Notes:
Marilah kita bersarapan
Marilah kita bersarapan kerana kita sedang memahami makna kesempurnaan. Tanpa mengira siapapun kita, kita berhak untuk menikmati hidangan kita seadanya.
Ikan masin secukup rasa atau sayur kangkung berulamkan sambal belacan? Atau ayam goreng Kentucky, McDonald…Makanlah jika itu santapan yang menyelerakan atau hanya sekadar telur goreng berkuahkan kicap dan cili sos cuma?
Seorang kawan saya suka makan makanan yang lazat. Segala macam makanan dan juadah yang lazat semuanya dia tahu. Saya selalu juga mengikutinya ke kedai-kedai atau restoran yang dia kata makanannya sedap. Saya ok saja..Perkataan yang selalu keluar dari mulutnya,” check it out”..ha ha ha
Saya tak pandai sangat membezakan makanan itu sedap atau tidak sebab saya makan untuk kenyang, bukan untuk sedap. Asal jangan basi sudahlah..ha ha
Saya pernah meringkuk di Pudu Jail selama 4 malam gara-gara disuspek penagih dadah tahun 2005 dulu. Makanan dalam jail tak sedap langsung. Hari pertama memang tak ada selera nak makan, bila masuk hari ke dua saya sebat je sebab perut sudah kosong.
Hikmah dari pengalaman itu ianya mendidik saya agar menerima apa yang masuk ke perut kita seadanya. Kadang-kadang kalau isteri saya tidak memasak saya beli je lauk di kedai kalau ada duit. Kalau tak ada duit saya goreng telur makan nasi dengan kicap dan cili sos je. Pun sedap juga..ha ha ha..cuma khasiatnya kuranglah. Ini makanan orang marhaen..
Sedap ni hanya di kerongkong atau tekak kita je, bila sampai ke perut akan jadi najis. Sekarang ni lagilah, dah tak boleh minum yang manis-manis sangat jadi saya minum air masak banyak-banyak.
Anak-anak saya selera mereka Mcdonald atau makanan barat. Saya orang kampung, jadi selerapun kampunglah. Pizza pun saya baru je tekak boleh terima beberapa tahun lepas. Kisahnya saya waktu itu telah dijemput untuk membuat persembahan nyanyi dan muzik(singer songwritter) di sebuah restoran barat. Makanan yang dihidang hanya Pizza. Apa boleh buat, perut sudah berbunyi jadi terpaksalah saya makan…sedap juga rasanya..ha ha ha..
Makanlah apa yang kita nak makan..makanlah selagi boleh makan..selagi masih ada selera..Nanti bila selera sudah semakin pudar..Kita akan makan roti dan air masak je waktu itu..
EMERSON, LAKE AND PALMER- THE SAGE
I carry the dust of a journey That cannot be shaken away It lives deep within me For I breathe it everyday You and I are yesterday’s answers The earth of the past come to flesh Eroded by time’s rivers To the shapes we now possess Come share of my breath and my substance And mingle our streams and our times In that infinite moment All our reasons are lost in our eyes I carry the dust of a journey That cannot be shaken away It lives deep within me For I breathed it every day
Musim peralihan
Saya sedang membiasakan diri dengan suasana dan musim yang baru. Keadaan di mana segalanya semakin berubah dan saya pun terpaksalah membiasakan diri dengan suasana dan keadaan di saat ini. Keadaan di mana sudah sebulan saya menghentikan tabiat minum teh tarik, digantikan dengan horlick kosong. Keadaan di mana sendi-sendi pun semakin banyak yang longgar. Keadaan di mana saya semakin banyak minum air masak.
Kekurangan adalah kelemahan namun ianya adalah kenyataan yang perlu kita hadapi. Kita tidak punya banyak pilihan selain belajar untuk menghadapi musim baru, suasana baru. Lama-kelamaan kita akan merasakan kita ini semakin keseorangan dan dari situ kita akan semakin bersedia untuk dilupakan. Yang penting kita sentiasa sedar yang kita sedang berjalan di landasan takdir yang kita lalui ini.
Semua manusia apabila sampai masanya akan melalui musim peralihan. Menghadapi kenyataan yang kita ini semakin berumur membuatkan saya bersetuju akan kebenaran makna sebuah perjalanan itu.
Siapa tahu dalam masa 10 tahun yang akan datang kalau masih ada nyawa, mungkin saya akan menjadi nyanyuk atau mengalami penyakit yang kronik yang boleh membawa mati. Atau mungkin saya masih segar bugar serta sihat walafiat di bawah lindungannya. wallahualam.
Kebaikan menelaah dan memahami dunia kefalsafahan ialah kita akan selalu berfikiran positif dalam diri dan kita akan kurang dilanda migrain. Dari situ akan lebih faham yang kita sedang mempraktkalkan makna sebuah kepercayaan dan kewujudan.
Ismi alam semakin mengelirukan seolah kita sedang dimarahi dan Tuhan tidak lagi menyayangi kita kerana semakin melupakannya. Kita sangat merasakan yang kita ini sangat berkuasa untuk mengubah alam dan persekitaran untuk menjadi begitu atau begini, namun apabila musibah melanda seperti tsunami di Jepun, sedarlah kita betapa kita ini hanyalah umpama semut yang sedang membina sebuah istana atau empayar kekuasaan yang gilang gemilang, yang bilamana hujan turun, habislah punah segalanya. Kita ini makhluk yang sangat kerdil. Semaksimum mana pun kejayaan atau kekuasaan yang kita miliki, ianya hanyalah seperti setitik air cuma di banding dengan sebuah lautan yang luas terbentang. Sepatutnya kita wajiblah bercermin merenung diri. Insyaallah.
Dari KL ke Manjung
Semalam saya balik kampung. Bermula dengan menaiki teksi dengan dari Bangsar ke stesen KTM KL untuk menaiki perkhidmatan bas ekspres yang bertolak pada pukul 4.30 petang.
Bersembang dengan pemandu teksi berbangsa India itu melayan keramahannya bercerita walau tanpa di tanya. Nyata topiknya tentang bencana tsunami yang melanda negeri Jepun. Katanya,”lu tahu, ini sebab sana atas sudah marah sama kita, kita ingat kita banyak besar, banyak sombong itu pasal jadi itu macam”. Saya pun menyampuk juga kadang-kadang”, ya betul uncle, sekarang kita punya bumi sudah banyak teruk, itu ozon sudah nipis..bla bla bla…Tak lama saya pun sampai ke perhentian bas di stesen KTM tersebut.
Duduk di dalam bas, ianya sebuah perjalanan yang meletihkan juga sebenarnya. 4 jam setengah saya terpaksa tunekan kepala saya untuk enjoy moment di waktu yang tak best seperti itu. Naik bas memang agak membosankan. Alangkah seronoknya kalau saya boleh letak kepala dan terus lena sampai ke destinasi seperti seorang pemuda berbangsa Cina yang duduk bersebelahan saya.
Saya pun membacalah bahan bacaan ringan yang saya baca, ‘memoir Rasyid Maidin’ dan sebuah novel lagi berbentuk autobio sasterawan negara Datuk Abdullah Hussain yang judulnya ‘sebuah perjalanan’ yang mengisahkan perjalanan hidup beliau dari kecil sampailah beliau menjadi ketua pengarang di majalah ‘Gelanggang Filem’milik Tan Sri P.Ramlee. Sebenarnya novel tersebut saya beli sewaktu ada jualan murah Dewan Bahasa sedikit masa lalu. Datuk Abdullah Hussain namanya sekarang meletup-letup dek novel Interlok’nya menjadi kontroversi. Berbalik pada novel ‘sebuah perjalanan’, saya beli hanya dengan harga rm 1 sahaja. Isi ceritanya memang menarik. Jadi saya pun layanlah membaca sampailah otak saya penat. Pun saya tak boleh lenakan mata juga.
Sebenarnya fikiran saya agak risau mengenangkan projek album yang akan saya terbitkan bersama rakan saya Amin Iskandar dalam syarikat kami CRG.Communication. Ianya proses yang memenatkan. Baru nak start sudah ada dugaaan pulak. Saya agak rushing untuk mencari penyanyi perempuan untuk menyanyi di dalam album kumpulan kami, Society yang akan kami terbitkan nanti. Penyanyi asal ada masaalah dengan komitmen, jadi terpaksalah kita hold dulu untuk mencari replacement. Bukannya kerja mudah juga untuk mencari pengganti.
Jadi bila dalam keadaan begitu saya cuba untuk bermuhasabah diri, mengenangkan dalam hidup ini ‘masaalah’ adalah sebahagian dari rencahnya. Namapun kehidupan, jadi adalah bab suka atau dukanya.
Kadang-kadang kita pun merenung jugalah kelemahan diri sendiri. Banyak merungut pun tak elok juga, banyak bercakap sangat pun tak bagus juga. Apa yang boleh kita buat, ada sedikit rasa sabar, berusaha dan terus berusaha.
Saya cuma mahu syarikat CRG.Communication yang kami tubuhkan ini akan berjaya dan mampu bersaing menjadi sebuah syarikat yang mampu berdaya maju suatu hari nanti. Cuma saya masih percaya, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. Insyaallah.
Dalam duduk melayan perihal hal-hal duniawi, sampailah saya ke stesen Manjung. Dari situ saya menaiki teksi untuk sampai ke rumah mak saya di Manjung. Kereta Mercedes lama yang pemandunya seorang pakcik pun membawalah saya sehingga sampai ke destinasi saya. Dalam perjalanan yang singkat itu sempat saya bertanya pakcik pemandu tu,” sekarang Zambri ambil alih, macamana keadaan politik kat sini pakcik?” tanya saya. Katanya”, keadaan tak banyak berubah, macam tu le juga. Yang pasti kita tetap macam ni juga, dulu Nizar pun dia pun bukan boleh buat apa sangat, macam boneka je”.
Oppss..dah sampai…
Man of the world- Peter Green(Fleetwood Mac)
Shall I tell you about my life
They say I’m a man of the world
I’ve flown across every tide
And I’ve seen lots of pretty girls
I guess I’ve got everything I need
I would’t ask for more
And there’s no one I’d rather be
But I just wish that I’d never been born
And I need a good woman
To make me feel like a good man should
I don’t say I’m a good man
Oh, but I would be if I could
I could tell you about my life
And keep you amused I’m sure
About all the times I’ve cried
And how I don’t want to be sad anymore
And how I wish I was in love
Pesan
Selalu saya berpesan dengan anak-anak saya, hargailah tali kasih-sayang yang tersemai sejak kecil antara mereka. Janganlah putuskan. Anak saya 4 orang, yang paling tua perempuan. Selainnya semuanya laki-laki. Masing-masing punya fe’el atau ismi. Saya kenal semua anak-anak saya. Semuanya darah daging saya. Inilah harta yang paling berharga yang saya miliki.
Saya masih ingat lagi sewaktu baru melangkah ke alam rumah-tangga. Saya dan isteri tinggal di Taming Jaya, Seri Kembangan. Tahunnya awal 96 dan saya waktu itu bekerja di Bentley Music, Bukit Bintang. Hari-hari saya akan berulang alik dari rumah ke tempat kerja dengan menaiki motorsikal honda C-90 tanpa lesen mahupun roadtax selama setahun. Bila dah kena saman barulah saya ambil lesen..ha ha
Sementara saya bekerja isteri saya akan tinggal seorang diri di rumah. Betapa sunyinya dia tanpa suara anak-anak. TV, mesin basuh, perabot, peti ais dan segala kemudahan lain pun kita belum ada lagi. Jadi saya pun fahamlah perasaan isteri saya waktu itu.
Hari ini anak-anak semakin membesar dan semuanya sudah bersekolah. Kadang-kadang mereka bergaduh juga, biasalah kerana mereka masih melalui proses demi proses sebelum mereka sama-sama dewasa. Cuma saya selalu tekan dan pesankan betapa tali kasih-sayang antara mereka adik-beradik wajiblah di jaga dan suburkan selalu dan sematkan ke dalam diri mereka menjadi darah dan daging sehingga ke mati.
Walau kita miskin harta sekalipun andai ada sikap ambil berat antara sesama adik beradik kita tidak akan merasa terasing dalam dunia ini.
Saya tidak mampu menentukan takdir manusia. Saya terima se adanya perjalanan dan takdir hidup anak-anak saya. Cumanya yang boleh saya usahakan sekarang ini tanamkan benih kasih sayang dan kekeluargaan antara sesama mereka ke dalam diri mereka. Selainnya saya berserah kepada yang maha esa. Insyaallah.


