Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

EKPRESI HIDUP – 4

0 comments

Banyak yang boleh kita pelajari dari hidup ini. Beberapa hari yang lalu tatkala saya berlagu,datang seorang anak kecil ke port saya dengan ibunya..donate rm 1 sambil tangan nya mengambil album inggeris yang saya display for sale..

umurnya mungkin bwh 12 tahun saya kira. Ibunya menghalang walau budak ini nak sangat album tersebut. 2-3kali dia dtg semula dengan abangnya..

Saya tanya abg nya adakah adiknya itu pengidap autisma?kata abangnya,adiknya itu bisu dan pekak..akhirnya saya hadiahkan cd lagu saya kepada budak itu..nyata dia menghargai melalui bahasa isyarat..

Inilah kehidupan.


EKPRESI HIDUP – 3

0 comments

Perkara yang paling berkesan dan membahagiakan jiwa di hari raya pertama, apabila saya bawak anak-anak Aqeef Aziddin dan adiknya solat aidilitri di masjid berdekatan..beberapa tahun yang lepas saya rasa sangat bersalah di waktu hari raya kerana tidak membawa mereka untuk solat raya, terutamanya untuk si Aqeef yang nak sangat merasa bagaimana suasananya..

Saya rasa kita perlu didik mereka mengikut jalan yang telah sedia ada, agama itu ‘way of life’ ..membentuk kepercayaan dan nilai tetap pada yang satu..selebihnya biarlah takdir yang merencanakan semuanya..Mereka perlukan arah dan panduan..tak ada agama di dalam dunia ini menggalakkan umatnya berbuat jahat..agama adalah tentang kebaikan dan hati budi..

Mereka perlukan syurga, neraka, dosa dan pahala dalam konsep percaya sesuai dengan usia dan kefahaman sebelum akhil baligh..

Mereka bertanya kepada saya tentang dosa dan pahala, mahupun syurga dan neraka..Bagi saya, apabila bangun tidur, saya masih mampu melihat dunia, mampu bergerak dan berusaha atas ihsanNya..masih mampu tersenyum, ketawa dan menangis di pentas dunia ini di mana kita adalah watak dan pemainnya..itu sudah memadai..itulah syurga dan itulah pahala atau rahmat..selagi diberi daya..

Di usia yang semakin ke hadapan ini, kita perlu fokus pada yang satu, yang ada di dalam..apabila pandangan kita terhadap dunia semakin pudar, kilau materi makin tidak bermakna dan berseri, apa lagi yang kita nak kejar?

Kita di sini atas rahmatNya


EKPRESI HIDUP 2

0 comments

Tadi seorang anak muda usia belasan tahun,berjubah dan bersongkok menari nari tatkala saya berlagu..saya tanya dia,”apa masalah kau ni?”..”saya cuma nak bantu”..jawabnya…”cara kau ni tak betul,ni terlebih belajar ni..quran ada kat tangan..”…budak ni muda lagi dah isim..kesian..


GILA MUZIK – INTRODUKSI DI DALAM

0 comments

Meor-Gila Muzik-01

Setiap manusia itu adalah pengembara. Samada kita sedar atau tidak, kita adalah seorang pengembara. Dari bayi kita akan singgah dari musim ke musim menggendong beban sarat isi kehidupan ini. Samada untuk keperluan materi mahupun kejiwaan, bergantung kepada pemahaman kita dalam mentafsir makna alam ini.

Berjalan perlukan ilmu. Itu adalah asas yang paling penting. Umpama seorang pelukis, perlu mempunyai asas yang kukuh sebelum melangkah ke genre abstrak dan surreal. Begitu juga dalam muzik, asas kita perlu kuat walau genre kita bukan pop.

Saya busking dan menyanyi di mana-mana dengan bakat yang dipinjamkan ini dan masih setia dengan watak saya sebagai seorang pemuzik, pengkarya, penulis, busker…

Sebahagian besar mereka mengenal saya bukan melalui karya-karya saya, melainkan saya ini sebagai seorang pemuzik dan penyanyi yang akan bemain gitar tong sambil menyanyikan lagu-lagu pop dan evergreen . Dan mereka terhibur sehingga saya mendapat pujian bila menyanyikan lagu-lagu yang disukai ramai.

Walaupun begitu, saya letakkan nilai keseimbangan itu di tempat yang paling atas. Sehingga ke hari ini, seperti semalam berlangsung pelancaran buku GILA MUZIK dan album PADANG REMASTERED, tidak ramai yang indah akan persembahan muzik saya..inilah kenyataannya dan saya sudah biasa dengan pemandangan yang sedemikian.

Untuk mereka, kita ini mungkin dari alam yang lain dan spesis yang berbeza dari mereka. Kita di kalangan yang minoriti. Saya masih punya harapan yang muzik mahupun tulisan saya akan dibaca dalam medium yang lebih luas.

Tapi kenyataannya 80 peratus dari pendengar mahupun pembaca, mereka lebih suka novel cinta dan hala tuju mereka dalam muzik pun ke arah yang komersial, AF dan program realiti.

Maka saya pun menulis tentang perjalanan hidup saya sebagai seorang penyanyi folk indipenden antara yang terawal menerbitkan album folk yang tidak komersial di dalam buku travelog GILA MUZIK yang baru saja berada di pasaran.

Isinya adalah kenyataan hidup, bukan angan-angan. Buku ini untuk mereka yang berminat tentang cerita kehidupan yang realistik sifatnya.

Saya percaya saya masih berada di sini kerana saya masih telus dengan apa yang saya percaya. Dan saya percaya setiap apa yang saya hasilkan akan mampu memberi input yang walaupun sedikit, akan dapat membuat kitga berfikir tentang kehidupan yang tiada penghujungnya ini.

Hidup sebagai pengkarya yang non komersial memberi kelebihan kepada saya dari segi kepuasan jiwa. Saya melepak di kedai mamak, naik motor buruk, menyanyi di jalanan, ke hospital kerajaan kalau anak isteri sakit demam, apa sahaja yang dilalui golongan marhaen, saya melaluinya sama seperti mereka.

Saya sukakan kehidupan yang saya lalui ini.Saya tidak nampak dunia yang lebih baik dari apa yang sedang saya lalui. Kita masing-masing dengan apa yang kita percaya dan di mana kita berada.

Mungkin jika saya sudah memilik 50 album atau 50 buku, grafnya masih sama..Tapi saya menghargainya…

Progresifnya, kalau dulu hanya kawan-kawan dekat yang kenal sewaktu awal tahun 2000 sewaktu PESTA JIWA diterbitkan, hai ini dengan berbagai kemudahan seperti Facebook dan sebagainya, perkembangannya semakin baik.

Kita mungkin tidak perlukan persona bulan, bintang dan matahari untuk kita tatap melainkan untuk dirasai nikmatnya. Semua itu ada di dalam, bukan di luar. Saya percaya itu..

Hasil karya terbaru GILA MUZIK baru saja diterbitkan dan diedarkan semalam, 28 Feb 2015. TERIMAKASIH KEPADA YANG MEMBELI DAN MEMBERIKAN SOKONGAN PADA KARYA SAYA..


Page 1 of 212