Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Orang-orang hebat…

7 comments

Semalam gua menonton video Michael Jackson..dengan anak-anak gua di rumah…Bayangkan, setiap saat pergerakan yang dia lakukan..Penonton akan menjerit, menjerit dan menjerit…Itulah Michael..Satu dunia kenal dia..

Dia bukan manusia biasa, dia luar biasa..Mega star..seperti kata M.Nasir suatu waktu dulu, bila aku bersembang-sembang dengan dia..aku setuju..

Kalau kamu menonton video live dia..kamu tak akan bosan..memang menghiburkan, dia memang dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi seorang penghibur..dia seperti lilin yang menerangi hidup kita..

Adakah dia bahagia? Aku tidak rasa dia bahagia dengan kehidupannya..tapi itulah harga yang perlu dibayar untuk menjadi seorang bintang..umur 10 tahun sudah bergelar jutawan..

Dia tidak boleh ke sana-sini, dia terpaksa mencipta dunia dan fantasinya..Dia mahu hidup 150 tahun..tapi umur 50 tahun dia mati..

Kehidupannya dieksploitasi semaksimumnya kerana dia adalah ringgit..Kalau seluar dalamnya dicampak ke penonton, mereka akan menciumnya walau sebusuk dan setengit mana pun baunya….

Kamu pergi ke ceruk manapun dalam dunia ini..hatta ke perkampungan orang asli sekalipun..mereka akan kenal susuk yang bernama Michael Jackson..

Setiap kali gua menonton videonya..gua akan menggeleng-geleng kepala..sangat hebat..Anak-anak gua akan melompat-lompat..

Levelnya sampaikan kalau dia berdiri tegak tanpa bercakap sepatahpun..itupun peminatnya sudah menjerit-jerit histeria..

itulah Michael Jackson…Aku tak rasa akan ada pengganti..

Ya, di dunia ini dia memang hebat..sebab dia dilahirkan untuk menjadi orang hebat..

Aku bukan peminat Michael Jackson..haha..tapi aku dan kebanyakan orang akan bersetuju yang dia memang orang hebat…

Tuhan? itu tidak boleh dibandingkan dengan apa atau siapapun..kalau dibandingkan maknanya dia bertempat..Kita bercakap atas dasar kita sesama kita..manusia..sehebat manapun..kita hanyalah manusia..itu sahaja..

*Selamat menyambut hari merdeka..


SELAGI BOLEH…

5 comments

img_7871Selagi boleh….jalan terus,sebab sampai bila ianya akan terhenti,kita pun tak tau..Selagi boleh berkuasa,henjut cukup-cukup..sebab kita tak tau sampai bila kita boleh henjut..kot esok dah nyanyuk dan melalut..payah juga..Nyanyuk dan melalut tu sebab game yang dibawak heavy,sarat dengan muatan berbentuk harta-benda kalau boleh seantero dunia bak watak Kasim Baba dalam cerita Ali Baba Bujang Lapuk.Kalau kita hidup seadanya kita yang masih punya nilai insan dan ehsan..rasanya tak ada masaalah,sebab kita tahu Tuhanlah diatas segalanya.Masaalahnya kalau kita rasa dunia ini milik kita..payah tu yob!!ha ha ha…

Aku tergelak menengok situasi hidup hari ini,makin tidak ada harga..Emak aku yang umurnya dah 84 tahun,terpaksa berkongsi segala permasaalahan hidup dan politik khususnya..Kesian dia,sepatutnya dia dah tak ambil pusing pasal cerita-cerita yang macam ni..Orang dulu-dulu memang gitu.Sebab itu yang ditanam dan dididik malah dianuti dari generasi ke generasi,sampailah segalanya tersangkut dek perkembangan IT yang canggih manggih hari ini.Rakyat makin bijak menilai.Akupun rasa orang-orang tua kita masih berpandangan seperti mak aku..Apa yang dia faham dan anut , itulah segala-segalanya.Cakaplah apapun…he he..Yang ditengoknya TV 1 atau TV 3..info semua masuk dari situ..Orang dulu mana tau internet.
Dulu kat kampong aku ingat lagi arwah bapak masa kenduri jiran,adalah Sorang datuk tu datang meraikan majlis perkahwinan jiran dikampung..Datuk Malik kot..la ni dah jalan ke atau hidup lagi tak tau le..Kat Bruas dulu..lama dulu..Aku tengok arwah bapak aku ni bila nampak Datuk Malik ni terus peluk,erat-erat..punya la hormat..rasa bangga sangat dapat bersalam dan peluk Datuk tu.Yang Datuk tu dekat election dia tunjukla muka..dia pun tak heranlah kat bapakk aku atau orang-orang kampung yang kebanyakannya hidup sederhana ni pun sebenarnya.Dan dari situ kita boleh lihat  betapa orang kampung waktu dulu begitu mudah dibeli oleh wakil-wakil rakyat yang naaitunya hanya Tuhanlah yang tau.Hanya tunjuk muka kamu lima tahun sekali..Berlakon 2-3 minit macam malaikat..Settle!!Puihhh!!Aku malas nak ceritalah..semua orang pun dah tahu..menyampah..Ni kat Perak ni,tak tau mana pangkal dan mana hujungnya..apa kesudahannya..pergi mampuslah!!

Baik bersembang pasal muzik..ha ha ha…Aku perform di Homegrown itu hari,Sabtu 23hb mei..Dengan Black..yang katanya tiap-tiap hari akan practice 2-3 jam sehari untuk memantapkan skil dan permainan?ha ha ha..bagus!!Programnya di Wisma Bentley..Wow!!Bentley Music..Dulu tahun 1995 aku sempat kerja dikompani tu..selama setahun..Bentley ni sole distributor untuk product-product yang dah ada nama seperti Fender,Marshal,Taylor,Roland..Ktama..Dulu aku pernah tengok harga kos untuk gitar Fender made in Mexico..Cuma US 167..tanya la Bos berapa harga yang nak dijual..Katanya ‘you put the price rm 945.00 ..bila sampai ke showroom,si Jaclyn masa tu Salaes Manager..u letak harga dia rm 1050.00 lah..ha haa ha….so bila customer beli nak discount kita kasilah 10%..after 10% rm 945.00..Dan dari situ aku faham kenapa Bentley ni sangat kaya..sampai boleh beli bangunan..Wisma Bentley..ha ha ha..bayangkan untuk satu product,diorang akan untung bersih beratus-ratus percent..wow!!yang kaya makin kaya beb,yang miskin makin papa..Apasal tak beli gitar Yamaha ke?atau jenama lain..soundnya lebih kurang je sebenarnya..kecuali kalau kamu beli yang original Fender made in USA..tu pun yang sampai kat Malaysia ni grade C je..tak percaya?hahaha..trust me my fren’s….

Apapun tak kisahlah..mainlah muzik selagi boleh..nanti kita pun tak tau sampai bila kita akan main muzik…tup tup sampai masa tiba-tiba buang gitar,hari-hari duk kat masjid pulak…itu perjalanan waktu tu..apa pun boleh jadi..berjalanlah selagi mau dan selagi boleh…nanti dah tak ada tenaga,dah tak dapat nak berjalan lagi..hehe..

Apa yang ada pada kita ni tak ada apa yang nak dibangga sangat pun sebenarnya..Sebab semuanya sementara..Lebih baik kita belajar untuk subjek penyerahan mahupun kehilangan..at least kita telah bersedia awal..Kalau tak payah Yob..!!hahaha..


Dari bapa untuk bapa..selamat hari bapak..

1 comment

Marah dan benci itu sebahagian dari cerita kita yang namanya manusia..Berikut adalah contoh marah seorang anak pada bapanya yang sudah meninggal dunia berpuluh tahun yang lalu..

Mat: Bapak aku ni tak adil dalam pembahagian harta pusaka..anak ada ramai..6 orang.. ada yang kaya,ada yang miskin..anak yang sudah sedia kaya diberinya lagi tanah..Aku dan kakak aku yang sorang lagi tu yang miskin tak dapat apa pun..Dua kakak aku tu,yang la ni dah kaya-raya..dapat lagi tanah,aku ni yang dah sedia miskin,habuk pun tak ada..bla bla bla..’

Gua: Kamu marah ke Mat?Jangan diungkit kisah orang yang sudah mati..Lagipun dia bapak kamu..Ugama pun tak suka..

Mat:Ya,memang aku marah dan tak puas hati,itu hak aku sebagai anak..Aku kena luahkan,kalau aku simpan aku boleh jadi berong..Dan itu yang akan aku tanya Tuhan bila aku mengadap dia nanti,kenapa bapak buat aku macam ni?Padahal dia seorang yang warak dan dihormati orang kampung..why,why and why….’

Gua: Gini Mat,kamu marah je Tuhan..itu lebih adil..nanti dia akan bagitau kamu jawapan..’

Gua: Selamat hari bapa Mat….’

He he…


Tanpa Tajuk-1

4 comments

Kalau lu sudah tahu itu cerita atau rasa,jalan terus beb..Jangan dok melangot kat situ.Jangan terperangkap dengan angan-angan atau cerita-cerita semalam,atau cuba menggendong rembulan dibahu kesana-sini.Itu hanya permulaan sebuah perjalanan yang panjang untuk kita lebih mengenal diri yang fana sebelum bertemu Tuhan yang baqa..hehe..Lu kena banyak baca cerita-cerita mengarut yang tak karut Osho atau Krishnamurthi untuk menuetralkan elemen angan-angan untuk proses keseimbangan.ha ha ha…

Apalah yang nak dikisahkan tentang cerita yang semalam,sebab namanya pun semalam..Semalam yang indah itu menyeronokkan bila dikenang,dan semalam yang mengecewakan sangat perit untuk dikenang..Itu pada otak kita,kalau berpegang pada yang baqa..semuanya tak ada benda pun.Bukankah untung nasib,ajal maut kamu telah ditentukan sejak di Loh Mahfuz lagi?Jadinya apa yang nak dikisahkan?Tak Percaya?
Lu kena percaya beb..Tak percaya tanya pada dia..kat mana?Tu Quran yang selalu kita baca tu..Quran yang mana satu?Ha Ha Ha…Tuuuu!!!!O.k….Qada dan Qadar itu termaktub dalam rukun iman,yakni wajib kita percaya..
Kita sedang meraikan suasananya..Walau dalam keadaaan pening-pening lalat gitu..Ha Ha Ha..

Gua sebenarnya pening juga mengenangkan dana untuk bikin album baru yang masih sedikit..Menyusahkan kawan-kawan dekat itu adalah sikit-sikit,selagi ianya tak membebankan..gua rasa oklah..Cuma untuk mengharap pada yang tak kita kenal..berat juga,mungkin ada yang beranggapan gua cuba memanupilasi apa yang boleh dimanupilasi..Ha Ha Ha..Itu macam ka?No lah,gua gini je..memang dah macam gini..Spesis yang macam gua ni..agak malang sebab tak pandai menilai,memandang dan memuja harta..Apa boleh buat beb…Gua renung balik cerita-cerita semalam gua ..Dari gua keluar rumah kat kampung 1984 dulu,duduk di Kota Lumpur ni,bergaul dengan lumpur,belajar hidup sendiri,sebatang kara,belajar ilmu dunia akhirat,berkahwin dan beranak pinak,selesa seselesanya seperti manusia yang punya akal dan kehendak,mempraktikalkan makna hidup dijalanan,menanggung anak bini dengan bermain musik dijalanan,kembali bekerja demi kemahuan orang tua dan famili..dan sampai saat gua sedang menulis ni…Gua pun tak tau apa akan jadi esok hari..But gua jalan je beb..Selagi ada gerak,gua tetap jalan walau dalam senyap dan sunyi..Ha Ha Ha..Hidup ini perjalanan,bukan destinasi..Ni bulan jun atau julai ni gua dah nak pindah KL balik,orang rumah dah nak duduk sana balik,gua tinggal Ipoh..Sejak berkahwin dan beranak pinak ni dah 5 kali pindah randah yob!!Ha ha ha..

Gua anggap album baru ni ..hablumminannas gua antara sesama kita…Sebab kalau ikut kepala gua,gua boleh bikin cara rabak macam biasa gua bikin beb..Ha ha ha..Setakat ni dah ada 6 album sejak 2001..Dari segi achievement,Alhamdulillah juga innalillah..Gua rasa perjalanan hidup ni walau rabak,asal kita telus..Tuhan suka..Kita sedang meniti dijalannya..sebagaimana termaktub dalam surah Al-fatihah,maka berjalanlah diatas ketentuannya..

Apapun,memang gua selalu dijumpakan dengan kawan-kawan yang sama-sama kalau dikatakan senget,itulah kita dan jika dikatakan tegak,kitalah juga…Dan kita sedang merealisasikan elemen-elemen atau subjek yang real,yang tak hensem..untuk diterjemahkan dalam kehidupan,untuk kita sama-sama raikan sebagaimana kata Si Kulup Sakah..Raikan Hidup..hehe….


Page 1 of 1112345...10...Last »