Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

INSYAALLAH, ADA JALANNYA…

0 comments

Saya sering di tanya dengan satu soalan: Bolehkah hidup dengan busking? Saya cuma menjawab mudah – Boleh!

Saya percaya segalanya terpulang kepada diri kita sendiri. Jika kita menganggap sesuatu yang kita kerjakan itu sebagai satu kerjaya dan bukan setakat hobi atau aktiviti, maka bak kata si penyanyi nasyid yang popular ‘Maher Zen, “inysaallah, ada jalannya”

Pokok-pangkalnya kita perlu serius dengan apa yang kita lakukan.

Saya kira kita agak bernasib baik kerana di lahirkan di bumi Malaysia yang agak stabil. Lihatlah di Burma sana, masyarakat Rohingya contohnya, bagaimana keadaan mereka yang sangat daif dan lemah. Ditindas dan di nafikan hak mereka dalam banyak perkara.

Atau kita lihat di negara-negara Arab yang bodoh dan sombong itu, di bodohkan oleh sikap mereka sendiri. Bagaimana kita mahu hidup dalam keadaan yang huru-hara?

Sebahagian besar peratus kehidupan dan kelahiran manusia ke bumi atas ihsan dan nasib . Kita bernasib baik kerana tidak dilahirkan ke dunia sebagai orang yang cacat anggota. Kita bernasib baik kerana di lahirkan sebagai anak orang kaya, raja dan sebagainya yang gah dan indah-indah belaka. Pun kita tidak bernasib baik juga jika di lahirkan sebagai seorang anak yang cacat. Kita tidak bernasib baik kerana tinggal di negara yang mundur dan miskin sehingga langkah kita untuk maju walau setapak amatlah sukar.

Maka untuk menyedapkan hati kita akan hal ehwal nasib yang telah di tentukan ini, maka kita pun belajarlah bagaimana untuk memujuk hati yang tidak pernah puas ini. Bak kata orang putih ‘mind-set’.

Saya perhatikan warga-warga asing yang berhijrah ke sini untuk mencari rezeki, tinggalkan keluarga nun di kampung di negara mereka. Setiap sen sangatlah berharga. Hari-hari makan roti canai sekeping dengan air suam. Gaji rm 20 – rm 30 sehari. Tak ada kerja tak ada gaji. Dapat duit gaji mereka hantar ke sana. Di sini mereka sudah ‘mind-set’ bahawa hidup mereka adalah bangun pagi, kerja, kerja dan kerja…balik rumah tidur dan bangun esoknya kerja lagi. Pun mereka mampu tersenyum dan girang hati. Kita yang bergaji tiga hingga empat ribu pun masih tidak cukup. Ha ha ha..

Masalahnya adalah selera kita yang tak pernah cukup. Itu saja…Selera itu berkait dengan nafsu dan serakah…

Sewaktu awal saya bekerja di Bentley Music tahun 1995 dulu gaji cuma rm 750. Sewa rumah rm 350, baki itulah ada rm 300 lebih kurang, masih boleh hidup juga, bukan tak boleh. Cuma dalam keadaan kehidupan yang begitu kita perlu menghadapi realiti. Anak pun belum lahir lagi waktu itu, jadi kita hanya hidup seadanya sahajalah.

Semakin lama kita percaya dengan apa yang kita buat, saya percaya kita sudah berada di dalam pelukan takdir itu sendiri.

Intinya adalah yakin. Se yakin manakah kita terhadap takdir dan kejadian ini? Kita adalah takdir yang berbicara dan kerana tahap percaya kita kepada ceritaNya, kita adalah sebahagian dari ceritaNya…

Apabila ada daya kita untuk belajar bagaimana mahu mematikan angan-angan, maka bak kata si penyanyi nashid popular ‘Maher Zen’ “Insyallah, ada jalannya”…


HIDUP DAN KEPENTINGAN…

0 comments

Untuk orang jujur hidup di pentas dunia yang penuh lakonan ini agak sukar sebenarnya. Jujur pada persekitaran, jujur terhadap apa yang di lakukan dan jujur kepada diri sendiri, banyak definisinya. Sukar untuk bersikap jujur kerana kita hidup ini berhubung dengan sekeliling dan persekitaran. Kita antara sesama makhluk sama-sama berkepentingan sebenarnya, tak banyak, sedikit. Ini kerana hidup ini berbekalkan nafsu kecualilah jika kita ini suka bercakap dengan alam dan kejadian umpama pokok dan apa saja selain manusia contohnya.

Apabila kita dibekalkan dengan nafsu dan semangat, kita perlu ada daya untuk mencari ringgit kerana itulah tuntutannya. Tak banyak, sedikit. Ringgit paling perlu kecualilah seperti saya kata tadi jika kita ini tinggal di hutan banat seorang diri berkawan dengan alam. Apabila ini yang sedang kita lalui maka akan adalah babak suka, tidak suka, benci, seronok dan sebagainyalah sebabnya? Kita hidup berbekalkan nafsu.

Ada orang belajar ilmu usul atau mengenal dan cerita utama sepatutnya untuk kita meminimise kan kehendak duniawi seminimumnya. Pun jika terlebih faham kita sudah menterjemahkan makna alam ini mengikut faham kita pulak! Ha ha ha
Pandai itu bagus, terlebih pandai dah jadi masalah juga…Itulah sebab saya kata tadi, kita ini masih bernafsu…

Ada seorang kawan saya yang saya kenal rapat dan saya sangat hormat akan kejujurannya. Spesis seperti kawan saya ini memang ‘rare’ dan payah di temui di zaman yang serba edan ini. Kawan saya ni bekerja sebagai seorang tenaga pengajar di sebuah kolej di bawah kementerianlah senang cerita. Kejujuran yang kawan saya miliki ni saya anggap anugerah dan saya salut beliau walaupun beliau masih muda dari saya.

Bekerja di bawah kementerian maka terdedahlah dengan kerenah birokrasi, rasuah dan penyelewengan yang sudah menjadi budaya biasa dalam masyarakat hari ini terutama dari kalangan pegawai atasan. Hal-hal tender dan sebagainya melibatkan ringgit yang banyak atas alasan untuk hidup mewah. Sebab gaji setakat dua atau tiga ribu mana cukup untuk kita hidup di zaman ini maka alternatifnya mana yang boleh dikaut, kita kaut cukup-cukup.

Pun begitu kawan saya yang jujur ni tadi apabila dia bersama-sama terlibat di kalangan mereka-mereka begitu, maka perhubungannya dengan mereka pun menjadi dingin dan tak bestlah. Kawan saya ni kalau dapat tender contonya, dia akan ikut prosedurnya secara telus 100%. Tidak akan ambil untung walau satu sen pun. Beruntung mana-mana syarikat yang mengambil beliau bekerja sebenarnya. Malangnya sikapnya yang sebegitu membawa masalah pula pada dirinya sendiri.

Sudahnya kawan saya ni dipinggirkanlah oleh pegawai-pegawai atasan yang tak suka sikapnya yang terlalu jujur dengan etika kerja. Bila tidak disukai maka banyaklah masalah yang ditimbulkan…gaji dikurangkanlah dan bermacam lagilah…

Maka teringatlah saya akan salah satu babak dalam filem Malcom x yang mana betapa upsetnya si Malcom apabila mendapat tahu hal dan sikap sebenar sifunya Muhammed Elijah yang tidak seindah yang beliau gambarkan.

Kita hidup mengikut level kefahaman masing-masing…saling menghormati adalah salah satu cabangnya. Memahami buruk baik sikap manusia juga salah satu dari nya. Hidup ini adalah permainan, maka ‘let’s play the game’…


PANDANGAN YANG TAK SEINDAH KITA BAYANGKAN

0 comments

Beberapa hari yang lalu sewaktu saya bernyanyi berlagu, datang seorang pemuda Iran yang lagaknya seperti seorang gypsy moden tapi baik hati. Pemuda tersebut selalu menonton saya bernyanyi berlagu sebelum ini. Selain beliau, banyak juga orang Iran yang sukakan muzik. Kebanyakan mereka adalah studen juga pekerja. Mereka suka tinggal di Malaysia berbanding negara mereka sendiri.

Kebetulan waktu itu jam hampir pukul 7 yang mana itu selalunya waktu break saya. Jadi kesempatan yang ada sayapun luangkanlah masa berbual selama beberapa minit dengan beliau. Katanya dia adalah seorang pemain klasikal gitar tapi dia berminat untuk belajar folk gitar.
Katanya lagi dia berminat untuk mendapat tunjuk ajar dari saya dalam permainan gitar folk.

Sehinggalah kita berubah topik dari bab muzik ke politik. Saya katakan saya sukakan watak Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad kerana dari apa yang saya baca dan faham tentang beliau saya hormatlah perwatakannya yang sederhana dan sangat simple.

Terkejut juga saya bila pemuda itu memberikan reaksi yang sebaliknya dari kenyataan saya. Katanya presiden Iran hanyalah ‘puppet’ semata. Ada mastermind yang memainkan peranan untuk segala yang telah dipertontonkan kepada rakyat Iran juga sejagat umumnya. Ianya hanya sandiwara dan saya pun tak tahu nak cakap apa atas penjelasan beliau. Sekurang-kurangnya itu bagus kerana boleh membuat saya berfikir bahawa apa yang nampak di mata dan fikiran kita hanyalah sekadar persepsi sahaja. Kita perlu neutral dalam banyak hal sebenarnya…

Memang kehidupan ini tidaklah semudah dan seindah yang kita gambarkan.

From Wikipedia:
Roger Waters has stated that the insanity-themed lyrics are based on former Floyd frontman Syd Barrett’s mental instability, with the line “I’ll see you on the dark side of the moon” indicating that Waters felt that he related to Barrett in terms of mental idiosyncrasies. The line “And if the band you’re in starts playing different tunes…” is referential to Syd Barrett’s behaviour towards the end of his tenure with the band; because of his mental problems, there were more than a few occasions where Barrett would play a different song than the rest of the band in the middle of a performance. The song features a rather famous opening line, “The lunatic is on the grass…”, whereby Waters is referring to areas of turf which display signs saying “Please keep off the grass” with the exaggerated implication that the disobeying of such signs might be an indication of insanity. The tongue in cheek nature of the lyrics is further emphasized by Waters’ assertion in the 2003 documentary “Classic Albums: The Making of The Dark Side of the Moon” that not letting people on such beautiful grass was the real insanity. The line, “Got to keep the loonies on the path” supports this, suggesting the social rule that people must not walk off the path and step onto the grass, but conform to the standards of normal ‘sane’ society.

Incidentally, Waters has said that the particular patch of grass he had in mind when writing was to the rear of Kings College, Cambridge.

The German literary scholar and media theorist Friedrich Kittler attaches great relevance to the song, referring to its lyrics as well as to its technological arrangement. For him, the three verses stage the (sound) technological evolution from mono to stereo, culminating in total, “maddening” surround sound.

Lyrics:
The lunatic is on the grass.
The lunatic is on the grass.
Remembering games and daisy chains and laughs.
Got to keep the loonies on the path.

The lunatic is in the hall.
The lunatics are in my hall.
The paper holds their folded faces to the floor
And every day the paper boy brings more.

And if the dam breaks open many years too soon
And if there is no room upon the hill
And if your head explodes with dark forebodings too
I’ll see you on the dark side of the moon.

The lunatic is in my head.
The lunatic is in my head
You raise the blade, you make the change
You re-arrange me ’til I’m sane.
You lock the door
And throw away the key
There’s someone in my head but it’s not me.

And if the cloud bursts, thunder in your ear
You shout and no one seems to hear.
And if the band you’re in starts playing different tunes
I’ll see you on the dark side of the moon.


HIDUP SEKADAR HIDUP SAJALAH!

0 comments

Orang rumah selalu berkata kepada saya – “Tuhan memang tak bagi ayah kaya sebab itu akan buat ayah lupa diri!”, ” Ye ke?”, tanya saya sambil membelek-belek cermin diri meneropong ke sudut yang paling dalam…

Saya sudah punya 10 album. Setiap album ada 10 lagu. Semua lagu saya cipta sendiri. Cuma lorong mungkin bersemak maka saya tidak dapat lolos sepenuhnya. Pun ada 2 buah buku hasil tulisan sendiri. Possible untuk menjadi kaya dengan menjadi singer-songwritter itu ada, cuma syaratnya tidak cukup, mungkin. Tapi yang pasti jiwa saya sangat kaya, pun mungkin juga. Ha ha ha…

Berkatalah kepada diri – Inilah silapnya belajar mengenal di waktu yang terlalu awal sehingga asyik duduk di dalam gelap dan gagal membezakan darjat kebendaan pilihan duniawi yang penuh glamour.

Jawabnya pula – Itu bukan mahu mu, itu mahu ku…Mahu mu memanglah yang itu..

Andai diberi pilihan dan ruang, mahukah engkau ke sana?

” Langkah kaki yang melangkah adalah langkahnya, apa daya kita untuk menghalangnya?”

Semalam waktu saya berlagu nyanyi, saya terpandang iras anak arwah P.Ramlee, Sazali keluar dari kaunter komuter sambil memegang kiri kanan tangan anak-anaknya melintas di depan saya sambil tersenyum melihat saya. Waktu itu saya menyanyikan lagu orang putih ‘only you’ dari The Platters maka saya hanya memandang beliau sambil mengganggukkan kepala..mulutnya mengikut lenggok lagu yang saya nyanyi. Mungkin ada darah seni juga dalam diri beliau.

Pun saya berfikir, walaupun nasibnya tidak secerah P.Ramlee di waktu zaman gemilangnya, saya percaya setiap kita punya alasan untuk merasai nikmat bahagia. Jika kita seorang tukang sapu, ada bahagianya juga. Jika kita ini buruh kontrak, pun ada juga bahagianya. Semua kita punya hak untuk merasai nikmat bahagia.

Jika takdir menyebelahi kita dalam bentuk kita ini sebagai manusia berjaya yang punya harta melimpah ruah, pun jika jiwa tidak bahagia, apalah gunanya? Kita berulang alik ke mekah saban tahun untuk cuba merasai itu bahagia, jika tidak kesampaian, apalah daya kita.

Dunia ini ada dua benda yang kita sangat percaya. Tuhan dan wang. Dengan ada wang yang banyak, anugerah yang paling baik adalah ianya mungkin akan menjadikan kita ini manusia yang tamak dan lupa sebab kita rasa dengan memiliki itu semua, semua kita boleh beli termasuklah Tuhan sekali. Maka kitapun jadilah seorang pembodek yang setia. Yang bab-bab untuk ke jalan Tuhan, umpamanya bab mengenal roh yang tidaklah glamour sebab tak ada pahala maka kitapun indah tak indahlah…sebab bila ianya tidak melibatkan nafsu maka kita rasa tak berbaloilah…Itu macam ka? Ha ha ha

Maka saya pun bersetujulah dengan pandangan orang rumah saya…bahawa saya ni hidup sekadar boleh hidup sajalah!

Karthago is a Hungarian rock band formed in 1979. They broke up in 1985, but in 2004 they came together again. It was one of the most successful Hungarian rock bands in the 1980s.

This song is about a 16-year old youth who died of a heart attack in the audience during a Karthago gig back in 1981 or 82.


Page 30 of 125« First...1020...2829303132...405060...Last »