dunia kanak-kanaknya. Di dalam dunianya, dia adalah hero.

Waktu saya di sekolah menengah dulu, saya suka bermain bola dengan junior sekolah saya. Saya di tingkatan 3 waktu itu, dan geng saya bermain bola ni budak-budak lagi yang umur mereka dalam lingkungan 9-12 tahun.

Saya suka bermain dengan mereka kerana saya akan kelihatan hebat bagi mereka. Saya boleh mengelecek 10 orang pemain dan mereka memandang saya sebagai seorang hero dan pemain bola yang handal.Ha ha ha

Apabila saya bermain bola dengan geng-geng sebaya atau yang lebih tua dari saya, saya akan kelihatan biasa dan terpaksa bersaing dengan mereka-mereka yang jauh lebih handal dari saya. Jadi memang lecehlah!

Beberapa hari yang lepas saya berjumpa dengan kawan saya. Dia memang manusia yang pelik, sangat unik mungkin. Terlalu telus pun mungkin juga. Pelik kerana dia akan menceritakan tentang dunia langitnya kepada saya. Langit adalah hakikat. Hakikat itu ilmu ‘rasa’. Cuma kawan saya ni dia menzahirkan apa yang ada di dalam rasa. Contohnya dia bertanya pada saya tentang arwah Loloq, kemudian katanya dia selalu berjumpa dengan Loloq di alam selepas matinya. Saya suka melayan kawan saya ni berlabun kerana ceritanya bukan cerita yang biasa.

Katanya lagi Loloq kini berada di alam kayangan sana bersama para dewa. Bob Marley pun sama juga, di alam dewa. Maknanya masih tak lepas lagi, kerana katanya dia perlu melepasi jabatan imigresen di kerajaan langit sana jika ingin kembali kepada penciptanya.

Saya nak ketawapun tak sampai hati kerana kawan saya ini serius bercerita. Ceritanya pula sangat detail dan seakan betul pada dialah. Jadi saya layan je dia bercerita, cuma saya pernah katakan pada dia, dia boleh kaya jika buat skrip filem atau drama-drama fantasi, kayangan atau apa saja yang ada di alam yang di sebelah sana. Untuk saya percaya pada apa yang diceritanya sangat mustahil rasanya kerana prinsip saya mudah. Yang zahir itu zahir dan yang batin itu batin. Kalau nak zahirkan yang batin itu payahlah bagi saya.

Akhirnya dia katakan pada saya, dia bercerita mengikut kefahamannya. Itu saya bersetujulah sebab dia yang melaluinya, mungkin dia berada dikalangan mereka yang terpilih, tapi itu bukanlah masalah saya pula. Dia terpilih atau tidak itu hidup dan dunianya. Dunianya adalah pilihannya sendiri. Yang penting kita bahagia dengan apa yang sedang kita lalui.

Semalam saya berjumpa pula dengan kawan baik saya waktu sekolah dulu. Seorang sudah bersara sebagai seorang tentera dan seorang lagi bekerja sendiri.

Kami pun berlabun sakanlah juga. Saya respek kawan saya yang sudah menjadi pesara tentera itu. Selepas habis tempoh perkhidmatannya di dalam tentera selama 22 tahun, dia mendapat duit kwspnya dalam jumlah yang agak besar bagi golongan working class seperti kita. Dengan duit itu dia menyimpan di dalam koperasi tentera. Setiap tahun dia akan mendapat bonus sebanyak 15 peratus. Selain itu dia akan mendapat duit pencen sebanyak rm 1700 setiap bulan. Apa lagi yang dia mahu dalam hidupnya? Rumah ada, kereta ada, anak-anak ada.

Saya katakan pada kawan saya ni yang saya cemburu dengan apa yang dia dapat hari ini. Saya masih perlu bekerja keras untuk mencari duit.
Kawan saya ni boleh goyang kaki, enjoy dalam kehidupannya. Setiap bulan dapat gaji, simpanan banyak..Ha ha ha

Jelas terpancar kepuasan dalam hidup dia.

Semalam kita menyambut hari ibu. Setiap hari adalah hari ibu. Tanpanya mana mungkin kita berada di sini waktu ini.

Emak saya sudah berusia 86 tahun dan sedang uzur sebenarnya. Tolong doakan kesejahteraannya. Insyaallah.

Lynyrd Skynyrd – Simple Man

Mama told me when I was young
Come sit beside me, my only son
And listen closely to what I say.
And if you do this
It will help you some sunny day.
Take your time… Don’t live too fast,
Troubles will come and they will pass.
Go find a woman and you’ll find love,
And don’t forget son,
There is someone up above.

(Chorus)
And be a simple kind of man.
Be something you love and understand.
Be a simple kind of man.
Won’t you do this for me son,
If you can?

Forget your lust for the rich man’s gold
All that you need is in your soul,
And you can do this if you try.
All that I want for you my son,
Is to be satisfied.

(Chorus)

Boy, don’t you worry… you’ll find yourself.
Follow you heart and nothing else.
And you can do this if you try.
All I want for you my son,
Is to be satisfied.


Positifkan negatif

0 comments

Kesedihan adalah subjek negatif yang positif. Musim demi musim datang dan pergi. Kita sedang menunggu kematian untuk kita dan sekeliling kita. Kita tidak suka sebenarnya. Tidak suka kerana itu bab kehilangan. Kehilangan akan menyebabkan kesedihan. Kesedihan kerana ada rasa kasih dalam diri yang disemai sejak lama. Itu fitrah manusia.

Apapun subjek sedih itu perlu kita positifkan walau ianya akan bermain diingatan untuk satu tempoh yang lama. Ianya mungkin kekal tinggal diam di benak kita yang paling dalam.

Proses kemanusiaan memang adil sebenarnya, kerana hikayat manusia itu memang sementara sifat dan perjalanannya.

Apabila kita merasakan sesuatu yang kita sayang dan berharga itu milik kita, ianya akan menjadi sebuah permasalahan yang halal. Halal kerana perhubungan kasih yang disemai sejak lama, seperti kita menjaga anak-anak kita dengan penuh kasih sayang dan belaian. Apabila ada interaksi dua hala yang subur antara kita dan mereka contohnya, sudah tentu akan hadir sebuah perhubungan yang suci lagi telus yang menjadi tali ikatan yang kukuh tertanam menjadi sebahagian hidup dan nadi kita.

Atau contoh lain ibu kita. Ibu yang melahirkan kita ke dunia ini. Kita dibelai dengan penuh kasih sejak dari dalam kandungan lagi. Bagaimana kita dapat menafikan tali kasih itu kerana tali perhubungan itu sudah hadir sejak kita masih di alam kandungan lagi?

Sekeras manapun kita, saya percaya semua kita pasti adamasanya menangis juga.

Kasih sayang antara manusia adalah bersifat kalkulatif. Kita didik anak kita dengan penuh kasih sayang dengan harapan bila mereka dewasa nanti kita tidak akan dilupakan, namun yang paling baik, menghargai itu bagi saya lebih membahagiakan dari kita mengharap sesuatu balasan yang mana mungkin kita akan kecewa jika apa yang kita harapkan menjadii begini, sudahnya menjadi begitu?

Seorang sahabat saya pernah mengakui yang dia masih kalkulatif dengan Tuhan dan hidup ini. Dia masih mengharap yang baik-baik saja dalam hidupnya. Saya katakan padanya mungkin tahap ikhlasnya melebihi apa yang saya ada, kerana walaupun saya bercerita tentang sesuatu yang telus dan ikhlas, saya pun seperti dia juga, kalkulatif dengan kehidupan ini? Ha ha ha

Hari ini saya sedang menghadapi babak yang sedih dalam hidup. Babak yang mungkin biasa bagi mereka yang sudah terbiasa dengan subjek kehilangan umpamanya di negara-negara yang dilanda peperangan di mana nyawa hanyalah umpama sehelai kertas yang melayang dibawa angin lalu. Kita yang di sini yang masih mengagungkan makna kehidupan lantas menghargainya sebagai sesuatu yang hebat, agak janggal apabila bercerita tentang subjek kematian.

Apapun kita tidak punya pilihan selain dari belajar untuk menghargai dan menghadapinya dengan jiwa yang tenang. Esok akan datang, lusa juga begitu. Begitulah ceritanya sehinggalah tiba detik untuk kita pergi. Innalillah.

From Wikipedia:
The song was written in July 1975 with friend and La Honda neighbor Taylor Phelps in the back of his car, (a DeSoto Suburban), when Neil Young was unable to sing due to an operation on his vocal cords. Driven by Young’s trademark fierce guitars, the song has been played on nearly every tour Neil Young has done since. It has also appeared on the compilations Decade and Greatest Hits and on the live albums Live Rust, Weld and Unplugged (this last rendition is played almost entirely on a pump organ).

An edited version of “Like a Hurricane” was released as a single on August 8th 1977, with “Hold Back the Tears” as B-side.

Lyrics:
Once I thought I saw you
in a crowded hazy bar,
Dancing on the light
from star to star.
Far across the moonbeam
I know that’s who you are,
I saw your brown eyes
turning once to fire.

You are like a hurricane
There’s calm in your eye.
And I’m gettin’ blown away
To somewhere safer
where the feeling stays.
I want to love you but
I’m getting blown away.

I am just a dreamer,
but you are just a dream,
You could have been
anyone to me.
Before that moment
you touched my lips
That perfect feeling
when time just slips
Away between us
on our foggy trip.

You are like a hurricane
There’s calm in your eye.
And I’m gettin’ blown away
To somewhere safer
where the feeling stays.
I want to love you but
I’m getting blown away.

You are just a dreamer,
and I am just a dream.
You could have been
anyone to me.
Before that moment
you touched my lips
That perfect feeling
when time just slips
Away between us
on our foggy trip.

You are like a hurricane
There’s calm in your eye.
And I’m gettin’ blown away
To somewhere safer
where the feeling stays.
I want to love you but
I’m getting blown away.


Teori cinta

0 comments

Semua manusia walau apa bangsa pun di dunia ini faham apa maknanya cinta dan kasih sayang. Itu lumrah dan fitrah kita manusia. Tidak perlu diajar oleh sesiapapun.

Cinta yang paling jujur adalah realiti. Kita makan dan kita rasa apa yang kita makan. Kita tidak bercerita tentang kesempurnaan ditahap malaikat. Itu cinta yang penuh dengan angan-angan dan kayangan sana.

Kita lihat proses untuk mencari, mengenal dan memahami makna cinta itu terpaksa melalui berbagai proses yang memenat dan membodohkan kadang-kadang. Itu sebab orang yang bercinta akan kelihatan melucukan kerana mereka masih perlu berpegang tangan antara satu sama lain untuk merealisasikan makna satu hati. Dan yang paling membahagiakan kita pun tidak kisah jika kita akan kelihatan bodoh kerana cinta dan permainannya.

Kawan saya sangat jarang bangun pagi sepanjang hidupnya. Cinta punya pasal, pukul 6 pagi dia sudah tersadai di Pasar Seni untuk berdating. Bukankah cinta itu akan membawa kita kemana-mana hatta ke lautan api sekalipun?

Saya sanggup ke Pasar Seni hanya untuk melihat wajah wanita yang saya puja walau hanya sekadar 5 minit. Saya sampai pukul 9.45, Pasar Seni tutup pukul 10 malam. Hanya memandang? ya, hanya memandang selama 5-10 minit sehinggalah kedai Just Jeans tempat wanita yang saya suka itu tutup saya pun baliklah ke rumah saya di Taman Ehsan. Itulah yang saya lakukan selama beberapa waktu sehinggalah saya dapat memiliki wanita itu yang akhirnya menjadi isteri saya.

Bercinta adalah musim untuk kita berjanji dan cuba untuk menyatukan dua hati menjadi satu. Ianya agak fantasi sebenarnya. Tapi itulah yang kita suka. Majoriti kita suka bercerita dan menggambarkan tentang keindahan syorga dan inderaloka. Mana ada orang bercinta suka bercerita tentang neraka jahanam dan subjek huru hara? Ha ha ha

Apapun saya bersyukur mendapat seorang isteri yang selalu ada di waktu susah dan senang. Waktu saya hanya tinggal 30sen dalam poket kerana putus kontrak bermain di pub, waktu saya dicekup polis gara-gara disuspek penagih dadah, waktu saya menjadi busker sepenuh masa, yang mana kebanyakan masyarakat agak sinis pandangan mereka terhadap saya, waktu saya dihina dan dituduh oleh ahli keluarga sendiri sebagai penagih dadah dan dengan bangganya mereka mendakwa telah mengutip saya dari lembah yang hina, itu anggapan merekalah, dan yang paling penting atas segala kepayahan dan permasalahan yang telah saya lalui, isteri saya tetap berada di sisi mempertahankan saya.

Jumaat ini 6/5/11 genaplah usia perkahwinan kami yang ke 16 tahun.

Itulah, walau mulut isteri saya kadang-kadang bising-bising dengan saya juga anak-anak, saya tahu dia seorang yang jujur dan baik hati. Apa lagi yang saya mahu? Saya pun bukannya diajar untuk mengimpikan seorang bidadari dari syorga atau kayangan sana. Yang diajar kepada saya adalah subjek yang realiti dan hakiki.

Beautiful song from the very rare1976 album, “To The Heart.” Jon Mark and Johnny Almond met in the 60′s when they played together in John Mayall’s Bluesbreakers. They left that band in 1970 to form Mark-Almond (or The Mark-Almond Band). After a few mildly successful soft rock/jazz style albums, they broke up around 1978.