Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Hidup dan mati itu misteri

0 comments

Kita sedang bercakap dengan diri sendiri tentang hal-hal keajaiban alam ini. Sebahagiannya tidak akan mampu kita jawab kerana ianya adalah misteri manakala sebahagiannya lagi atas dasar kepercayaan kita percaya bahawa segala yang hadir di dunia ini datang dari Tuhan yang maha kuasa.

Untung baik atau tidak semuanya sudah tertulis. Pun itu adalah misteri juga kerana atas dasar kepercayaan akan membuat kita percaya pada takdir dan perjalanannya.

Kehidupan ini adalah misteri juga apatah lagi kematian. Misteri harus kita ungkap kebenarannya. Misteri kerana ianya akan membuat kita percaya pada yang batin. Bukankah kelahiran kita di dunia ini adalah keajaiban dari yang maha ajaib lagi bijaksana?

Betapa percayanya saya pada misteri perjalanan hidup ini sehinggakan saya sudah semakin menerima dan redha apa yang sedang dicatat untuk saya. Kesenangan akan datang, pun bila-bila masa ianya akan digantikan dengan siri musibah dan dukacita. Apabila ianya datang kepada kita, adakah kita akan bersedia dan lebih menerima untung nasib kita?

Apabila takdir semakin menyebelahi kita, kita akan menyatakan makna kesyukuran dalam bentuk doa. Mungkin bila kita ada duit itulah definisi kita tentang takdir yang menyebelahi kita. Saya tidak fikir begitu kerana dalam apa bentuk sekalipun dugaan, kesenangan mahupun kesusahan ianya adalah dugaan dan kita perlu konsistenkan kefahaman kita tentang kepercayaan.

Saya akan merasa diri selalu dalam dakapannya jika dapat merasai suasana redup di dalam diri walau berdiri di bawah terik matahari. Adakah itu sesuatu yang misteri apabila kita gagal menghuraikan makna bahagia dan redup jiwa atau kita sedang meyakinkan diri kita bahawa kita sedang menikmati panorama yang indah di mata hati kita.

Kita masih gagal menterjemah atau menghuraikan tahap ‘rasa’ dan percaya kita terhadap alam ini.

Saya ingin mendakap langit dan ceritanya untuk mimpi esok hari.
Dalam masa yang sama saya tidak mahu mendidik diri dan nilai percaya saya sehingga menjadikan diri dan sifat saya ini manja bila berhadapan dengan takdirnya.

Sehingga ke akhirnya saya suka jika saya akan berkata begini,” Terimakasih Tuhan atas segalanya”, atau walau tanpa suara pun dia sudah tahu apa mahu kita? Misteri, hidup dan mati memang misteri..wallahualam

Bagaimana saya akan tahu perompak itu akan ke neraka apabila sampai masanya kerana saya bukanlah Tuhan yang menjadikannya?
Dan bagaimana saya akan tahu si alim itu akan masuk syorga apabila sampai masanya kerana saya bukanlah Tuhan yang menjadikannya?
Ianya akan kekal misteri sehinggalah kita memahami makna keabadian.
Ianya akan kekal misteri sehinggalah kita mengenalnya dalam bentuk dia inginkan. Wallahualam

Cat Steven- Lady D’arbanville

My Lady d’Arbanville, why do you sleep so still?
I’ll wake you tomorrow
and you will be my fill, yes, you will be my fill.

My Lady d’Arbanville why does it grieve me so?
But your heart seems so silent.
Why do you breathe so low, why do you breathe so low,

My Lady d’Arbanville why do you sleep so still?
I’ll wake you tomorrow
and you will be my fill, yes, you will be my fill.

My Lady d’Arbanville, you look so cold tonight.
Your lips feel like winter,
your skin has turned to white, your skin has turned to white.

My Lady d’Arbanville, why do you sleep so still?
I’ll wake you tomorrow
and you will be my fill, yes, you will be my fill.

La la la la la….

My Lady d’Arbanville why does it grieve me so?
But your heart seems so silent.
Why do you breathe so low, why do you breathe so low,

I loved you my lady, though in your grave you lie,
I’ll always be with you
This rose will never die, this rose will never die.

I loved you my lady, though in your grave you lie,
I’ll always be with you
This rose will never die, this rose will never die.


Mari kita bercermin

0 comments

Kita bercermin kerana kita manusia. Kita bercermin untuk kita melihat kita. Kita bercermin untuk memastikan yang kita ini masih hidup lagi.

Suatu waktu dulu saya pernah di tanya, ”kalau engkau tak ada, Tuhan ada tak?”, jadi saya pun kata ”tak adalah”

Untuk lebih detail saya katakan bahawa bagaimana saya nak tahu Tuhan itu ada atau tidak kerana saya sendiri belum ada?

Perhubungan di antara alam roh dan nyawa adalah dua hal yang berbeza. Roh adalah rahsianya. Apabila roh ditiup ke jasad barulah kita bernyawa dan wujud perhubungan antara jasmani dan rohani atau zahir dan batin.

Kemelut persekitaran dan pergolakan di sekeliling kita hari ini memang akan membuat kita pening sebab cerita dunia ini tiada sudahnya. Politik, agama, konflik, spekulasi, manipulasi..segalanya ada di sekeliling kita dan mereka mahukan tindak-balas atau respon daripada kita. Itu semua akan menyebabkan A campur B jadi AB, darab C jadi begitu, tolak pula dengan D jadi begini. Ianya bersifat kalkulatif yang melibatkan dalam pemikiran kita ada baik, buruk, syorga, neraka dan yang paling utama akan menyebabkan kita lupa siapa kita dan untuk apa kita di sini.

Adakah baik untuk kita berprasangka atau berdendam atau beremosi tentang hal-hal yang melibatkan dunia dan sekeliling kita? Perhubungan dua hala untuk kita adalah untuk cerita kita yang bernama manusia.

Saya suka politik, cuma saya tidak ada masaalah dengan mana-mana ahli politik baik kiri mahupun kanan. Sebabnya saya tidak suka ada elemen benci, marah dan dendam dalam diri saya sendiri sebab itu akan menjadikan kita bersifat prasangka tentang hal-hal yang kita sendiripun kadang-kadang terkeliru. Jadi yang paling baik saya cuba berjalan sebiasanya dan cuba untuk memahami apa kehendak dunia ini sebenarnya.

Yang saya faham kita ini hanyalah pelakon yang sedang melakonkan skrip hidup kita di pentas layar kehidupan yang semakin tua ini. Kita boleh pilih apa watak kita dalam hidup ini. Saya memilih kesederhanaan, kerana itu yang akan membuat jiwa saya tenteram dan selesa, bila keadaan tenang kita boleh rileks dan fokus pada hidup.

Kalau nak marah-marah sampai ke mana sudahnya?ha ha ha

Hidup memanglah penat tapi dah itu tanggungjawab kita, bersyukurlah. Sekurang-kurangnya kita masih diberi nafas untuk bernafas dan akal untuk berfikir. Selainnya selalulah bercermin atau muhasabah. Itulah yang tebaik untuk kita.

Godbless/Duo Kribo- Panggung sandiwara

Dunia ini panggung sandiwara
ceritanya mudah berubah
Kisah Mahabrata atau tragedi Yunani

Setiap kita dapat satu peranan
yang harus kita mainkan
Ada peran wajar, ada peran berpura-pura
mengapa kita bersandiwara

Peran yang kocak, bikin kita terbahak-bahak
peran bercinta bikin orang mabuk kepayang
Dunia ini, penuh peranan
dunia ini bagaikan jambatan kehidupan
Mengapa kita bersandiwara?


Rindu itu umpama neraka yang di dalamnya terdapat syorga kecil

0 comments

Syorga itu bolehlah kita umpamakan sebagai lambang kebahagiaan manakala neraka itu kita umpamakan sebagai subjek kesengsaraan. Ianya hanyalah perlambangan. Kehilangan adalah kesengsaraan yang nyata yang mendatangkan mood-mood kerinduan yang tebal.

Rindu adalah fitrah manusiawi. Rindu datang apabila kita berjauhan dengan orang atau benda yang kita sayang. Manusia yang punya sifat kasih dan sayang memang begitu. Dan kerana kasih sayang jugalah kita lahir ke dunia ini. Jadi bukanlah satu kesalahan jika kita berkasih sayang malah itu adalah amanah untuk kita juga.

Rindu akan datang bila saya berjauhan dengan anak-anak dan isteri. Seminggu atau dua minggu kita akan terasa kehilangan dan ianya adalah lumrah. Rindu terlerai apabila keadaan kembali seperti sediakala.

Rindu itu harus kita hadapi dengan matang dan bijaksana. Ianya mainan perasaan yang akan membuatkan kita risau dan bersifat prasangka yang bukan-bukan jika kita menilainya dari sudut yang negatif.

Isteri saya serta ahli keluarganya telah kehilangan orang yang mereka sayang di dunia ini yakni bapa mereka yang telah meninggal dunia 3 tahun lepas , ianya adalah pengalaman yang sangat sukar untuk mereka tempuh dan rasai dan ianya juga akan menjadikan mereka perindu yang sejati.

Setiap minggu anak-anaknya akan melawat kubur arwah bapa mereka, membaca doa dan sebagainya. Kehilangan adalah neraka yang di dalamnya ada syorga kecil. Kehilangan akan membuat kita hilang kewarasan jika kita menghadapinya dengan emosi yang berpanjangan dan putus asa. Kepercayaan adalah syorga, ianya adalah bekal dari doa-doa yang disemai setiap waktu dan ketika, insyaallah.

Iwan Fals penyanyi legenda Indonesia telah kehilangan anak kesayangannya beberapa tahun lepas. Beliau meratapi kematian anaknya dengan penuh hiba dan sedih yang amat. Kita boleh lihat dari
segi perubahan cara hidup sebelum dan selepas kematian anaknya.
Kalau dulu lagu-lagunya penuh dengan emosi dan ekspresi marah atau suka, hari ini beliau semakin matang dari segi kefahamannya tentang duniawi dan ukhrawi. Malah intonasi suaranya juga menampakkan jiwa sederhana yang luhur dan bijaksana dan ianya adalah sesuatu yang menarik yang boleh kita jadikan iktibar dan pengajaran.

Kita tidak akan tahu apa akan jadi di masa depan. Mungkin hari ini kita seorang perokok yang tegar, namun atas satu sebab yang tidak dapat kita elakkan kita akan berhenti merokok? ha ha ha…

Rindu yang tak sampai akan membuat kita hiba apabila mengenangkan. Malangnya ianya hanyalah sekadar waktu yang hanya datang dan berlalu. Dari itu marilah kita belajar untuk lebih menghargai waktu.

Seperti kata seorang peng’komen’ mengenai lagu ciptaan Titiek Puspa yang dinyanyikan Iwan Fals di bawah ini..

the song get sadder when you look at iwan’s expression..seems like he was put his heart out singing this song for his late son..keep up the good work iwan fals..


Robot dan Kreativiti

0 comments

Di dalam keluarga saya, sayalah yang paling ‘rebel’, degil dan ikut kepala sendiri dalam mengemudi haluan hidup. Kadang-kadang lemas, kadang-kadang kandas. Hikmahnya dari lemas saya belajar untuk bagaimana untuk tidak lemas, dari kandas saya belajar bagaimana untuk melepasi semua dugaan dalam hidup. Hasilnya saya masih hidup sehingga ke hari ini.

Kerja kilang, bermain muzik di pub, bekerja di Yamaha muzik dan Bentley muzik, itu semuanya pilihan saya. Menjadi busker juga merupakan pilihan yang paling sukar yang pernah saya buat. Sukar kerana saya sudah beranak pinak waktu itu. Kadang-kadang kita calculate berapa pendapatan kita dalam sehari busking, pun ianya tetap tidak praktikal juga sebab busking ni sebahagian besarnya adalah nasib kita di hari itu, waktu itu.
Apapun untuk belajar ilmu hidup, itu sangat bagus dan saya sokong!

Anak-anak saya pun bila mereka sudah menjelang dewasa, jika mereka nak merasai pengalaman busking, saya akan memberi sokongan asal tahu jaga diri. Cuma janganlah jadikan busking sebagai satu kerjaya tetap, kalau untuk sekadar mencari pengalaman itu saya setujulah. Menjadikan busking sebagai satu kerjaya bukannya saya tidak bersetuju, cuma ianya bukanlah semudah yang kita bayang dan mimpikan. Apapun kita hanya dapat menduga saja, perjalanan takdir kita tidak akan tahu.

Saya pilih apa yang saya mahu dalam hidup kerana saya mahu rasa apa itu hidup dan apa itu mati melalui apa yang saya rasa. Saya tak mahu jadi robot yang diprogramkan untuk menjadi begitu atau begini. Kehidupan ini singkat oleh itu lakukan apa yang kita mahu itu dari jiwa. Biarkan jiwa itu berpesta dan meraikan suasana dalam suka mahupun duka. Hidup ini perlu berlandaskan kenyataan, bukan mimpi.

Akhirnya saya memilih kreativiti sebagai hala tuju jiwa. Pun prosesnya bukanlah semudah yang kita bayang dan mimpikan. Kita sedang belajar dan kita akan terus menjadi pelajar sehingga ke akhirnya.

Saya akui saya tidak kaya tapi saya taklah miskin sangat..ha ha ha

Apapun, bagi anak-anak muda yang mahu belajar hidup, berdikarilah. Binalah hidup sendiri, dari situ kita akan banyak belajar akan makna hidup yang lebih realistik. Saya dulu seluar dalam pun kakak saya belikan, seluar baju, kasut masut sehingga sampai satu masa saya menjadi manusia yang takut untuk menempuh kehidupan tanpa bantuan keluarga. Dan dari situ juga saya keluar dari sangkar keluarga dan saya tahu itulah pilihan yang tepat untuk saya.

Muzik- Sudah lama saya cari lagu ‘anak wayang’ ciptaan Sawung Jabo. Lagu tersebut terdapat dalam album Iwan Fals dan kolobrasinya dengan Jabo. Judul albumnya ‘anak wayang’. Saya suka sangat lagu ini kerana liriknya yang pure dan mistik. Saya rasa Sawong Jabo lebih berbakat berbanding Fals dalam penulisan lirik cuma suaranya tidak se komersial Fals. Dari segi komposisi lagu, Fals lebih bernasib baik kerana melodi-melodi ciptaannya mudah di terima pendengar berbanding Jabo.

Apapun lagu ini memang menyentap dari segi kejiwaannya seperti salah satu baik kata-katanya,” mencintaimu adalah mencintai hidup”

Anak wayang- Sawong Jabo

Mengembara memahami makna cinta
menghurai kata di lautan jiwa
Di hadapanmu ku tak bisa berdusta
mencintaimu adalah mencintai hidup

Anak wayang di ambang gamang
berlayar di samudera telanjang
membawa api menjelajahi cakerawala
Di MANA AIR MATA BUKAN LAGI DUKA….

MERINDUKANMU DI SAAT HILANG ARAH
MEMELUK LALU MENINGGALKANMU
AKU SUDAH BASAH, AKU PASRAH
MENCINTAIMU ADALAH MENCINTAI HIDUP

Aku bukan sedang berduka
aku sedang menghadapi cinta
aku sedang menghadapi prahara
di mana air mata bukan lagi duka..