Archive for 'Media'
muzik underground dari kacamata positif-suara keadilan bil 4-16 julai08
Posted on July 4, 2008, under Media.
Adalah diakui melalui perkembangan terkini seni muzik tanahair,muzik Indie atau muzik Underground mula dan sedang bertapak,melangkah sedikit demi sedikit memeriahkan suasana dunia industri hiburan tanahair yang sedang melalui zaman muramnya ini.Banyak Band-band Indie yang muncul memeriah dan memberi saingan pada Band-band mainstream yang sedia ada.Hujan,Meet Uncle Hussein,Estranged contohnya..mereka adalah Band yang boleh dikatakan berjaya menawan hati pendengar dengan aliran dan fahaman muzik yang dibawa.Perkembangan ini dilihat sebagai petanda evolusi muzik sedang melanda Industri muzik dinegara ini?
Muzik Underground sebenarnya telah wujud di Negara ini sejak awal tahun 80an lagi,waktu itu pengaruh muzik barat yang keras iramanya seperti Trash,Heavy Metal,Death Metal,Alternatif dan Punk berjaya menarik minat anak muda masa itu,dan ianya merebak dengan cepat.Muzik-muzik yang sebegini dilihat sebagai anti-komersial dan non-mainstream.Dari wabak itu muncullah band-band Underground tempatan.Dan kehadiran mereka diterima dengan cepat oleh peminat muzik jenis ini.Sil Khannas contohnya berjaya menembusi dunia Mainstream tanahair dengan aliran muzik yang mereka bawa.
Kalau kita cuba mengenali dan memahami budaya dan mereka sejujurnya,golongan ini juga punya peranan dan tak perlu dinafi dan sisihkan mereka dari masyarakat. Jaie(vokalis kumpulan Sil Khannas)contohnya yang penulis kenal secara peribadi,sama juga seperti kita,tak ada perbezaan pun..berfamili,berniaga,bermuzik,muslimin yang taat,sama seperti masyarakat islam dan melayu lainnya.Gambaran pihak kerajaan terhadap golongan ini adalah keterlaluan dan menghukum tanpa usul periksa.
Muzik hanya sekadar imej dan ekspresi.. Mungkin golongan ini lebih jujur dan mulia hati mereka dari orang-orang Politik yang hanya pandai berlakon,berimej mulia,menjaja kejujuran disana sini namun sebaliknya bersifat munafik dan menipu rakyat . -. Seperkara lagi lirik-lirik dalam lagu mereka bukanlah memuja Syaitan sebagaimana yang pihak Kerajaan fikir dan gambarkan. Antara Menceritakan dengan memuji syaitan adalah dua bentuk faham yang berbeza.Dalam Alquran juga ada menceritakan tentang Jin dan Syaitan.Alangkah bodohnya jika kita berfikir secetek itu tanpa usul periksa terlebih dahulu. Terutamanya suatu waktu dulu bila muzik Metal diharam dan dikacaubilaukan aliran dan bentuk fahamnya, tentulah ianya musim yang menyedihkan bagi golongan yang memperjuang muzik ini,sebab itu sumber periuk nasi mereka.Sebaiknya kalau nak menghukum,siasat dan fahami dulu dengan lebih jujur tanpa ada kepentingan politik atau itu ini.Ianya akan lebih adil pada rakyat.Mereka juga warganagera yang masing-masing punya Mykad yang sah,bukan pendatang haram pun.Bukankah Negara kita mengamalkan sistem demokrasi? Muzik hanya sekadar muzik, selagi dalaman dan nawaitu tetap pada yang satu ianya bukan menjadi satu hal pun,selagi mereka tidak melakukan sesuatu yang bersalahan dengan undang-undang Negara ini.
D.I.Y(do it your self)sinonim dengan dunia muzik Indie dan underground.Maknanya artis atau Band tidak bergantung pada syarikat rakaman untuk mengeluar,mencetak,promosi,menerbit atau apa saja berkaitan Marketing atau pemasaran.Semuanya dilakukan sendiri.Dan cara ini sebenarnya adalah yang terbaik,kerana hasil penat lelah artis/band akan dapat mereka nikmati sepenuhnya melalui jualan CD/Kaset.Maknanya semuanya milik mereka.
Sebenarnya kos untuk sekeping CD,hanyalah 50 sen,atau untuk sekeping CD siap dengan packagenya hanyalah sekitar dua ringgit Malaysia.Kalau dihantar kekilang untuk cetakan sebanyak seribu keping CD contohnya,harganya cuma sekitar dua ribu ringgit atau mungkin lebih sikit..
Sewaktu demam muzik Trash,Metal atau Punk melanda muda-mudi di awal 80an dulu,masyarakat seakan tekejut dengan budaya cedokan dari barat ini dan sukar menerima terutama golongan ibu-bapa yang risau dengan penampilan imej anak-anak mereka yang rugged dan garang,ditambah dengan pandangan sempit dan negatif pihak kerajaan.Tetapi pandangan begitu sudah tiada lagi dizaman ini.Dan golongan ibu-bapa dilihat semakin matang dalam menilai isu tersebut,kerana terbukti golongan ini bukanlah penyebab pada kadar jenayah yang berlaku dinegara ini.
Seperkara yang perlu diketahui umum,kebanyakan muda-mudi yang meminati atau pemuzik yang memainkan muzik jenis ini adalah yang berpelajaran tinggi dan berkarier dan apa yang mereka lakukan adalah sebagai hobi dan minat semata-mata.Ini kerana semangat muda itu biasanya penuh dengan emosi,rebel dan anti-mainstream,apatah jika dilihat perkembangan muzik dinegara ini terutama muzik rock dilihat tidaklah se’rock manapun.Melalui senikata lagu yang meleleh dan lembik,apalah yang boleh kita banggakan dengan kumpulan muzik Rock yang kita ada.Berbeza dengan yang ada di Indonesia.Kumpulan Rock God Bless contohnya,walaupun muzik mereka berentak Rock/Progresif dan keras iramanya,senikata lagu-lagu mereka jika kita teliti penuh dengan maksud kemanusiaan dan kehidupan seperti lagu Balada sejuta wajah,rumah kita,menjilat matahari,anak adam dan banyak lagi dan disini kita boleh lihat keseimbangan antara irama dan senikata lagu yang ditulis oleh mereka dan menampakkan kebijaksanaan mereka dalam menterjemahkan makna kehidupan melalui muzik.
Kita memerlukan industri yang sihat dan berkembang,positif dan kebanyakan Band-band Indie dilihat mampu berperanan dan memberikan saingan kepada dunia muzik mainstream yang semakin tak bermaya hari ini.Melalui senikata lagu dan muzik mereka yang jujur,kehadiran mereka juga mampu memberi impak yang positif kepada pendengar dan masyarakat hari ini seadanya.Lagu yang bagus adalah lagu yang boleh membentuk pemikiran kita kedepan,bukan kebelakang.
Penulis secara peribadi percaya dunia muzik Indie akan terus berkembang dan diterima oleh masyarakat hari ini.Ini kerana antara muzik dan politik itu sama saja permainannya,sama saja takdirnya..dan persamaan yang nyata antara muzik mahupun politik asasnya adalah kejujuran.Memang jujur itu subjektif,jujur yang dimata itu sekadar panorama yang mungkin menggelapkan pandangan,manakala jujur yang dihati itu lebih disukai Tuhan semesta alam.Wallahualam.
Dalam apa juga yang kita lakukan,jujurlah pada diri sendiri.Mungkin ianya tidak disenangi sekeliling,kerana nyatanya juga,bukan semua orang suka pada subjek ‘BENAR’.
Muzik melayu tiada harga ditanahair sendiri(mingguan wasilah bil25-31 mei08)
Apabila kita memperkatakan tentang Seni Muzik di Negara kita,kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa dunia Industri Muzik kita semakin tenat dan lesu.Album-album semakin tidak laku dipasaran..Kalau diawal tahun 80an dan 90an album boleh dijual mencecah 600 ribu unit,sekarang situasi yang begitu tidak ada lagi..yang paling banyak pun mungkin dalam lingkungan 10 ribu unit,itupun dah kira bagus,dan mungkin dalam masa beberapa tahun lagi,tidak ada syarikat rakaman yang berani melaburkan wang untuk mengambil Artis rakaman,yang kalau adapun hanyalah album-album kompilasi para Artis,yang nyatanya menguntungkan Syarikat rakaman,bukan Artis itu sendiri.
Bagi saya,muzik melayu ni memang ketinggalan dan boleh dikatakan lapuk,tidak berkembang dari segi kreativiti.Orang kita tidak pandai menilai muzik,sebab mereka tidak didedahkan dengan konsep keterbukaan dalam menilai sejak awal tahun 70an lagi.Berbeza dengan era muzik dan lagu diawal tahun 50an dan 60an,terutamanya di era Allahyarham Tan Sri P.ramlee.
Mawi contohnya,Artis yang lahir dari program realiti,Akademi Fantasia.Kenapa orang melayu memilih dia sebagai IKON,sedangkan dari ciri-ciri kreativiti dan syarat-syaratnya masih belum mencukupi,kualiti nyanyian masih boleh dipertikaikan.Atau mungkin orang kita mudah terpengaruh imej Islamik yang dibawanya?
Orang kita sebenarnya tidak tahu apa itu muzik,kalau tahu pun hanyalah diperingkat asas,orang kita Cuma tahu apa itu hiburan dan apa itu Glamour.Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan Artis kita,itu sebab pilihan lagu-lagu untuk program AF(Akademi Fantasia)pun kebanyakannya diambil dari lagu-lagu popular Indonesia,dan kenyataannya muzik Indon lebih dekat dihati orang kita dari muzik kita sendiri.Kenapa fenomena ini berlaku disini disaat kita perlu mengutamakan muzik kita sendiri?
Muzik Indonesia semakin kedepan dan muzik kita masih ditakuk lama.Artis kita terlalu bergantung pada Komposer popular seperti Ajai,M.Nasir atau Hazami dan mungkin banyak lagi.Bahkan kumpulan muzik kita pun bergantung dengan lagu-lagu komposer popular ini untuk menaikkan nama mereka dalam industri,dan ini bukanlah satu inisiatif yang baik,sebab ianya akan menyebabkan penghasilan muzik yang kedengarannya sama atau stereotype,kita ambil contoh lagu Cindai misalnya,dari Komposer terkenal Pak Ngah,yang dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza,pada saya lagu ini memang berkualiti,tapi lagu-lagu lain dari komposer yang sama muziknya kedengaran sama dan tidak ada pembaharuan.Mungkin sebab pemilihan para Sessionist dan susunan muziknya sama.
Berbeza kalau kita dengar lagu-lagu dari kumpulan muzik Indon,Dewa contohnya.Mereka berkarya penuh dengan nilai kreativiti dan kebayakan lagu-lagu dan lirik semuanya hasil karya mereka sendiri.Dan kebanyakan kumpulan muzik Indon ini berkarya dan membuat lagu dan lirik sendiri tanpa bergantung sentuhan Komposer Popular.Dan mereka mendapat tempat dihati masyarakat tentunya.
Bagi saya Artis yang bagus atau Kumpulan muzik yang bagus adalah mereka yang berkarya melalui lagu yang dicipta sendiri..seperti mana yang dilakukan oleh Band-band Indie kita,itu sebab mereka semakin maju dan kedepan dalam industri ini,contohnya kumpulan Hujan dan Meet Uncle Hussein..dan ini bagi saya satu perkembangan yang baik.Setiap Artis berkumpulan atau solo tidak perlu mengikut telunjuk dan garis panduan yang ditetapkan oleh Syarikat Rakaman sangat,sebab itu salah satu sebab yang melingkupkan daya kreativiti Artis itu sendiri.
Saya mengikuti juga perkembangan muzik ditanahair,melalui kaca TV,Program AF,misalnya,dan saya melihat para pelajar yang bercita-cita menjadi penyanyi ni,masih menyanyi dengan nada yang sumbang dan terlalu banyak yang perlu diperbetulkan,yang waktu itu sudahpun musim ke tujuh program itu berlangsung..Dah tujuh minggu tapi kualiti nyanyian masih teruk.Siapa yang perlu disalahkan bila fenomena ini berlaku dalam industri kita?.Dan fakta ini juga diakui oleh Komposer veteran terkenal Datuk Ahmad Nawab,yang nyata kesal dengan kesan program-program realiti yang kenyataannya melahirkan kuantiti,bukan kualiti.
Apa yang kita boleh buat sebenarnya untuk menafikan hak rakyat dalam memilih apa yang disuka?Tidak ada sebenarnya,melainkan dimansuhkan sistem SMS,penilaian hanya dari juri Professional.Dan jika itu dilakukan ianya tidak akan menguntungkan pihak Stesen TV yang menyiarkan program-program tersebut.Dan inilah kenyataan dalam dunia muzik kita hari ini,fenomena yang mengeliru bahkan mungkin bakal merugikan kita sendiri.END
Busker bukan pengemis(majalah Konsep jun 2008)
Busker(Pemuzik jalanan) bukan Pengemis atau Pemuzik Buta yang bermain muzik dijalanan.Golongan Busker bukannya orang yang punya kekurangan dari segi fizikal atau OKU.Mereka sihat dan mereka hanya memperdagangkan bakat seni yang dimiliki untuk menghiburkan masyarakat.Jadi amatlah tidak sesuai golongan Busker ini dikategorikan sebagai Pemuzik Buta sebagaimana yang terdapat dalam kategori pengemis yang ada dalam senarai Kebajikan Masyarakat.
Melalui pengalaman saya sebagai Busker suatu masa dulu,saya pernah cuba diangkut dengan Van kebajikan Masyarakat oleh Pegawai pertubuhan itu untuk dibawa ke Pusat Kebajikan Masyarakat di Mersing,semasa saya sedang Busking di Subway(laluan pejalan kaki bawah tanah KLCC).Mereka sedang mengadakan operasi waktu itu memberkas golongan pengemis yang turut sama meminta sedekah dilaluan pejalan kaki tersebut.Setelah diberi penerangan barulah saya dilepaskan.Masa tu saya Busking sambil menjual album-album saya.Dari situ pada pandangan saya pegawai kebajikan tersebut mempunyai nilai pandang yang sangat sempit dan negatif yang melulu pada golongan ini.
Kalau di luar negeri golongan Busker ini diberikan permit,dan kerjaya ini diiktiraf sebenarnya kerana secara tak langsung ia boleh menambahkan punca pendapatan negara,sebab banyak pelancong yang turut terhibur dengan persembahan golongan Busker ni,dan kerjaya ini adalah budaya yang sihat sebenarnya,bukannya mereka merompak,mencuri atau melakukan kegiatan jenayah atau yang tak bermoral.Mereka hanya bernyanyi dijalanan,kalau suka boleh enjoy,kalau tak suka tak perlu tengok.Kalau ada hinaan itu hanyalah pandangan masyarakat yang pelbagai bentuk dan sikapnya.Bukannya kena bayar pun untuk menyaksikan persembahan golongan ini.
Bagi saya ,atau mungkin mewakili golongan Busker yang lain juga,pihak NGO juga pihak kerajaan perlu melihat secara positif isu golongan Busker ni, berilah mereka sokongan ,terutamanya permit.Mereka perlukan ruang untuk bermuzik seperti dilaluan pejalan kaki terowong LRT.Kenakan syarat seperti untuk mendapat permit perlu melalui ujian air kencing,berpakaian kemas dan sebagainya yang munasabah.Jika pihak Kerajaan memberikan sokongan,saya percaya masyarakat akan lebih mudah menerima kehadiran golongan Busker ni.Dan secara tidak langsung juga isu pengangguran boleh dikurangkan.
Kalau untuk Busking di Restoran-restoran milik persendirian,tidak ada masaalah,sebab biasanya kita akan meminta kebenaran pada tuan punya restoran untuk Busking ditempat mereka.Yang penting, untuk kita Busking di tempat-tempat awam seperti di terowong LRT,di Pasar Seni dan tempat-tempat awam lain yang dilihat strategik.
Kita sedia maklum bahawa kita ni tinggal dinegara membangun,bukan negara maju,namun hakikatnya daya intelektiviti masyarakat dalam menilai dilihat makin kedepan,sedang idea dan pandangan dari pihak kerajaan masih ditakuk lama.Salah satu lirik lagu Penyanyi Folk terkenal Indonesia Iwan Fals berbunyi begini.. ’wakil rakyat,seharusnya merakyat,jangan tidur waktu sidang soal rakyat’.Jadi pada pandangan saya,tolonglah berkhidmat dan praktikalkan kata sokongan terutamanya untuk golongan-golongan Marhaen yang pendapatan hidup mereka amat kecil dan tidaklah mewah seperti Wakil Rakyat atau pegawai Kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat.
Permit sangat penting.Kalau diPasar Seni boleh dikatakan setiap hari Pihak Polis mengadakan OPERASI,dan golongan Busker ni tidak berkecuali sebenarnya,dah lah diangkut secara kasar,dicekup,dirantai dan digari tangan tanpa usul periksa,dibawa pula beramai-ramai ke Penjara Pudu..sebab apa mereka diperlakukan begitu?Mudah saja jawapannya..sebab, gologan Busker ini semudahnya dianggap Penagih dadah dan Sampah masyarakat oleh pihak Kerajaan dan pihak Polis.END