Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Menyusuri semalam yang nostalgik

0 comments

Semalam isteri saya kata perut saya dah boroi balik, ha ha ha..Itulah, dah lama saya tak busking dan aktif dalam dunia busking. Dulu sewaktu saya kerja dan bermastautin di Ipoh pun perut saya boroi juga..haha..Masaalahnya kaki saya agak tidak kuat lagi untuk berdiri dalam tempoh yang lama. Bila busking, kita boleh control berat badan..

Sewaktu saya aktif busking di Pasar Seni pada tahun 2004 dulu, ada seorang brader yang sering menonton persembahan busking saya dan kawan-kawan.

Saban petang dia selalu melepak dan akhirnya barulah saya tahu yang dia juga bekas seorang busker suatu masa dulu. Dia busking di Pulau Pinang dan pernah merantau ke luar negara untuk menimba pengalaman busking di sana. Kawan saya ni namanya Bahri, lama kelamaan kami selalu melepak selepas saya busking. Dia pernah busking di Kazakhtan. Selepas beberapa lama busking dia pun bersara dari dunia busking.

Sudah lama saya tidak bertemu kawan saya itu. Dia sudah berjaya sebagai seorang ahli perniagaan waktu saya kenal dia.

Saya sebenarnya tidak berani mengambil keputusan yang drastik dalam hidup. Pernah saya diajak kawan untuk merantau ke luar negara, tapi itulah. Masaalah komitmen dan keluarga membuat saya terpaksa melupakan ajakan kawan-kawan. Dulu waktu bujang tak ada pulak peluang yang seperti itu.

Seperkara, saya busking 70% ikut kepala saya je. Maknanya saya nyanyi apa yang saya rasa sedap. Maknanya juga, saya bukanlah seorang penghibur. Saya seorang yang moody. Semuanya bergantung kepada mood saya. Ada suatu hari tu seorang brader berbangsa India meminta saya menyanyikan lagu’ hingga akhir nanti’, jadi saya pun nyanyilah. Bila selesai menyanyi, dia hulurkan rm 10 sebagai tanda penghargaan, jadi mood saya pun jadi best pulak.ha ha ha..Makanya pada hari itu, saya pun menyanyilah lagu-lagu melayu je sepanjang hari.

Bila tiba mood saya yang tak best pulak memang tak bestlah, ha ha ha. Apa je yang saya nyanyi rasa tak sedap. Ada seorang brader juga berbangsa India asyik melayan saya berlagu. Dimintanya saya menyanyikan lagu Eddie Rabbit dan macam macam lagilah. Saya pun menyanyilah. Waktu itu mood saya memang macam palat sikit, jadi walau dia kata saya very talented, pun saya rasa tak best.ha ha ha

Selalu juga sewaktu saya busking di KL Sentral, saya di offer untuk bermain di hotel itulah, hotel inilah..macam-macam, tapi saya katakan masaalah utama saya adalah komitmen. Ada waktu-waktu untuk diri saya sendiri, atau kita punya quality of life. Bila kita jadikan muzik sebagai satu kerjaya, bermain di hotel atau pub contohnya, ianya sudah menjadi kerja yang rutin dan biasanya saya akan cepat fed-up kalau jadi begitu.

Kalau busking setiap hari pun jemu juga. Itu pernah saya lalui sewaktu busking secara full-time dulu. Memang bosanlah, kita terpaksa keluar rumah tengah hari. Petang busking di Pasar Seni, malam di Jalan Alor atau Brickfiled. Bilamana itu yang kita lakukan hari-hari, memang boring juga sebab benda itu sudah menjadi suatu beban dan tanggungjawab. Tapi bila kita kata tanggungjawab, kena buatlah juga, kalau tak buat anak bini kat rumah nak makan apa?

Jadi yang paling adil, we just enjoy the moment.. Kalau tak kita akan tension..ha ha ha


Harga getah tengah naik, moh kita noreh yob!!

0 comments

Dengar khabarnya harga getah tengah naik sekarang, kalau sekilo dah rm 15, 30 kilo dah berapa tu? Mewah-mewah..ha ha

Patutlah ada kawan saya yang balik kampung untuk menjadi penoreh getah.

Dulu waktu kecil saya tidak minat menoreh getah dan pemalas. Saya budak kampung yang manja, itulah silapnya. Kebun getah ada, upah orang kampung menoreh, hasil di bahagi sama-rata. Pun kalau ditipunya kita, kita pun tak tahu.

Dalam seminggu sekali saya jadi tukang kutip hasil. Jadi berbasikallah saya dengan jarak 3 km ke rumah orang yang mengambil upah menoreh getah di kebun mak saya. Hasilnya tidaklah lumayan seperti hari ini.

Sampai hari ini saya tidak tahu cara untuk menoreh getah. Ianya sesuatu yang saya kesalkan juga. Itulah, dalam hidup ni banyak perkara yang kita sering kesalkan, umpamanya perkara-perkara bodoh yang kita lakukan di masa lalu. Tapi benda yang dah berlalu kalau dikenang ianya akan buat kita kecewa, mengeluh dan putus asa pun hanya akan merugikan diri sendiri. Kita perlu memandang ke depan, bukan belakang.

Namun begitu, saya pernahlah menjerat tupai, untuk dijual pada peraih. Harganya rm 4 seekor. Saya juga pernah bekerja di ladang kacang. Memang penat, bayangkan dari pagi sampai ke petang mengutip kacang. Hasilnya dapatlah rm 5. Semua aktiviti ni saya lakukan sebelum saya kenal gitar. Bila dah mula belajar gitar, saya dok main gitar pagi, petang, siang dan malamlah. Bertambah malaslah saya.

Nasib baik ada juga hasilnya dari segi ringgit dan kepuasan. Kalau tak, sia-sialah saya melalak siang malam.

Nasihat saya, bagi anak-anak muda yang dok di KL ni, baliklah kampung
kalau ada kebun getah, jangan malu jangan segan. Itu semua duit tu!!


Pasar Seni(yang semakin plastik)

0 comments

Saya kenal Pasar Seni tahun 1986. Tempat itu unik, sangat unik dan asli. Jiwa saya terus tertambat untuk ke situ setiap hari. Di situ saya kenal ramai kawan-kawan yang sealiran. Muzik dan seni. Apatah di situ ramai pengkarya melepak dan bersajak di bawah tiang lampu atau menonton Wahid pembusker yang busking saban petang di laluan pejalan kaki.

Pasar Seni memang mengasyikkan waktu itu. Di situ banyak orang gila juga. Entahlah, Pasar Seni memang pusat kejiwaan bagi pencari yang jiwanya kacau atau soul searching. Banyak cerita yang menarik waktu itu.

Bayangkan, kemana saya pergi saya akan merindui Pasar Seni, di situ tempat saya membesar dan menimba ilmu hidup, dari tahun 1986-2010.
Dan bayangkan juga, tahun 1993 saya berulang alik ke Sungai Buloh untuk rakam album di situ dan saya tinggal di Taman Ehsan, Kepong. Pun saya masih sanggup turun ke Pasar Seni walaupun untuk singgah di situ selama 10 minit sebab Pasar Seni di tutup pukul 10 malam, saya sampai 9.40 gitulah. Seakan ada magnet untuk saya ke situ.

Akan tetapi hari ini, segalanya berubah. Pasar seni yang saya anggap seperti rumah ke dua saya suatu waktu dulu sudah menjadi pusat kesenian yang semakin plastik dan tidak bernyawa. Seninya sudah luntur dek perubahan drastik para kapitalis yang niat mereka hanyalah mahu menjadikan tempat itu seperti Petaling Street atau Bukit Bintang.

Tempat untuk berbusking sudah menjadi tempat orang berniaga dan sudah dibaik pulih untuk tujuan komersial. Apa yang tinggal lagi di situ?

Saya mula tawar hati dengan Pasar Seni sejak tempat itu diambil alih pentadbirannya oleh para pelabur dari Singapura. Itu seperti mimpi ngeri bagi saya juga para-para peniaga atau pelukis yang melukis di situ. Dengan beban kadar sewa yang naik melambung berkali-kali ganda, apa pilihan yang mereka ada?

Apa yang tinggal hanyalah kenangan. Di situ tempat saya memulakan karier busking. Di situ tempat saya belajar erti hidup yang sebenar. Di situ saya kenal makna kejujuran dalam berkawan. Di situ saya kenal ramai manusia hebat dan di situlah juga tempatnya saya mula kenal orang rumah saya.

Ramai kawan-kawan yang bertanya saya tentang Pasar Seni. Saya sudah tidak menjejakkan kaki di situ hampir 4 bulan. Tempat itu sudah mati bagi saya. Ada yang ingat saya masih busking di situ.

Hari ini dari kita berkunjung ke Pasar Seni, lebih baik kita berkunjung ke pasar borong Sentul, sekurang-kurangnya kita boleh beli ikan, ayam atau daging dan sekurang-kurangnya tempat itu masih lagi asli dan realistik.

Seni itu perlu dinilai dari sudut kejiwaan, bukan material yang hanya membutakan matahati.

Elton John – Mona Lisas And Mad Hatters
from 1972 album “Honky Chateau”

“Mona Lisas and Mad Hatters” is a song from the Elton John album Honky Château. It reflects Bernie Taupin’s take on New York City after hearing a gun go off near his hotel window during his first visit to the city. The song’s lyrics were partly inspired by Ben E. King’s “Spanish Harlem,” in which he sings “There is a rose in Spanish Harlem”. In response to this, Taupin writes, “Now I know Spanish Harlem are not just pretty words to say / I thought I knew, but now I know that rose trees never grow in New York City.” A more upbeat sequel to the song called “Mona Lisas and Mad Hatters (Part Two),” was recorded about 15 years later for Elton’s later album Reg Strikes Back.

Rolling Stone magazine’s Jon Landau praised the song when it was released, writing:”Mona Lisas and Mad Hatters” shows how much John can really do in the space of a single cut. Using minimal instrumentation and singing one of Taupin’s most direct lyrics, John effortlessly reveals the myth beneath the myth of “… a rose in Spanish Harlem.” He expresses his involvement with the city, his need for its people, and his final desire to be alone through one of his best tunes, simplest arrangements, and most natural vocal performances.

Elton himself has called the song “one of my all-time favourites” upon introducing it at his 60th-birthday concert in New York’s Madison Square Garden.

The song was used in the film Almost Famous, in a scene in New York City, highlighting the loneliness of one of the film’s characters.

The song was used in the finale of Life on Mars (U.S. TV series).
Catego

Elton John- Mona Lisa and Mad Hatters

And now I know
Spanish Harlem are not just pretty words to say
I thought I knew
But now I know that rose trees never grow in New York City
Until you’ve seen this trash can dream come true
You stand at the edge while people run you through
And I thank the Lord there’s people out there like you
I thank the Lord there’s people out there like you
chorus
While Mona Lisas and Mad Hatters
Sons of bankers, sons of lawyers
Turn around and say good morning to the night
For unless they see the sky
But they can’t and that is why
They know not if it’s dark outside or light
This Broadway’s got
It’s got a lot of songs to sing
If I knew the tunes I might join in
I’ll go my way alone
Grow my own, my own seeds shall be sown in New York City
Subway’s no way for a good man to go down
Rich man can ride and the hobo he can drown
And I thank the Lord for the people I have found
I thank the Lord for the people I have found
[repeat chorus]
And now I know
Spanish Harlem are not just pretty words to say
I thought I knew
But now I know that rose trees never grow in New York City
Subway’s no way for a good man to go down
Rich man can ride and the hobo he can drown
And I thank the Lord for the people I have found
I thank the Lord for the people I have found
[repeat chorus]


DUIT dan Masaalah

0 comments

Semua orang perlukan duit kecuali orang gila atau eccentric yang tiada keinginannya terhadap dunia dan ringgit. Selainnya selagi masih ada keinginan dan kepentingan, kita semua perlukan duit. Tak ada duit memang masaalah, tapi kalau ada duit pun masaalah juga sebenarnya.

Duit dan masaalah itu perlu seiring dalam hidup kita. Kita hidup di dunia ini
untuk menangani dan berdepan dengan masaalah. Kalau tak ada masaalah lebih baik jangan jadi manusia. Jadi saja malaikat bak kata penyanyi Indon Doel Sumbang.

Masaalah orang tak ada duit macamana nak cari duit untuk survival dan bayar hutang. Masaalah orang banyak duit macamana nak banyakkan lagi duit. Duit segunung intan pun tak cukup. Semua elemen akan mendekat dan mahu berkawan dengan kita seperti tamak, riak, kedekut, prasangka dan banyak lagilah. Maka gunakanlah duit itu di jalan yang benar dan diredha Allah.

Kawan-kawan saya banyak yang survival. Mereka tidak kaya sebab mereka bukannya bertuhankan duit. Duit cuma keperluan sementara kita masih di sini. Ada juga yang kaya dan sukses pun mereka orang yang baik dan faham erti kemanusiaan. Saya pun tidak iri hati atas kejayaan hidup kawan-kawan yang berjaya. Itu bahagian mereka. Saya pun tidaklah menyusahkan kawan-kawan sangat..sikit-sikit adalah..ha ha ha..

Itu mengingatkan pada musim-musim saya jadi full time ‘busker’ pada period 2004-2005 dulu. Ada suatu hari itu memang mendung. Dalaman mahupun luaran. Hari hujan tak dapat nak busking. Orang rumah tanya berapa dapat hari ini? Saya pening kepala. Jadi saya jumpa kawan-kawan mintak bantuan sorang rm 5 dalam 5 orang, saya pun balik. Ha ha ha. Tapi bukanlah hari-hari, kalau hari-hari kawan pun menyampah.

Apa pun pengalaman menjadi busker sangat berguna dan berharga untuk saya dan saya berbangga pada diri saya sendiri kerana saya busking untuk sara anak bini. Thats it.

Kita hidup di dunia ini masing-masing punya bahagian dan cerita.

Tapi sesuatu yang sangat pasti, tak ada duit memang akan buat kepala kita pening dan akan buat kita berfikir macamana nak cari duit..ha ha ha

Lirik Lagu ” Besar dan Kecil “
Artis ” Iwan Fals “

Kau Seperti Bus Kota Atau Truk Gandengan

Mentang-mentang Paling Besar Klakson Sembarangan

aku Seperti Bemo Atau Sandal Japit

Tubuhku Kecil Mungil Biasa Terjepit

Pada Siapa ku Mengadu

Pada Siapa ku Bertanya

Kau Seperti Buaya Atau Dinosaurus

Mentang-mentang Menakutkan Makan Sembarangan

aku Seperti Cicak Atau Kadal Buntung

Tubuhku Kecil Mrengil Sulit Dapat Untung

Pada Siapa ku Mengadu

Pada Siapa ku Bertanya

Mengapa Besar Selalu Menang

Bebas Berbuat Sewenang-wenang

Mengapa Kecil Selalu Tersingkir

Harus Mengalah Dan Menyingkir

Apa BeDanya Besar Dan Kecil

Semua itu Hanya Sebutan

Ya Walau Di Dalam Kehidupan

Kenyataannya Harus Ada Besar Dan Kecil