Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Manusia dan dugaannya

0 comments

Manusia sepanjang hidupnya akan menanggung berbagai dugaan dan pancaroba kecuali orang gila. Dugaan hidup saya adalah hidup tak senang, macamana nak bagi senang?ha ha ha

Saya rasa hidup ini adil sebenarnya, atau jika ada yang kata tidak adil pun saya akan bersetuju dengan pandangan mereka. Atau jika mereka tak puas hati dengan situasi dan takdir, luahkanlah masalah mereka itu pada Tuhan yang maha mendengar?

Saya bersetuju kerana hidup ini adalah proses. 18 tahun dulu saya pernah bermuzakarah dengan sahabat yang arif dalam hal-hal keagamaan. Pendekatan saya adalah sangat provokatif. Dalam mood yang sedemikian saya bersoal jawab tentang hal-hal hidup, mati dan Tuhan. Namun sahabat saya ni dia senyum saja dengan setiap patah kata-kata saya yang berbentuk provok itu. Dia sangat tenang.

Setelah 15 tahun tidak bertemu, saya berjumpa semula dengan sahabat saya itu. Memang dunia ini kecil sahaja, rupa-rupanya dia rakan seperguruan dengan guru agama saya. Jadi hari ini saya semakin dewasa rasanya, dan saya bertanyalah kepada sahabat saya itu, kenapa dulu dia senyum saja setiap kali saya provok dia dalam bab-bab falsafah dan hukum? Dia katakan kepada saya, kita hidup melalui proses demi proses.

Jadi pengalaman masa lalu banyak mengajar saya sebenarnya. Proses sepatutnya lebih mematangkan kita.

Kalau kita duduk di dunia seorang anak kecil. Kita perlu memahami dunia dan kefahamannya. Kalau kita gagal berbuat demikian maknanya payahlah sikit.

Dulu waktu saya busking, kalau hari hujan, saya memang problem, biasanya Tuhanlah jadi mangsa..ha ha..Bukanlah kita marahkan Tuhan, cuma kita berbicara dengannya meluahkan masalah kita. Kalau dah tak ada tempat kita nak mengadu, kepada siapa lagi nak kita luahkan?

Kita waktu itu susah, bukannya ada ramai kawan sangat sebenarnya. Itulah kenyataannya. Tapi oklah, itulah proses namanya.

Pernah seorang sales direct selling person datang kepada saya cuba memancing agar saya membeli produknya. Saya menjawab dengan nada yang provokatif yang agak kasarlah, namun saya tidak bermaksudpun untuk menghina mereka. Isteri saya marahkan saya kerana bersikap sedemikian. Saya kata dia sedang melalui proses. Itu sepatutnya akan membuat dia lebih kering dan bersemangat. Hidup memang tough jika kita memilih jalan yang sedemikan.

Saya pernah dihalau sewaktu sedang busking menghiburkan seorang brader yang mabuk di kedai makan Brickfield satu waktu dulu. Satu kedai pandang saya. Memanglah malu tapi dah kita yang pilih cara hidup gitu, kenalah tough..berbagai lagilah dugaan saya sewaktu jadi busker sepenuh masa dulu…Apa ada hal..Kalau hidup ni nak manja-manja, pergilah duduk bawah ketiak mak!ha ha ha..


Mereka juga manusia

0 comments

Hari ini saya meluangkan masa membawa isteri dan anak-anak berjalan. Sudah lama saya tidak ke Pasar Seni, jadi saya pun bawaklah mereka ke sana. Dari rumah ke Pasar Seni, kita melalui jalan Chow Kit. Saya mula terasa kita sedang melalui sebuah kawasan yang majoritinya orang Indonesia. Berbagai ragam dan gaya, mereka memang berlari untuk hidup.

Sesampainya kami di Pasar Seni, saya sempat berjumpa beberapa kenalan bekerja sebagai pelukis di situ antaranya Aris Azis, Syed Nahar dan Baim. Mereka masih lagi dedikasi dengan watak dan kerjaya mereka. Sempatlah saya bertanya kabar dan bersembang-sembang dengan pelukis Aris Azis yang saya anggap macam abang saya juga.

Pasar Seni hari ini sudah berubah wajah. Lalauan pejalan kaki tempat kami busking suatu masa dulu sudah menjadi kiosk tempat orang berniaga. Segalanya diniagakan. Setiap inci adalah ringgit. Di sana sini penuh dengan pekerja rela yang berkawal dan memantau pengunjung yang datang.

Apa yang menariknya lagi?

Saya dan anak bini pun berjalanlah ke kompleks yang sangat popular untuk golongan marhen, MYDIN. Sekali lagi saya terkeliru bahawa betulkah saya masih berada di KL atau di Burma, Nepal atau Bangladesh?
Ramai betul pendatang asing. Maklumlah hari ini hari cuti, berbondong-bondong mereka memenuhi kotaraya. Restoran-restoran makanan mereka pun semakin banyak dibuka. Saya memang pening dengan persekitaran yang sebegini..ha ha ha

Ingat lagi sewaktu saya busking di KL Sentral ni golongan pendatang asing terutamanya memang banyak bagi masalah pada staf KTM yang menjaga pintu masuk/keluar di situ. Kadang-kadang mereka mabuk-mabuk dan hilang kawalan diri. Ada yang cuba menipu dari segi tiket dan bayaran.

Saya cubalah untuk memahami sikap manusia yang berbagai ragam sebenarnya. Mungkin hidup mereka penuh dengan masalah, jadi dengan minum dan mabuk itu mungkin akan menyeleasaikan untuk sementara waktu hal-hal dunia mereka yang kusut-masai.

Ye lah, mereka ke sini cari makan, tinggalkan anak-bini di kampung bertahun-tahun lamanya. Di sini mereka menjadi robot yang diprogramkan. Dapat duit hantar ke kampung halaman yang nun jauh di sana. Apa pilihan yang mereka ada?

Inilah kehidupan, kita manusia, mereka juga manusia. Kita cari makan, mereka juga cari makan. Kita rasa ini negara kita, mereka kena hormat kitalah, tapi mereka lebih fikirkan soal survival dan bila dalam keadaan begitu, apa pilihan yang mereka ada?

Mereka juga makhluk Tuhan, sama seperti kita. Jika kita rasa kita ada hak untuk terus hidup, mereka juga ada hak untuk terus hidup.

Hari ini adalah hari yang membahagiakan sebenarnya. Segala yang terjadi adalah subjek untuk menjadikan kita manusia yang berfikir dan suka merenung ke dalam diri. Selainnya, kita ini masih di sini. Apa pilihan yang kita ada?

Rindu tebal- Iwan Fals
C
Sewindu sudah lamanya waktu

G C
Tinggalkan tanah kelahiranku

C
Rinduku tebal kasih yang kekal

G C
Detik ke detik bertambah tebal

G Am

Pagi yang ku telusuri

G F C

Riuh tak bernyanyi

G Am

Malam yang aku jalani

G F C

Sepi tak berarti

C

Saat kereta mulai berjalan

G C

Rinduku tebal tak tertahankan

Interlude : Am G Am G F G C

C

Terlintas jelas dalam benakku

G C

Makian bapak usirku pergi

C

Hanya menangis yang emak bisa

G C

Dengan terpaksa kutinggalkan desa

G Am

Seekor kambing kucuri

G F C

Milik tetangga tuk makan sekeluarga

G Am

Bapak tak mau mengerti

G F C

Hilang satu anak tuk harga diri

Reff :

Am Em

Aku pergi meninggalkan coreng hitam dimuka bapak

F G C

Yang membuat malu keluargaku

Am Em

Kuingin kembali mungkinkah mereka mau terima

F G C

Rinduku

C

Maafkan semua kesalahanku

G C

Kursi kereta yang pasti tau

Interlude : G Am G F C 2x

Balik ke Reff 2x


Konsistenkan makna kasih-sayang itu..

0 comments

Apabila direnung kembali dengan sedalamnya, nyatalah bahawa dunia ini memang milik kita dan kita ini adalah miliknya yang abadi. Saya pun tidak sedar bahawa waktu saya sedang menulis ini waktu masih dalam kawalan, saya ingat ianya sudah menjangkau ke depan. Lena yang panjang itu memang membuat kita merasa enggan untuk dikejutkan lagi kerana tidur itu memang sesuatu yang indah, ha ha ha..

Kasih sayangnya terhadap kita memang konsisten cuma kita yang masih terkial-kial dalam memahami makna kasih sayang itu sendiri.

Saya cuba berlaku adil untuk dunia ini dan hari ini saya bersyukur kerana saya tidak berhubung dengan sesiapapun melainkan diri sendiri dan yang lebih meyakinkan saya tidak merasa saya ada melakukan sebarang dosa untuk hari ini, hasilnya mimpi yang datang saya enyahkan ke satu daerah yang namanya ‘entah’.

Hasilnya juga setelah mendapat tidur dan rehat yang cukup, saya berkesimpulan bahawa hidup ini memang singkat, jadi jangan singkatkan lagi dengan hal-hal yang merumitkan. Kalau kita rumitkan lagi, keadaan akan menjadi semakin berbelit dan akhirnya kita akan kalah dengan permainan waktu itu sendiri.

Leraikan semua kusut yang ada di minda kita dengan cara yang mudah, yakni kepercayaan bahawa kita ini masih miliknya dan kasih sayangnya terhadap kita sentiasa konsisten sebagaimana denyut jantung kita yang sentiasa berdegup yang menandakan kita ini masih hidup lagi, bukankah itu petanda yang jelas bahawa kita masih lagi boleh tersenyum, ketawa dan menangis?

Apa lagi yang kita mahu?

Hidup ini sentiasa tidak lengkap tanpa kehadirannya..:)

The Police-Sinchronicity II

Another suburban family morning
Grandmother screaming at the wall
We have to shout above the din of our rice crispies
We cant hear anything at all
Mother chants her litany of boredom and frustration
But we know all her suicides are fake
Daddy only stares into the distance
Theres only so much more that he can take
Many miles away
Something crawls from the slime
At the bottom of a dark scottish lake

Another industrial ugly morning
The factory belches filth into the sky
He walks unhindered through the picket lines today
He doesnt think to wonder why
The secretaries pout and preen like
Cheap tarts in a red light street
But all he ever thinks to do is watch
And every single meeting with his so-called superior
Is a humiliating kick in the crotch
Many miles away
Something crawls to the surface
Of a dark scottish lake

Another working day has ended
Only the rush hour hell to face
Packed like lemmings into shiny metal boxes
Contestants in a suicidal race
Daddy grips the wheel and stares alone into the distance
He knows that something somewhere has to break
He sees the family home now looming in the headlights
The pain upstairs that makes his eyeballs ache
Many miles away
Theres a shadow on the door
Of a cottage on the shore
Of a dark scottish lake
Many miles away, many miles away


Kawin susah, tak kawin pun susah juga..ha ha ha

0 comments

Apalah halnya kalau saya memilih untuk jadi orang bujang sampai ke hari ini. Saya pun tak mampu membayangkan sudahnya perjalanan hidup saya ni jika belum berkahwin.ha ha ha.

Akhirnya ada juga jodoh walau dalam poket waktu itu tak berduit sangat. Banyak kawan-kawan saya memilih untuk jadi orang bujang. Tak sanggup menghadapi komitmen dalam perkahwinan, kata merekalah..

Susah orang berkawin, begini ceritanya. Susah orang bujang, begitu pula ceritanya. Gedebak-gedebuk sama saja. Di mana-mana akan ada masalah.
Ada seorang kawan baik saya, dia seorang pemuzik professional. Waktu saya bekerja di Yamaha Muzik dulu, selalulah melepak dengan kawan saya ni. Waktu itu dia mengajar gitar di tempat saya bekerja.

Umurnya waktu itu dalam lingkungan 40an dan masih belum berkahwin. Masalahnya komitmen. Ye lah, dunia kelab malam kita pun fahamlah. Seperkara yang melucukan dia pernah ada girlfriend dulu, malangnya dilempangnya girlfriendnya itu kerana mengada-ngada, katanyalah.
Saya waktu itu dah ada anak tiga, dia bujang lagi..

Saya pun tak tahu sama ada dia sudah berkahwin ataupun belum.
Saya ada katakan pada dia, kawinlah kalau ada pilihan. Sekurang-kurangnya hidup dia akan lebih terurus bila dah berkawin, makan minum ada orang siapkan. Tapi itulah, dunia dia hanyala muzik dan kelab.

Pada sayalah, kalau rasa nak kawin, kawin je. Jangan kira ada duit atau tak ada duit. Duit akan turun dari langit..ha ha ha

Cuma kita perlu banyak berkorban dalam banyak hal bila sudah berkahwin. Di tambah pula jika sudah beranak-pinak. Tapi itulah kepuasannya.

Dunia perkahwinan adalah dunia realistik, dunia perkongsian, dunia keseimbangan. Kita tidak perlu berpindah ke dunianya. Kita cuma perlu cuba untuk memahami dunianya. Dua hati mana boleh jadi satu, itu semua cerita dongeng Cinderella saja.

Hari ini saya bolehlah berbangga kerana anak sulung saya, umurnya dah 15 tahun dan saya 44 tahun. Mungkin lagi 10 tahun anak saya akan berkahwin dan saya kalau masih hidup lagi akan berumur 54 tahun.

Cuma satu perkara yang boleh saya gerenti, mereka, isteri dan anak-anak terutamanya adalah syorga dan kebahagiaan saya.

Mereka adalah semangat untuk saya terus hidup.

Jadi, kalau rasa nak berkahwin, teruskan niat itu sebab kita tidak akan mati kelaparan selepas kita berkahwin..ha ha ha

Insyaallah