Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Perihal sikap

0 comments

Orang kaya egonya macam ini. Orang miskin pula egonya macam itu. Semua kita punya sikap atau attittude kita yang tersendiri. Ego adalah subjek yang menarik dalam hidup kita manusia.

Ego orang lama macam ini. Ego orang baru pula macam itu.
Kadang-kadang kita ni rasa kita besar sangat dalam bidang kita. Sebab kita orang lama? ha ha ha

Saya pun ada ego, itu biasa tapi saya cubalah seimbangkan semampu yang boleh. Caranya? Banyakkan bercermin. Atau kalau ke mana-mana bawalah cermin kecil, letak dalam poket. Agak-agak kalau keluar sikap kita yang kurang menarik, keluarkan cermin itu, renung dalam-dalam wajah kita yang di cermin itu. Ha ha ha

Ego dan berlagak adalah dua sikap yang berbeza. Ego datang dari diri. Berlagak ni datang dari hawa nafsu kita yang kurang menarik. Itu bezanya.
Berlagak ni ada macam-macam kategori. Kadang kita kelihatan seperti merendah diri tapi dalaman kita penuh dengan sifat-sifat riak yang tentu sekali kita patut merasa malu dengan diri sendiri jika kita berkeadaan begitu.

Biasanya kedudukanlah yang akan buat kita jadi begitu. Kedudukan ni bukannya tentang hal kekayaan sahaja. Orang miskin pun ada yang rasa dia punya kedudukan yang tertentu yang melebihi orang lain.

Bagaimana kita nak kikis sifat hodoh tersebut dalam diri kita? Salah satu caranya kita perlu mendalami makna hakikat kehidupan dan kebenaran. Selagi ada riak dalam diri, kita tidak kemana-kemanapun sebenarnya. Mana boleh kita berlakon menipu diri sendiri? Kali pertama jika kita berperasaan begitu, kita rasa kita betul , tapi jika kita fikir balik dua kali, kita telah kalah dalam permainan hawa nafsu sebenarnya. Duduklah di situ, bermukimlah kita di situ andai tidak ada daya untuk mengubahnya kearah yang lebih baik.

Bukan senang menjadi seorang manusia, banyak permainan yang kita kena mainkan. Kadang kita tidak sukapun dengan permainan tersebut, tapi terpaksa keadaan memaksa kita untuk jadi begitu.

Itulah, itu perlunya hijab dalam siri kehidupan kita. Kalau buta mata hati, untuk menjadikannya bersinar dan terang, wajiblah merenung bulan yang di dalam , bukan bulan penuh di waktu malam mengambang.

Alangkah bahagianya jika kita faham mengapa kita di sini, siapa kita dan akan kemanakah kita nanti? Alangkah bahagianya juga jika kita tahu yang kita ini hanyalah sebahagian dari hampas kehidupan. Umpama semut yang bila-bila masa boleh mati dipijak manusia. Kita manusia ni seperti itulah. Itu sebab tengah syok kita melepak, bersembang sakan, berseronok tiba-tiba datang ‘stroke’, pun kita pun seperti semut tadi matilah. Semudah itu? Ya betul, hidup dan mati adalah semudah itu.

Maka eloklah kita selalu berada di alam jaga walau mata kita pejam. Selalulah menilik diri kita. Renung sedalamnya. Bukankah kita lebih tahu sejauhmana akrab perhubungan kita dengannya? Tak gitu? he he

Apapun saya sangat menggalakkan jika banyak anak muda yang mahu mendalami ilmu roh, belajarlah kerana kita tidak akan rugi kerananya. Insyaallah..

David Bowie – Space Oddity

Ground control to major tom
Ground control to major tom
Take your protein pills and put your helmet on

Ground control to major tom
Commencing countdown, engines on
Check ignition and may gods love be with you

Ten, nine, eight, seven, six, five,
Four, three, two, one, liftoff

This is ground control to major tom
Youve really made the grade
And the papers want to know whose shirts you wear
Now its time to leave the capsule if you dare

This is major tom to ground control
Im stepping through the door
And Im floating in a most peculiar way
And the stars look very different today

For here
Am I sitting in a tin can
Far above the world
Planet earth is blue
And theres nothing I can do

Though Im past one hundred thousand miles
Im feeling very still
And I think my spaceship knows which way to go
Tell me wife I love her very much she knows

Ground control to major tom
Your circuits dead, theres something wrong
Can you hear me, major tom?
Can you hear me, major tom?
Can you hear me, major tom?
Can you….

Here am I floating round my tin can
Far above the moon
Planet earth is blue
And theres nothing I can do.

Although he released an album and numerous singles earlier, David Bowie first caught the eye and ear of the public in the autumn of 1969, when his space-age mini-melodrama “Space Oddity” reached the top five of the UK singles chart. After a three-year period of experimentation he re-emerged in 1972 during the glam-rock era as a flamboyant, androgynous alter ego Ziggy Stardust, spearheaded by the hit single “Starman” and the album The Rise and Fall of Ziggy Stardust and the Spiders from Mars. The relatively short-lived Ziggy persona epitomised a career often marked by musical innovation, reinvention and striking visual presentation.

In 1975 Bowie achieved his first major American crossover success with the number-one single “Fame” and the hit album Young Americans, which the singer identified as “plastic soul”. The sound constituted a radical shift in style that initially alienated many of his UK devotees.[citation needed]

He then confounded the expectations of both his record label and his American audiences by recording the minimalist album Low — the first of three collaborations with Brian Eno. His most experimental works to date, the so-called “Berlin Trilogy” nevertheless produced three UK top-five albums. The anthem-like, towering title track of the second work “Heroes” (1977) is widely regarded as a milestone in rock and pop.

After uneven commercial success in the late 1970s, Bowie had UK number ones with the 1980 single “Ashes to Ashes” and its parent album, Scary Monsters (and Super Creeps). He paired with Queen for the 1981 UK chart-topper “Under Pressure”, but consolidated his commercial — and, until then, most profitable — sound in 1983 with the album Let’s Dance, which yielded the hit singles “China Girl”, “Modern Love” and, most famously, the title track.

Since the mid-80s only a handful of Bowie’s recordings have entered public consciousness. In the British Broadcasting Corporation’s 2002 poll of the 100 Greatest Britons, Bowie ranked 29. Throughout his career he has sold an estimated 136 million albums, and ranks among the ten best-selling acts in UK pop history.

In 2004, Rolling Stone Magazine ranked him #39 on their list of the 100 Greatest Artists of All Time.[2].


Menulis tentang politik dan agama?

0 comments

Ada kawan tanya kenapa saya tidak menulis tentang politik. Saya kata itu bukan bidang saya. Macamana saya nak tulis, membaca berita tentang dunia politik tanahair pun saya dah pening. Ha ha ha..

Tentang agama? Itu bagilah kepada yang lebih arif tentang hukum hakam agama dan peradaban. Saya ni bersembang di tepi jalan pun tak apa, tak ada hal.

Seorang kawan saya dia sukakan subjek yang sederhana. Dia suka duduk dalam dunia marhennya. Bergaul pun di kalangan mereka yang setaraf dengannya. Tidak tinggi dan tidak rendah, sama rata, walau berbeza rasa, namun masih boleh bergelak ketawa riang ria hari-hari..he he

Elok kalau kita berjumpa bercerita, elakkan cerita tentang politik, sebab ceritanya tidak akan ada penyelesaian bahkan menambahkan sarat beban di jiwa kita. Dari kita bercerita tentang politik lebih baik kita bercerita tentang hal anak-anak, hal-hal hidup, hal-hal mati, hal muzik, hal-hal Tuhan, itu lebih berfaedah.

Saya dalam umur yang begini sebolehnya saya tak nak lagi pening-pening kepala tentang hal-hal luaran yang kalau kita layan akan buat kita tersesat, buat apa kita layan? Untuk apa kita kusut-masaikan lagi fikiran kita dengan cerita yang tidak kesampaian maksudnya?

Itulah, lebih baik saya melihat dunia ini dari sudut yang paling fleksibel, cuba memahami manusia dalam kontek duniawi mahupun ukhrawinya.

Kita tidak akan dapat menyelesaikan semua masalah hidup manusia. Kita boleh berkongsi cerita dan kita perlu sedia maklum yang bukan semua cerita itu mampu buat kita tersenyum bahagia atau puas.

Yang paling penting? Di sini ada nafas, bernafaslah dengan had laju yang telah diperuntukkan sesuai dengan level dan kefahaman kita sebagai manusia.


Kaki yang melangkah

0 comments

Kaki kita akan melangkah untuk sampai ke arah, maksud dan tujuan. Kadang arah kita ke kiri, kadang lurus, kadang tegak.
Kalau kita tersalah langkah, kita akan menyesal tak sudah. Tapi jika sudah duduk di dalam kekesalan, biasanya ada 2 solution di situ, samada bunuh diri atau teruskan kehidupan walau hidup seakan di dalam neraka.

Kawan saya memang ramai, yang sukses mahupun yang gagal. Kalau yang sukses tu saya berbanggalah manakala yang gagal pula saya simpati tapi saya tidak membenci sebab itu jalan yang telah dipilih. Apa boleh buat, takdir memang tidak selalu menyebelahi kita.

Sebelum saya mengambil keputusan untuk busking, ianya permulaan yang sangat sukar untuk di mulakan sebenarnya. Kerana apa? Malu yang amat.
Pernah waktu itu saya masih bekerja di Yamaha Music dan kawan baik saya dia juga waktu itu bekerja sebagai driver. Dia memang sangat berbakat sebagai pemuzik.

Kami dah sampai ke Uptown Damansara malam itu untuk cuba berbusking, tapi rasa segan yang amat buat kami tersadai dan hanya melepak. Sudahnya kamipun pulang dengan hampa kerana percubaan untuk menjadi busker gagal.ha ha ha

Beberapa tahun kemudian saya tidak bertemu kawan saya itu sehinggalah saya bertemu semula dengannya. Saya waktu itu sudah menjadi busker sepenuh masa dan dia pun begitu juga. Cuma kehidupan yang dia pilih saya agak tidak bersetuju. Saya boleh faham mengapa dia menggunakan ubat untuk menjadi busker. Kawan saya yang saya kenal adalah seorang yang pemalu sebenarnya, jadi untuk menghilangkan rasa malu mungkin dia menggunakan ubat. Ubat itu dadahlah.

Jadi espisod dukanya mungkin bermula dari situ. Daripada seorang pemuda yang punya keluarga bahagia dan anak-anak, dia akhirnya menjadi duda dan memilih hidup dalam dunia ciptaannya. Saya memang simpati, tapi itu jalan yang telah dipilih, apa yang boleh saya katakan lagi?

Dia pun seakan suka dan menerima siri-siri hidupnya yang penuh dengan dukacita dan keluar masuk pusat sudah menjadi perkara biasa baginya. Akhirnya dia mungkin mendapat apa yang dia mahu dalam hidupnya, kesengsaraan itu kadang-kadang boleh juga membawa kita kepada makna kebahagiaan. Bak kata Morrisey dalam lagunya, ‘heaven knows im miserable now’.

Apabila berjumpa dengan kawan saya ini, saya lihat dia semakin jauh dengan saya. Kami seperti orang asing. Dia lebih selesa bergaul dengan kawan-kawannya yang sealiran. Saya pun faham tentang itu.

Cuma itulah, ramai juga kawan-kawan busker saya yang terkandas di celah ranting kehidupan. Ada yang berjaya melepasinya dan bab itu saya salute! Seperti seorang rakan busker saya Syed Amran, bagi saya dia adalah contoh seorang busker yang boleh dicontohi. Dari hidup sebagai penagih negar dia boleh bangkit dan kembali bersemangat untuk meneruskan hidup. Hari ini kawan saya Syed ni sudah punya keluarga yang bahagia, berkereta dan punya kehidupan. Berbeza dari Syed yang saya kenal dulu. Saya berbangga kerana saya yang menggalakkan dia busking dulu, kerana waktu itu dia sudah punya dua anak. Daripada dia menganggur lebih baik dia busking sebab dia memang berbakat besar.

Akhirnya itulah kerjaya yang dipilihnya, di pertengahan jalan agak senget sikit tapi baguslah sebab dia boleh kembali tegak dan teruskan perjalanan dengan penuh semangat. Yang itu yang kita mahu!

Jadi untuk anak-anak muda walaupun bukan busker, tolonglah jangan jangan jadi penagih, lingkup hidup dan masa depan!

Artist: The Verve
Song: The Drugs Don’t Work
Album: Urban Hymns

Lyrics

All this talk of getting old
It’s getting me down my love
Like a cat in a bag, waiting to drown
This time I’m comin’ down

And I hope you’re thinking of me
As you lay down on your side
Now the drugs don’t work
They just make you worse
But I know I’ll see your face again

Now the drugs don’t work
They just make you worse
But I know I’ll see your face again

But I know I’m on a losing streak
‘Cause I passed down my old street
And if you wanna show, then just let me know
And I’ll sing in your ear again

Now the drugs don’t work
They just make you worse
But I know I’ll see your face again

‘Cause baby, ooh, if heaven calls, I’m coming, too
Just like you said, you leave my life, I’m better off dead

All this talk of getting old
It’s getting me down my love
Like a cat in a bag, waiting to drown
This time I’m comin’ down

Now the drugs don’t work
They just make you worse
But I know I’ll see your face again

‘Cause baby, ooh, if heaven calls, I’m coming, too
Just like you said, you leave my life, I’m better off dead

But if you wanna show, just let me know
And I’ll sing in your ear again

Now the drugs don’t work
They just make you worse
But I know I’ll see your face again

Yeah, I know I’ll see your face again
Yeah, I know I’ll see your face again
Yeah, I know I’ll see your face again
Yeah, I know I’ll see your face again

I’m never going down, I’m never coming down
No more, no more, no more, no more, no more
I’m never coming down, I’m never going down
No more, no more, no more, no more, no more
(Repeat and Fade Out)


Bila poket kosong

0 comments

Biasanya kalau poket kita penuh, kita akan suka hati, kalau poket kosong segalanya murung dan memasalahkan. ha ha ha..

Duit punca segala cerita, yang indah mahupun yang tidak indah.

Untuk saya, tak ada duit dalam poket adalah suatu benda yang biasa. Seronok juga bila dalam keadaan yang begitu, kita akan berfikir macamana nak cari duit.

Kalau tak ada duit langsung, rm 5 ringgit pun besar nilainya. Nilai ringgit kita semakin kecil hari ini. RM 50 macam rm 5 sahaja, beli beras, gula dan minyak masak, habislah. Tapi kalau tak ada duit dalam poket, rm 5 itu tetap berguna juga..ha ha ha

Sekurang-kurangnya kita akan rasa nikmat suka duka hidup ini. Itu yang penting bagi saya. Bayangkan kalau hidup ini tak ada masalah, untuk apa kita di sini lagi? Kalau poket kosong, kita boleh isi, sedikit pun tidak mengapa. Kalau hal lain yang namanya masalah juga? Yang tak boleh dibeli dengan duit?

Kawan saya bercerita tentang kisahnya yang bercinta dengan orang kaya. Memang kaya, rumah ada kolam renang, kereta sport.

Kata kawan saya lagi, kekasihnya itu sudah bercerai dengan suaminya. Punca?, suaminya curang, dan kecurangannya disaksikan di depan mata sendiri. Bertambah lagi bila yang berasmara dengan suaminya itu adik kandungnya sendiri. Kesannya kekasih kawan saya ini mendapat penyakit migrain yang sangat teruk, dia menangis siang malam mengenang nasib diri seperti kisah Kasim Selamat dalam cerita Ibu Mertuaku.

Hasilnya kekasih kawan saya ini jika dibedah akan menyebabkan matanya buta. Itulah ceritanya..

Itulah, baik kita tak ada duit dalam poket daripada berhadapan dengan masalah yang dihadapi oleh kekasih kawan saya ni tadi.

Tetapi bagi saya semaksimum manapun masalah yang kita hadapi, ianya hanyalah sekadar masalah. Mengapa perlu mengaku kalah dan berserah, melayan subjek dukacita sehingga merana badan? Bukankah itu bodoh namanya? Dalam hidup, kita perlu bijak dan jangan dibodohkan oleh subjek-subjek yang membodohkan diri sendiri. Sebabnya yang membodohkan kita itu adalah iblis. Dia sangat suka jika kita kecewa dan putus asa, kesal dan sebagainya. Sebabnya jika kita gagal macam-macam kita boleh buat. Bunuh diri dan membunuh terutamanya. Kecewa sampai buta mata bagi saya membodohkan diri sendirilah. Tuhan pun tidak suka, dia dah bagi nikmat melihat, kita tidak menghargainya.

Hari ini saya bawa anak bini menonton saya berbusking di KTM atas jemputan mereka, saya pun buskinglah di sana bersama rakan busking saya yang hebat, Syed Amran. Saya pula poket tengah kosong, jadi bila datang tawaran macam ni, memang bestlah..ha ha ha

Bayaran untuk kami busker ni bukanlah lumayan sangat. Ada artis jemputan juga yang dijemput pihak KTM dan mulanya mereka mahu saya back up penyanyi undangan itu, Anna Raffali? Saya tak kisahlah sebab saya ni busker je. Cuma secara peribadinya penyanyi-penyanyi perempuan terutamanya yang pegang gitar tong ni seperti Yuna atau siapa sajapun bagi saya mereka ni budak-budak pramatang dengan lirik-lirik budak sekolah, jadi untuk saya simpan atau ingat nama mereka di ingatan pun bagi saya adalah satu kerugian. Bila sesuatu itu tidak penting untuk diingat, jangan simpan. Tapi bukanlah saya benci pula, cuma tidak penting.

Saya pun tak tahulah, saya memang tidak suka suara penyanyi perempuan. Yang saya suka dalam dunia ni ada 2-3 orang sahaja. Kate Bush dan Joni Mitchel atau Roberta Flack. Yang lain tu bagi saya biasa saja.Mungkin saya melihatnya secara package. Saya suka singer/writter. Tengok pula apa yang nak mereka ceritakan dalam lagu mereka. Kalau lirik macam budak umur 10 tahun, tak sesuailah untuk saya. Lagu pula kalau cara melodinya stereotype atau clean sangat, macam muzik programming, pun saya tidak berkenan. Itulah..mungkin inilah kelemahan saya..ha ha ha..apa pun saya tak lah maksudkan cuma hanya point of view sahaja.