Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

sembang lagi yob!!

2 comments

Ha Ha Ha…pagi ni gua gelak sakan bila baca blog si Abdullahjones…ha ha ha..Ada ke dia kata gua Mawii versi Indi?ha ha ha…Biasa gua baca blog Tukar Tiub,gua dah gelak..untuk hiburan waktu pagi,exercise mulut..Tapi idea jones sudah kasi gua gelak..Macamana kamu boleh fikir sampai kesitu Jones?ha ha ha….Gua tak layak sebenarnya untuk jadi Mawi versi Indi..banyak golongan anak muda yang lebih menonjol yang lebih layak..Gua punya perjalanan hidup ni akan semakin menguncup dan menguncup..dan semakin tidak ada keghairahan untuk menikmati nikmat untuk disukai mahupun tidak..Yang ada cuma kawan-kawan yang bagii semangat ..Bersama kawan-kawan akan bagi gua relaks dan merasai dihargai dan tidak lah rasa terasing dalam dunia yang penuh dengan elemen-elemen plastik hari ini..Gua pun tak tau apa cerita hari esok..Cuma gua tahu gua adalah sebahagian watak yang memenuh dan melengkapkan intisari rancangan yang telah disediakan untuk perjalanan cerita-cerita dunia..

Kelmarin gua berjumpa seorang kawan ,Ku Seman yang gua baru tahu isterinya telah meninggal dunia bulan oktober tahun lepas..cuma gua lewat dapat tahu..Takziah,dan  arwah menderita sakit selama 13 tahun,dan selama itu Ku Seman menjalankan tanggungjawab dia sebagai suami dengan penuh tanggungjawab dan setia..Sebab arwah lumpuh sebelah badan…Dan gua tahu beliau sangat sangat berasa kehilangan..Sedih atau suka adalah sebahagian dari subjek yang perlu kita terima..Dah namanya hidup ini ada sukaduka..ada suka dan adalah duka..itu pasangannya….Kita hanyalah pejalan diatas titi yang namanya takdir.._dom5751stjphoto oleh dome(www.tokeikedai.net.my)


apabila kamu datang,aku tunggu disini..

7 comments

Gua baru balik dari KL..Kota segala kemungkinan,pusat pertemuan untuk bermusik,melepak-lepak dan Bermusik dijalanan..lama jugak kesana,4 hari..gua bawak anak bini sekali,sebab bini gua dia nak ziarah bapak dia yang sedang uzur dan tenat..Pak mertua gua ni sangat kuat merokok,gua kuat juga,tapi dia sangat kuat merokok gudang garam,3 kotak sehari..ya lah,kita percaya pada ketentuan..tapi sebab kita ada akal fikir sebagaimana manusia yang maujud..kita kena percaya pada sebab musabab,qada dan qadar juga..Apa pun..cepat atau lambat,kita pun akan kesana juga…gua selalu cakap pada diri,apabila kamu datang,aku  tunggu disini..seadanya kita..

Satu yang gua nak cerita pasal pak mertua gua ni,dia gua pun tak tau,apa yang dia tengok pada gua,dulu gua masa berkawan dengan anak dia..gua pun main musik di Pub,rambut panjang juga,lepas tu tak de kerja..tapi dia respek  gua..lu bayangkan,gua kawin dah 11 tahun..gua dengan pak mertua gua ni sangat jarang bercakap..tapi dia treat gua sangat baik melebihi anak-anak dia lainnya..dia ada cakap dengan brader gua,Mishar..sebab dia kenal Mishar..dia bilang,dia suka gua..sebab gua cool…..hahahahaha……dia tak cakap cool lah,dia cakap..pak cik tengok gerak meor ni diam..So gitulah..kalau gua datang melawat masa dia sihat,gua selalu belikan dia rokok gudang garam..hahaha…so bini gua bising,gua cakap..dah itu yang buat dia bahagia..tenang..apa salahnya..hehe..lagi satu tabiat pak mertua gua ni,dia selalu ke Chow Kit,beli kat gua baju-baju dan seluar bundle..adoi,masaalahnya kebanyakannya bukan saiz gua…haha..lagi satu,dia suka sangat nak ajar gua ilmu ugama,penuh dengan bunga-bunga mistik..ada keris kecil la..macam-macam..hehe.gua tak de lah tolak depan dia,cuma gua kasi balik cara baik melalui bini gua..

Yang satu babak yang tak boleh gua lupa,masa gua jadi fulltime busker dulu ..suatu hari gua sedang busking di Pasar Seni,so masa tu juga gua busking sorang..masa nak potter tu,gua sudah bertembung dengan pak mertua gua…hahahhaha…..tapi dia cool,macam tak nampak gua,gua pun macam tak nampak dia……cuma dia ada cakap sama bini gua,ada nampak si Meor nyanyi di Pasar Seni..hehe..

Tapi itulah,kalau dia pergi,gua akan sedih..semua orang akan pergi..cuma cara dan bagaimana   nya kita akan kesana,yang itu kita kata wallahualam…tapi,belajarlah mencintanya melalui hidup yang sedang kita lalui  ini….seadanya kita..apa lagi yang boleh kita buat?hehe..

Ahad semalam,gua dijemput untuk perform di program Pekan Sehari di Shah Alam,banyak kawan-kawan datang juga walau taklah ramai sangat..minoriti yang majoriti gitu…slowly but surely..Sham Alam yang sunyi…kita riuhkan dengan suasana musik yang multi racial konsep dan budayanya..budaya anak-anak muda hari initu yang sedang kita terjemahkan sekarang..


GILA MUSIK-PART 21..LIRIK LAGU PAK ABU

6 comments

Disini aku sertakan lirik lagu Pak Abu,yang aku bikin pada tahun1997 …dirakam distudio pada tahun 2000,dan dirakam semula dalam album Aku&Bulan..2004

HEI PAK ABU…(ALBUM AKU&BULAN 2004)
C
HEI PAK ABU ANAKMU PONTENG SEKOLAH
E                                      Am
DIA ADA DIMEJA SNOOKER
Fmaj7
SELUAR HIJAU BAJU TENGKORAK
G                                                            C
ROKOK DIBIBIR TAK MAHU LEPAS
C
MINGGU LEPAS KAU TEMPELENG CIKGUNYA
                           E                               Am
KERANA MEROTAN ANAKMU,DIKHALAYAK RAMAI
Fmaj7
SEBAB DIA KURANG AJAR
G                                                                                      C
DISELAKNYA SKIRT PELAJAR PEREMPUAN SEKELAS
E                                                       Am
VIRUS ORANG KITA SEMUA MAHU JADI DEWASA
D                                            G
GANGSTER SANA,GANGSTER SINI
C                                                          
HEI PAK ABU ANAKMU ADA DILOKAP
E                                                          Am
DITANGKAP POLIS KERANA MENCURI
Fmaj7
SEPULUH TIN GUINESS STOUT,DIRESTORAN AH CHONG
G                                                 C
BERSAMA TIGA RAKAN SEKELAS
C                                  
HEI PAK ABU ANAK PEREMPUANMU DAH LARI RUMAH
E                                                                           Am
IKUT JANTAN MOTOR YANG MENJADI IDOLANYA
Fmaj7
KERJA DIKILANG TAK MAHU LAGI
G                                                                                                C
KONON NAK JADI MODEL PAKWENYA BOLEH REKOMENKAN
E                                                          Am
VIRUS ORANG KITA SEMUA MAHU JADI DEWASA
D                                         G
GANGSTER SANA,GANGSTER SINI
C                                           
HEI PAK ABU ANAK PEREMPUANMU BUAT HAL LAGI
E                                                                                                     Am
DIA TELAH MENGANDUNG HASIL PERKONGSIAN DENGAN PAKWE NYA
Fmaj7                                                         G                                       C
MANA KAU NAK LETAK MUKAMU,SANA SINI ORANG BERKATA
E                                                                            Am
ANAK-ANAK DIZAMAN INI SUKAR DIKAWAL LAGI
E                                             Am
GURU SEKOLAH DILARANG MEROTAN
D                                        G                                           C
KALAU DICUIT,MAK BAPAK MELENTING..HEI PAK ABU…………


GILA MUSIK 14

8 comments

Aku pun sambunglah sessi recording yang tertangguh yang biasaanya dijalankan disebelah malam..sampailah kepagi..Hanya untuk satu lagu lagi..lagu tu lagu Nasir kot..aku dah tak ingat..hehe..Bila dah balik sampai lewat pagi,aku pun selalulah ambil MC..Supervisor dan Assistant Manager tempat aku kerja pun ada nasihat aku juga,.Mulanya Supervisor,dia mintak aku fokus pada kerja,musik ni masa ada future..Sebab diorang ni respek abang aku,so dah jadi tanggungjawab diorang juga untuk masa depan aku..
Jadi selepas sebulan kerja aku talipon mak aku,cakap sama dia,aku mau kawin lagi dua hari..sebab aku cakap dengan mertua aku,kalau nak buat kenduri besar kena tunggu lah..Aku bukan nak jadi Raja sehari..buat apa jadi raja hanya untuk satu hari..?hahahha.Kalau Raja betul ok lah..Ini Rajakapor nak buat apa..Pak mertua aku setuju,Cuma dia nak jumpa brader aku yang tua,Mishar,bekas Boss majalah Gila-Gila dan Batu Api..Aku yang dah sepuluh tahun tak talipon atau bersua muka dengan abang aku ni pun gagahkan juga la menalipon Mishar..dan dia cakap kat aku,kamu nak kawin baru nak talipon aku..hahaha…so aku cakap,nak buat macamana,bapak dah tak ada.. dia kena jadi wali lah..
Belanja nikah aku rm 300 je,aku beli cincin belah rotan..kasi sama bini aku..Aku pun naik bas mini je dari rumah aku Taman Ehsan ke rumah mertua aku..Kitorang nikah kat masjid..Actually saksi nikah aku si Foad dan Kasya..Foad ni rambut dia masa tu panjang melepasi bahu,biasalah..pelukis…haha..dia pakai T-shirt putih dan seluar jeans dia je..hehe…Tapi masa hari nikah tu abang-abang aku ada datang la..so,semua pun settle..
Aku pun masa hari nikah pakai baju melayu yang tiga tahun lepas punya..siap ada minyak motor yang tak boleh hilang ..hahaha…rabak betul..
Tapi itulah..la ni gedebak-gedebuk dah ada empat orang anak dah..bahagia juga..hehe..masa tu aku pakai motor buruk je,lesen pun tak ada setahun..brek pun tak ada..aku main lanyak je,kitorang lepas kawin tinggal di Balakong..Aku naik motor pergi kerja,tak ada lesen selama setahun,sampailah aku kena saman…baru ambik lesen..

Hidup ini bukanlah seperti cerita dalam komik..Dan hidup ni pun bukanlah semudah yang kita gambarkan sebenarnya…hehe..
Masa selepas kawin,aktiviti musik aku beku sekejap..Selepas empat bulan aku kerja,Assistant Manager tempat aku kerja(Ericsson)jumpa aku,dia cakap..saya ni dah ada surat confirm awak..nak bagi salah,tak bagi pun salah….sebabnya saya hormat dan kawan baik abang awak..alamak…leceh betul aku rasa masa tu..Aku mintak dia simpan dulu surat confirm tu..
Rasa bersalah buat aku rasa nak resign…Jadi esoknya tanpa notis aku berenti kerja…
Bila dah tak ada kerja,aku cuba call member aku Phillip yang masa tu jadi tenaga pengajar di Bentley Music,sebuah syarikat penjual barang-barang musik yang popular di Malaysia ni..Jadi kebetulan ada kerja kosong disitu..Aku pun selepas ditemuduga,mulalah join Bentley Music sebagai Sales Executive…Masa tu aku banyak bikin lagu..dah ada hamper 200 lagu,ye lah..masa tu kepala tengah berserabut sana sini..Aku join Bentley pertengahan 2005,gitulah…Aku ingat dalam masa aku kerja di Bentley,kitorang ada jemput Paul Gilbert gitaris MR BIG,bikin gitar workshop di Bentley .Boss aku msa tu Mr Ken Phua..member baik arwah M.Sharif,pemusik 60an yang termashor di Malaysia ni..hehe..Paul Gilbert ni sebelum dia join Mr Big,dia ada satu band metal..RACER X..yang dikalangan mat-mat Rock dan gitaris yang tau..memang dasyat gila lah..Masa dia datang tu,punyalah ramai mat-mat gitaris yang datang…sampai melimpah keluar kedai..Gilbert dia ni Endorsee gitar jenama IBANEZ masa tu..Bentley pulak Sole Distributor untuk produk tu..Aku ingat lagi masa sessi soal jawab dengan crowd,ada mamat Rock mana entah Tanya..How to improve our scales?..So Gilbert ni cakap…you just listen to THE BEATLES..haha..dia pun masa perform bikin lagu ‘fly me to the moon’ dan Hey Joe lagu Jimi Hndrix jer..tak ada nak speed pun,but the way dia control volume dan sound sangat hebat…Tapi bila crowd mintak dia tunjuk solo masa dengan Racer X,dia pun speed la..ternganga la mat-mat gitaris semua,termasuk la aku..hehe..diorang ni praktis sejak dari umur 6 tahun lagi..really work hard untuk jadi yang terbaik..Bukan senang nak senang beb..hehe….Dan dia pun lepas habis workshop tu minum the tarik je kat kedai mamak belakang Bnetley tu..hahahaha..dia ok,humble dan cool….hehe..
Selepas setahun kerja di Bentley Music,Phillip cadangkan aku cuba minta kerja di Yamaha Music yang masa tu opisnya di jalan Imbi,KL..Dia cakap,you have a better future there..so dia tolong recommend kan..Masa tu Bossnya Edwin Nathanniel..Jadi aku pun selepas ditemuduga dapatla kerja di Yamaha Music,dibahagian Sales&Product..so aku sangat terhutang budi sama Phillip sebab dia bersusah payah untuk future aku..Aku pun tak boleh buat kerja lain selain dalam bidang musik..Aku join Yamaha Music pertengahan 1996..gitulah..Jadinya juga tahap hidup aku makin ok lah sikit..hehehe..

Foad Pulak dah jadi Lecturer masa tu..Suatu hari dia offer aku bikin Demo album ditempat member kitorang,SiSharul Gitaris Metalasia..masa tu studio Sharul di Bukit Tunku,dia ni bekas Pilot dengar ceritanya..Dan dia pun masa tu belum tubuhkan Metalasia lagi masa tu..So si Foad tanggung segala kos demo,aku pun tak tau apasal dia nak tolong aku..mungkin dia rasa tak syok sebab melalui aku dia kenal dan dapat job dengan  Nasir kot..aku pun tak kisah sangat pun..hehe..


Page 2 of 15«12345»...Last »