Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Politik – Apa Cerita Hari ini?

0 comments

Baru-baru ini saya telah di jemput untuk menulis tentang politik di dalam salah sebuah web online. Saya kata saya tak tau apa nak tulis, lagipun banyak dah blog yang fokus bercerita tentang politik dalam internet yang boleh kita baca. Cerita politik memang panas dan laku macam goreng pisang panas di pasaran. Kita boleh nampak hari ini anak-anak muda terutamanya mula menjadikan politik sebagai topik yang penting dalam hidup mereka.

Saya suka politik dan sayapun suka membaca tentang politik, cuma saya tidaklah arif sangat untuk menilai yang mana kaca atau permata, kerana kita semua sedia maklum politik itu kepentingan. Kepentingan itu kuasa. Gedebak-gedebuk sama saja ceritanya. Semua politician akan cakap mereka saja yang bagus, mereka saja yang alim, mereka saja yang jujur dan segala isi kebaikan itu milik merekalah dipendekkan cerita.

Saya suka baca apa yang ada di kiri mahupun kanan. Itu maknanya kita masih ambil tahu walau itu bukan bidang kita. Tak nak ambil tahupun tak boleh juga sebab kita rakyat adalah aset. Undi kita penting untuk mereka menang atau kalah. Cuma bila mengenangkan cara permainannya mental saya belum cukup bersedia rasanya. Tak apalah, lebih baik saya busking. Walau tak kaya kepala tak sakit..Orang pun tak sakit hati sangat dengan saya. Ha ha ha

Kita bercerita tentang kesempurnaan, memang payahlah. Mana ada kesempurnaan dalam dunia ni? Kadang-kadang apa yang kita expect jadi begini, begitu pulak jadinya. Sudahnya kepala kita yang sakit. Itulah kalau boleh saya nak ‘minimise’kan problema yang ada dalam fikiran saya ni, tak naklah beratkan kepala dengan hal-hal politik yang isinya penuh dengan nafsu-nafsi dan angan-angan yang tak ada kesudahannya.

Neutral..non-partisan..apa lagi?


PERTEMUAN ITU MEMATANGKAN KITA

0 comments

Apabila saya memikirkan perlukah saya menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun, dalam keadaan kewangan yang sangat terhad, dalam keadaaan yang agak berserabut kerana kontrak untuk bermain muzik di pub telah dibatalkan pada saat akhir dan ianya seperti ribut yang tiba-tiba datang melanda otak saya dan di dalam poket saya waktu itu hanya ada 30 sen. Nekad dan jalan terus, saya tidak pernah berfikir dua kali dalam mengambil keputusan yang penting dalam hidup. Suratan takdir yang kita percaya, kita akan terus hidup selagi belum sampai waktunya dan kita tidak akan mati kelaparan. Kawan-kawan mungkin menjauh dalam waktu susah kita, tapi Dia itu sentiasa ada di sini, di dalam jiwa ini.

Walau sederhana, jika itu yang sudah tertulis kita harus berterimakasih kerana jalan cerita untuk kita sering di permudahkan walau apapun cabarannya.

Memasuki alam perkahwinan, mencari makna perkongsian bukanlah semudah A, B dan C. Di sini kita cuba menyatukan dua jiwa menjadi satu, kita belajar untuk memahami dan berkongsi cerita suka-duka sebuah kehidupan. Saya pulak dengan cara hidup dan kefahaman yang agak abnormal, ianya satu pengalaman baru dan asing pada mulanya. Memang sebelum itu kita ingat kita sudah berada di penghujung rancangan dan kita tidak memerlukan sesiapa lagipun, bahkan kita cuba untuk menyepi dan menyendiri dari dunia dan cuba menyatu dengan pencipta dalam visi yang hanya kita saja yang faham. Malang kita ini masih manusia bahkan masih punya cita-cita untuk berkahwin dan beranak-pinak.

Selepas berkahwin saya dan isteri tinggal di rumah sewa di Balakong, dalam keadaan yang sangat sederhana tapi kita mampu menghadapi dalam kadar yang seadanya. Saya waktu itu bekerja sebagai salesman di Bentley music dengan gaji rm 800. Waktu itu tahun 1995, kita belum ada tanggungan lagi jadi lepaslah untuk hidup kami berdua. Saya bekerja, isteri saya duduk di rumah seorang diri. Waktu berjalan dan walau sesukar manapun situasinya, ianya hanyalah sekadar ujian belaka.

Jauh perjalanan memberikan kita pengalaman dan cerita.

Muzik – Saya suka juga dengar lagu country. Don Williams contohnya artis yang saya suka. Lagu country ni memang mengantuk kadang-kadang. Tapi ada tarikannya juga, sebab orang suka. Kita kena layan dia punya ngantuk. Saya pun bila busking nyanyi lagu country ni kadang-kadang menguap juga. Tapi itulah seperti saya kata tadi, kita kena layan dan kita akan enjoy. Saya mula dengar lagu-lagu Don William ni tahun 1983 dulu..dan lagu ‘ i believe in you’ ni saya memang suka..sebab liriknya sangat berkualiti dan berjiwa..

I BELIEVE IN YOU – DON WILLIAMS

I don’t believe in superstars,
Organic food and foreign cars.
I don’t believe the price of gold;
The certainty of growing old.
That right is right and left is wrong,
That north and south can’t get along.
That east is east and west is west.
And being first is always best.

But I believe in love.
I believe in babies.
I believe in Mom and Dad.
And I believe in you.

Well, I don’t believe that heaven waits,
For only those who congregate.
I like to think of God as love:
He’s down below, He’s up above.
He’s watching people everywhere.
He knows who does and doesn’t care.
And I’m an ordinary man,
Sometimes I wonder who I am.

But I believe in love.
I believe in music.
I believe in magic.
And I believe in you.

Well, I know with all my certainty,
What’s going on with you and me,
Is a good thing.
It’s true, I believe in you.

I don’t believe virginity,
Is as common as it used to be.
In working days and sleeping nights,
That black is black and white is white.
That Superman and Robin Hood,
Are still alive in Hollywood.
That gasoline’s in short supply,
The rising cost of getting by.

But I believe in love.
I believe in old folks.
I believe in children.
I believe in you.

But I believe in love.
I believe in babies.
I believe in Mom and Dad.
And I believe in you.


MENJENGUK SEMALAM

0 comments

Sewaktu saya di zaman persekolahan dulu, waktu itu selepas habis exam akhir tahun tingkatan 4, saya selalu melepak dengan kawan-kawan sebaya di kawasan rumah rumah teres kos rendah di tempat kelahiran saya, Bruas, Perak sana. Ada seorang senior saya yang kami panggil dia Yob, memang rockers brader ni. Saya memang respek habislah sebab Yob ni sudah tinggal di Ipoh, jadi sekali-sekala dia balik ke Bruas. Apa yang menarik tentang Yob ni, imejnya sebagai rockers yang rugged. Ipoh waktu itu pusat muzik yang paling ‘happening’. Jadi Yob ni banyaklah dia tahu pasal muzik rock dan yang sewaktu dengannya. Dia juga tempat saya bertanya tentang hal-hal muzik dan band-band rock barat terutamanya. Kadang-kadang bila dia balik Bruas dibawanya video rock kumpulan Balck Sabbath, Ozzy Osbourne, Paul Mc’Cartney and Wings dan banyak lagilah. Dan sama-sama kami akan menonton persembahan video itu di rumah seorang kawan yang punya video player. Waktu itu hanya golongan yang mampulah yang dapat memiliki video player.

Seperkara sebenarnya saya teringat akan lagu pop 80an dari kumpulan ‘Kalibers’. Si Yob ni sewaktu kami melepak, dia menyanyikan lagu tersebut dan ianya berkesan di hati saya, bukan sebab nyanyiannya sedap tapi karakter ‘cool’nya sewaktu menyanyikan lagu itu. Ha ha ha
Yob ni dia tua 3 tahun dari saya sebenarnya. Walaupun giginya banyak yang rosak, tapi dia pandai bergaya. Sayang usianya tidak lama, mungkin dalam usia 30an saya rasa, dia telah meninggal dunia.

Saya masih suka menyanyikan lagu-lagu 70an dan 80an sewaktu busking atau jika ada function di mana-mana. Pertamanya kerana ianya msaih disukai ramai orang dan ‘evergreen’. Lagu-lagu baru ni sedapnya sekejap sahaja dan ianya bagi saya hanya sekadar musim. Bila ber’busking’selalunya saya menyanyikan lagu-lagu yang disukai orang ramai je, biasanyalah..Setiap lagu yang kita nyanyikan kadang-kadang ianya akan membawa kenangan pada orang yang mendengar, mungkin mereka membesar dengan lagu yang kita nyanyikan itu. Minggu lepas seorang kakak dengan anaknya menangis bila saya menyanyikan lagu orang putih, ‘leaving on a jet plane’ nyanyian John Denver. Lagu itu lagu lama. Kakak itu sebelumnya berdiri di satu sudut dari jarak 10 meter, kemudian bila habis saya nyanyikan lagu itu,dia datang kepada saya dan mintak saya nyanyikan lagi sekali. Saya rasa lagu itu begitu berkesan di jiwanya, sehinggakan sedih sangat dia saya tengok. Sama juga bila saya teringat akan lagu ‘kalaulah’ nyanyian kumpulan Kalibers ni. Lirik lagu pun bagus dan saya suka melodi dan senikatanya.

Banyak kawan-kawan saya sudah meninggal dunia, yang jauh mahupun dekat. Waktu juga semakin cepat berlalu. Kita ni tak tahu lagi macamana kesudahannya…


FITRAH ALAM

0 comments

Sejak kita dilahirkan ke mukabumi Tuhan, secara fitrahnya watak kita mula terbentuk mengikut acuan yang kita bawa, faham dan berasa selesa dengannya. Mungkin haluan kita ke kiri, mahupun kanan. Mungkin antara sesama kita ada dosa dan pahala, atau mungkin kita bersalah dan dihukum akan kesalahan kita. Itu kita wajib percaya akan hukum qada dan qadar. Menerima apa yang diperuntukkan untuk kita itu ‘redha’ dan sangat dituntut agama.

Saya berkunjung ke perpustakaan baru-baru ini membawa anak-anak membaca dan menyewa buku. Terjumpa pula sebuah buku berjudul ‘ Siddharta’ karya Herman Hesse. Menariknya ianya diterjemahkan ke bahasa malaysia. Pada mulanya saya fikir ianya cerita tentang Gautama Buddha, rupanya tentang watak ‘protagonist’Siddharta yang melalui proses soul searchingnya dalam bentuk yang sangat menarik dan indah. Bermula dari keluarga ‘Brahmin’, beliau menjadi golongan ‘samana’ atau ‘Ascetics’ untuk sekian lama sehinggalah akhirnya beliau bereksperimen dalam bab-bab nafsu duniawi yang mana akhirnya segala harta, arak, perempuan dan judi semuanya sudah di miliki dan kuasai. Sama juga bila jika ke tengok movie Scarface lakonan Al-Pacino. Setelah segala-galanya nafsu dunia ini sudah kita miliki, apa lagi yang tinggal?

Akhirnya beliau kembali menjadi golongan samana dan apa yang menariknya bagi saya tentang buku ini adalah apa selepas ajaran Buddha? Adakah mereka menemui nirvana atau kedamaian abadi dalam proses mereka untuk menjadi Budhha?

Kadang-kadang kita perlu mengambil masa yang sangat lama untuk mencapai tahap redha, zuhud atau nirvana. Ianya bukanlah sekadar teori atau amalan semata. Di sekeliling kita adalah ujiannya. Siddharta terjun bergemulang dengan dosa dan pahala dan ia melepasinya. Sudah tentulah dia berpengalaman. Saya tidak dapat merasai apa rasanya hidup sebagai penagih dadah kerana saya bukan penagih. Jadi saya hanya boleh memahami sekadar yang mampu. Saya cuba untuk masuk ke dalam dunia anak saya yang mengidap ‘Autisma’ dan cuba untuk menjadi dia tapi saya hanya boleh memahami dunianya kerana saya seorang manusia yang normal walau ada senget juga. Saya cuma mahir tentang dunia yang saya faham, muzik saya dan keluarga saya.

Kita adalah pembawa watak di dunia ini. Di hadapan kita ada sekian banyak watak yang kita anggap panorama yang menarik untuk kita belajar dan faham.


Page 5 of 86« First...34567102030...Last »