Archive for 'Lirik'

Lirik-lirik Album Pesta Jiwa

Posted on April 23, 2008, under Lirik.

Masih ingatkah kita

masih ingatkah kita?
akan mimpi TRAGIS
yang melanda rumah dan impian kita
apakah kita masih di situ
masih ingatkah kita
akan kepayahan yang melanda
kita hampir putus asa
akhirnya mengertikah kita
bahawa ini semua
hanyalah ujian
agar kita menghargai
nikmat suka - nikmat duka
dan akhirnya
kembali kita kepadanya
masih ingatkah kita
akan mata sinis yang memandang
seolah kita orang asing
dan akhirnya mengertikah kita?

Lagu Orang Bodoh

semuanya nak tunjuk pandai
apa akan jadi esok hari
akan tiadalah orang bodoh
kecuali aku
jadilah orang pandai
jika itu yang kau mahu
akan kenalkah kau kenalkah aku
orang bodoh
syurga bukan hanya…
untuk orang pandai
bergantung pada tahap kerakusanmu
aku juga punya impian
walau aku orang bodoh
aku akui kau memang pandai
pandai itu pandai ini
cuma satu yang aku pasti
kehendak kita dia tahu
jadilah orang pandai
jika itu yang kau mahu
akan kau - kenalkah aku
orang bodoh

Adakah Terlalu Sukar

adakah terlalu sukar
menyatakan hasrat hati
apabila kau mengadap wajahmu sendiri
sukar sangatkah? sukar sangatkah?
sedangkan engkau pun tahu
engkau telah bangun
dari lenamu yang sangat panjang
sukar sangatkah? sukar sangatkah?
basuhlah wajahmu
dengan air mandian tujuh warna
adat dan petua dilupa jangan
kerana kita masih lagi disini
kerana kita masih lagi begini
maka…dibeginikanlah sedemikian rupa
akan lenyapkah kesengsaraan?
adakah terlalu sukar?
kau mengucapkan syukur?
atas nikmat yang telah di kurniakan
sukar sangatkah? sukar sangatkah?

Sahabat Dan Sepatu

perihal sahabat
yang cuba bermain api
yang akhirnya membakar jasad
yang ada hanya dia semata
maka hidupnya bermula disini
dari satu titik hanya satu titik
satu sudut matahati nya terbuka
jawapan yang dinanti sekian lama
untuk satu tempoh tiadalah duka
dia pun berjalan girang hati
apakah ini nikmatnya syorga
hanya dia memahami
ada pun masa terus berlalu
perjalanan yang terlalu telus
tiba-tiba langkahnya terhenti
apakah sebab kiranya
rupanya dia kembara tanpa sepatu
didalam sepatu ada cerita
maka ia pun kebelakang dan mencari
sangat jauh dia kembara rupanya
maka sepatu yang diimpi pun ketemu
anatara akal dan kalbu
kita perlukan keseimbangan
dia pun redha akan kisahnya..
perihal sahabat

Virus Orang Kita

hei Pak Abu anakmu ponteng sekolah
dia ada dimeja snooker
seluar hijau baju tengkorak
rokok dibibir tak mahu lepas
minggu lepas kau tempeleng cikgunya
kerana merotan anakmu dikhalayak ramai
sebab dia kurang ajar
di selaknya skirt pelajar perempuan sekelas
virus orang kita semua mahu jadi dewasa
gengster sini, gengster sana
hei Pak Abu anakmu ada dilokap
di tangkap polis kerana mencuri
10 tin guiness stout di restoran Ah Chong
bersama 3 rakan sekelas
hei Pak Abu anak perempuanmu dah lari rumah
ikut jantan motor yang menjadi idolanya
kerja dikilang tak mahu lagi
konon nak jadi model pakwenya boleh rekomenkan
hei Pak Abu, anak perempuanmu buat hal lagi
dia sudah mengandung hasil perkongsian dengan pakwenya
mana kau nak letak mukamu
sana sini orang berkata
anak-anak di zaman ini sukar di kawal lagi
guru sekolah dilarang merotan
kalau dibuit mak bapak melenting
hei Pak Abu

Oh Romi

oh romi mahu bunuh diri…
diminumnya dua bungkus racun tikus
di campur madu lebah dan milo..
sampai berpinar biji mata dan dia pun tumbang
tapi tuhan masih mahu dia hidup
cuam koma dua bulan di unit rawatan rapi
oh romi mengapa kau lakukan?
kerja bodoh hanya kerana seorang wanita
yang kau kenal seminggu cuma
itulah romi yang ku kenal..
yang berwatak agak futuristik
tapi mengkin sedikit kurang
hobinya mendengar lagu
melankolik yang mendayu..
iramanya boleh membuakan kita tidur
dan banyak bermimpi semimpi-mimpinya
walaupun begitu
romi seorang yang jujur dalam hidupnya
mungkin sebab itu dia masih hidup lagi
sebab tuhan masih sayang akan dia … romi..
hobinya mendengar lagu
melankolik yang mendayu-dayu
liriknya berkisar tentang
teruna dan dara yang ingin bersatu
tapi tak kesampaian…romi…
dan ku khabarkan padanya pada suatu hari
tatkala melawatnya di hospital
bekas kekasihnya ketawa macam orang gila
tatkala mendengar berita kemalangan
yang telah menimmpa romi…
bangunlah romi,hari masih siang lagi
tutup buku semalam kau bukalah buku jari ini
engkau masih punya waktu
romi….

Pluto Blues

pasti aku..datang lagi
hadiahkan padamu
resepi baruku
untuk kita sama ‘MERASAKAN’
makanan yang segar dan berkhasiat..
garam cuma…’SECUKUP RASA’ lah
apa saja yang kau rasakan perlu
rasalah … resepi baruku
hadiah dari langit
penuh teka teki
andai kau berselera
aku pun…BEGITU JUA…

Cerita Dari Dalam

walau kata-kata tak pernah ku ucap
dia ada disini antara nafi dan isbat
walau semalam aku terlanjur
dia akan tetap disini
dihujung titik ada dia
walau aku pernah karam didasarnya
tak perlu aku HIRAUKAN
apa kata mereka saat ini
apa kata mereka saat ini
kita pernah melalui payah
kita pernah dilanda murung yang hebat
kita pernah menafi antara sesama
tapi itu semua telah tertulis

Holocaust

the only love i’ve got for you
is hypocrisy and illusion
repercussion of mind
remembrance of utopia
the love that destroy mankind
who need human right
who need equality
who need democracy
i want you,your body and soul
the love the anger and the pride
fear me not my love
eternity is ours
hell hath no boundary
for is who create and destroy
holocaust in my mind
desctruction in my dream
the love that bound us together again
who need freedom who need justice
who need peace
i want you,your body and love
the lust,the anger and the pride

Kalau Perlu Aku Katakan

kalau perlu aku katakan,akan aku katakan
walau dalam diam ( disuasana yang murung ini )2x
tak perlu lagi pandangan basa basimu
berikanlah aku air suam
dari gelas layak sang pengemis 2x
aku mahu tidur lama,apabila usai semua
kebahagiaan ini memadailah
tak perlu mimpi indah syurga
catatan ini mungkin kosong
aku tahu kau pun sama
lalu apakah yang kau mahu
di saat yang tak di duga ini 2x

Lagu LaraRia

Mari menyanyikan
lagu lararia
dan muzik bergema
berdansalah sambil menangis
berdansalah sambil menangis
kau kuncilah suaramu
aku mahu bersuara
mungkin sumbang
tapi telingaku positif saat ini
telingaku positif saat ini…
aku mungkin berlakon
diwaktu yang tak diduga ini
biarkan langit bercahaya
biarkan mereka terpedaya…
mari menyanyikan lagu kurun kelima belas
marilah berlakon
dendangkan lagu lararia…
dendangkan lagu lararia…

Di Penghujung Waktu

dipenghujung waktu
akukan menunggu
panggilan mu bila-bila masa
kan muncul
aku bila-bila masa
kan pergi…
di pintu..rumahmu
aku pun menunggu
ketenangan dan kesabaran
TERUJI..
disini..
diwaktu-waktu
BEGINI..