Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq
gila musik-7
Musik adalah falsafah,bukan setakat hiburan..Falsafah yang membentuk jatidiri untuk lebih mengenal..ianya sehala..one way ticket..awal 90an aku bergelumang dengan dunia kefalsafahan..mentelaah,mengkaji,mengenal dan mempraktikalkan makna hidup sebenar..
Jadinya aku mengambil keputusan untuk jalan terus,tidak menghubungi keluarga dimana aku berada,apa yang aku buat…Cuma kawan-kawan dekat tempat aku mengadu..mungkin menyusah atau disusahkan..
Aku mendengar musik bukan untuk suka-suka,aku serius..lirik dan lagu ibarat wahyu atau kata-kata yang bias membentuk hala tuju dalam kehidupan aku sebagai seorang aku..
Awal 90an juga seorang kawan mempertemukan aku dengan Joe kidd,Godfather dalam dunia underground..masa tu Joe Kidd part time writter untuk majalah abang aku,Mishar..sebabnya member aku cakap..Joe dia peminat tegar Doel Sumbang..haha..jadi aku suka untuk berjumpa dengan Joe di Kompleks Batu,jalan Ipoh..perhubungan aku dengan Joe adalah satu perhubungan yang panjang,sampai kehari ini..Joe ni bagi aku dia ni legend dalam scene underground..dedicated..music lover..aku banyak belajar dengan Joe..Punk,Hardcore,Metal,Trash,Heavy Metal,Pop..ideologi music sebenar..dan most of all..musik itu attitude..Dulu dia selalu dubbingkan aku lagu-lagu Punk dan Hardcore..just bagi kaset kosong..aku tahu Dead Kennedys,Misfits,Velvet Underground,Ramones,Sex Pistol,Clash dari Joe..semuanya FOC..dan aku punya hormat yang tinggi pada dia…demo aku masa tu aku taruh nama KONTRA masih dia simpan..haha..bagi aku Joe ni somebody..dan musim-musim tu juga aku start dengar Voivod,Sepultura,King Diamond,Antrax..dan banyak lagi lah..Joe juga banyak guide aku,memahamkan aku tentang apa itu musik yang sebenar..jika ada lorong untuk kesana..dia adalah lorong itu..Joe juga yang introduce The Smiths,Edie Brickel,Kate Bush,Elvis Costello..dia punya famous code..’’hang dengaq ni,BEST GILAK’..hahaaha….aku sangat enjoy moment aku masa tu..hahaha..
Awal 90an juga dunia musik underground berkembang dengan pesat di Negara ni..Gig-gig laku disana sini..banyak band local underground yang hebat macam Punisher,Nemesis,Hijrah,Black Fire,Sil Khannas..Punisher vocalist utama dia Rosdan..masa tu Rosdan tinggal dengan member aku si Foad,di Ampang..Aru vocalist Nemesis..gitaris dia bagus,Suhaimi..la ni tak tau dia ada kat mana…mungkin give-up dengan music..seperkara, main musik untuk scene underground ni mast u bukannya boleh buat duit dan dari segi itu ianya agak menghampakan..tak ada duit macamana nak terus hidup beb?hehe….itu sebab mostly band underground yang ada hanya main musik untuk sekadar hobi..diorang biasanya bekerja..kalau tak soru miss beb..
Band local favourite aku BLACK FIRE..Vocalist dia Mie Rambut&gitaris dia Yazid,abang kepada Datuk Mokhzani,orang kuat RTM..hehe..Black Fire ni bagi aku sebuah band yang mantap,vocal dia besar..ada style macam DIO&GOD FLESH..Sebuah band yang sangat berkharisma diatas stage..aku tak sempat tonton gig diorang..Cuma sempat tonton Mie Rambut je perform..
Dalam masa yang sama proses penciptaan lagu aku semakin matang,pernah Sani Sudin cuba nak produce demo aku,propose kat recording company…masa tu tahun 1991,kalau tak salah..
Awal 90an adalah permulaan untuk sebuah pengembaraann tak berpenghujung,falsafah aku ‘living is easy with eyes close,misunderstanding all you see..haha..itu sebahagian lirik lagu Beatles,across the universe..aku duduk dalam keakuan yang paling dalam..
gila musik-6

1986 juga tahun aku mula berkecimpung dalam dunia teater,dimana aku terlibat dalam penubuhan teater yang kita namakan ANGKA,yang mana juga presidennya Zul Basikal(Zulkifli Ismail) yang popular dalam drama propaganda gomen,Gerak Khas..hehe..dan itulah pertama kali aku perform pada hari penubuhannya yang dibikin di dewan serbaguna dekat area Keramat,KL..masa tu Nizam Laksamana juga ada join dan dia pun belum jadi recording artist lagi..tapi aku tak aktif sangat,dan lama-lama ANGKA pun berkubur.. aku pun ke IKM masa tu..
Sebenarnya aku sukakan subjek sastera,dan aku suka kalau orang sastera suka untuk besikap jujur dalam hidup dan jalan yang mereka pilih..aku suka subjek ‘marhaen’..aku suka yang biasa-biasa saja,sebab semaksimum pun kita ini,tak akan jadi luar biasa …
Dan aku merasa sangat bahagia masa Sani Sudin dan rakan-rakan bikin program baca sajak dibawah tiang lampu..diorang ni dari teater Anak Alam..memang pure dan real..semuanya rabak..haha..sedang aku masa tu baru nak menjenguk kealam rabak..masa tu hidup bukan ada masaalah pun…makan tanggung,berak cangkuk..seluar dalam pun kakak aku belikan…rabak apa macam ni?hahaha..
Dan masa tu juga Busker Wahid dah start busking kat Pasar Seni..dia ni lulusan luar negeri..,dengar cerita famili dia jual tanah untuk hantar dia belajar ke luar negeri..tapi itulah ,perjalanan hidup manusia memang tak pernah dan tak akan kita duga..Aku tak pernah bersembang dengan Wahid ni sebab dia ada dunia dia sendiri,tapi aku memang salute habis dia..Dan waktu-waktu ni Busker taklah ramai..ada Sidek,Adi Jagat,budak Musafir,Hamden Boley..juga Nan Blues..macam Nan dia tak full time…kalau dia rasa nak busking waktu cuti ke,dia busking le kat Wisma Yakin masa tu..dan Nan sampai hari ini dia Busking lagi..dia sangat komited dengan kerja-kerja buskingnya..Aku pun dia yang ajak busking tahun 2000 dulu..walau tahun 1992 Sherry dah ajak aku Busking..aku cakap tak ready lagi..haha..Sidek,Wahid&Adi Jagat antara Busker yang hebat masa era diorang dulu..antara pertengahan 80an dan awal 90an..Wahid sangat berkharisma,Adi sangat kreatif dan Sidek pulak entertainer&sangat konsisten..Sidek dulu kalau dia busking dengan Sherry atau Wahid..dia banyak buat magic..contohnya dia akan berdiri kepala kebawah kaki keatas kat tempat laluan pejalan kaki tu..haha..so bila orang tengok akan tertarik la,dia ada banyak style..dan dia memang penghibur la..dulu kalau Sidek busking macam orang jual ubat..ramai yang tengok dan collection diorang pun banyak..hehe..
Berbalik pada cerita si Foad dan kawan-kawan..tahun 1990 aku dok melepak balik kat Pasar Seni..Foad dan Wan adalah kawan yang sangat rapat,dah macam adik beradik..Diorang lulusan ITM,dan Wan dia bukak kedai Print&design T-shirt kat dalam Pasar Seni tu..Wan ni hardcore Jimi Hendrix,Stevie Ray Vaughn&musik 70an orang putih..dia bukak kedai T-Shirt tu dengan awek dia,Shima..Shima ni adik pada Hamdan&Zaini..dua guitarist hebat..dari Klang…diorang main kat Pub sana dan sini lah..
Wan ni kalau dia print atau design Tshirt,dia ikut kepala dia je..hahaha..dan dia dalam Pasar Seni tu adalah antara yang terbaik..Cuma sebab ikut kepala dia..susahlah sikit nak maju..dia design baju yang dia suka je,macam gambar Hendrix,Stevie,Vai,Morrison,Satriani banyaklah kat kedai dia..aku lepas kerja dok melepak kat situ la..jadinya kitorang ni kira tiga sekawan..satu Pasar Seni dah kenal..hahah..Dulu mat-mat ITM memang rugged habis,tahun-tahun 70an dulu..kesan dari zaman Woodstock dan hippies…
gila musik-part 5
1986 aku dah melepak kat Pasar Seni,hari-hari pun kat situ,dan itulah dunia aku sampai ke hari ini..masa tu aku kenal kartunis-kartunis yang bekerja dengan abang aku,Mishar..diorang kerja dengan majalah BATU API,kartunis Acai,Miki,Juragan,Awang..Mie..dan dari situ aku juga kenal Sani Sudin,Usop,Johari Hamid,Ageed,Pyan pun ada juga..grup ni sering buat program baca sajak bawah tiang lampu..
Aku pun sempat tubuhkan band dengan Imuda,Pakya,Ageed,Joe..band kitorang namanya BROKEN DOORS..hahaha..sebab kita big fan The Doors..Johari dia memang die hard fan Lennon&Beatles..Imuda dia minat Joe Cocker..aku pulak minat Jim Morrison,yang si Pak ya pulak gila Elvis..selalu jugalah kitorang praktis..
Dalam masa yang sama aku banyak cipta lagu,masih disimpan hingga kehari ini..bila dengar balik..hancuss..hahaha..itu kira progress,proses pembelajaran..tapi masa tu kita ingat best..member yang kutuk tak ada,Cuma sorang..Kartunis Kerengge…hahaha..
Masa tu kefahaman tentang hidup&Tuhan masih belum sampai.Biasalah..
Aku pun tak kisah..dulu aku ada buku-buku lagu…LET IT BE..hari-hari melalak sambil main gitar…satu buku tu aku hafal..Beatles,Bee Gees,Elvis..dulu kalau ada yang lagu kita nak..boleh dubbing kat Pertama Kompleks..Aku pun tak da buat apa masa tu..dok jaga anak buah aku yang dah besar..mak diorang pergi kerja..hehe..tinggal di Taman Ehsan,Kepong..
Lepas tu ada sorang kawan baik..Bob Penang..dia ni macam hippies..introduce aku dengar Doel Sumbang..aku pun dengarlah..terus jadi peminat Doel Sumbang..semua kaset dia ada dijual di Chow Kit aku beli..lepas tu si Siso Kopratasa dok cerita pasal Iwan Fals..banyak benda yang aku belajar masa tu..itu antara moment yang paling berharga..
So hari-hari akan lepak di Pasar Seni..jumpa kawan-kawan..umur masa tu pun baru 19 tahun..Dan dari situ aku mula minat untuk membaca tentang musik,Tuhan,falsafah,ugama..macam-macam..yang buat aku minat bila baca buku ATHEIS karya penulis tersohor Indonesia,Achmad K.Mihardja….juga Chairl Anwar..
Family pun dok bising-bising pasal masa depan,brader aku hantar aku belajar ke IKM Lumut hujung 1987..aku ambil jurusan Welding..sampai la ni ada lagi sijil-sijil Welding aku..hahaha..masa kat IKM,aku dan kawan-kawan menyewa rumah di Manjong..semua kepala senget..hahaha…Instructor kitorang pun senget..sebab hari-hari bermain dengan api yang suhunya sangat panas..masa kat Manjong ada juga member ajak join band main kat rumah orang kawin..yang best dia cakap..duit tak ada,tapi glamour dapat la..hahaha…aku tak nak la..masa tu pun semua Band nak jadi macam Search atau Wings..lagu Isabella meletup-letup..hehe..Aku tak suka sangat band-band Rock melayu sebab diorang tak bikin lagu sendiri..semuanya bergantung pada khidmat composer macam M.Nasir,J.S.Kevin..dan aku pun dari dulu sampai hari ini dari segi imej biasa-biasa saja..tak ada la pakai baju ketat,seluar ketat,rambut panjang..hehe..
Instructor aku pun ada cakap masa kat IKM dulu,bukan semua yang keluar akan jadi Welder,mungkin 5% saja..yang lain-lain mungkin jadi penyangak,Polis,Pemusik..macamanapun dia cakap..kalau jadi penyangak,buat betul-betul..hahaha..
Habis IKM,aku cabut balik ke KL..rindu kat Pasar Seni,tempat lepak-lepak..aku mula pilih hala tuju hidup aku masa tu..Sampai KL,lepak rumah member Kartunis yang tinggal dengan abang aku masa tu..
Cari kerja,aku main jalan je kat kawasan perindustrian kat Taman Ehsan..jumpa satu kilang plastik..terus mintak kerja kat situ..So aku pun kerja la kat kilang tu..sempat juga tiga tahun aku kerja kat situ..masa tu waktu free aku dah main kat Pub disebelah Petaling Jaya..ikut member..
So melepak le balik kat Pasar Seni..kenal dengan satu member ni..Foad,dia ni aku dah anggap macam famili..dan Foad ni seorang pelukis yang bagus..dan mat Metal..so kitorang pun jadi rapat..hari-hari akan lepak kat kedai printing member aku,Wan..kat dalam Pasar Seni tu..masa tu tahun 1990 kot…
Foad ni gila musik,bayangkan aku kenal dia 1990 sampai tahun 2000 ..jumpa kat Pasar Seni,kitorang akan bersembang pasal musik dan falsafah..dia pun pelik juga..dia ada 3 helai t-shirt putih,dan sehelai jeans,yang asalnya warna biru,bila dah lama tak basuh-basuh jadi hijau..dia akan basuh seluar dia bila hari raya..jadi bila dia sidai seluar dia..dia pun dah tak tau mana satu seluar dia..sebab dah jadi biru balik..hahaha
Dan yang bestnya dia punya collection yang sangat banyak..hari-hari kita akan bersembang pasal Malmsteen,Steve Vai,Satriani,Joe Pass,Chastain,Hendrix,dan masa tu kita ada sorang member yang memang kaki musik seventies ni..Tapa,yang famous buat design untuk artis-artis tanahair..Tapa ni memang kaki Floyd,Zappa,Rush,Yes dan segala macam jenis musik…dia selalu order video musik dari oversea..dan kitorang pun tumpang layan la..Foad&Wan ni pernah buat design cover untuk band Lefthanded..
Aku pun makin asyik masyuk dengan dunia musik aku la..hahaha
bersambung
gila musik-4
Lirik sangat penting dalam sesebuah lagu..aku mula fikir bahawa lirik itu penting bila first time dengar Ebiet 1982 dulu..lirik-lirik yang bercerita,tentang kematian,tentang kehidupan,tentang tuhan,tentang alam,manusia..Dan aku sangat tertarik bila Ebiet berbicara tentang tuhan dalam lagu-lagunya..bahasa sajak dia yang mistis buat aku lebih tertarik untuk menjengok apa yang ada didalam..keindahan tentang perempuan digambarkan dalam elemen yang sangat misteri..seperti lagu ‘mimpi di padang tritis’ siri Camellianya,..Ebiet beruntung kerana mendapat khidmat produser yang bijak Billy J.Budiardo..Bayangkan muka Ebiet yang ke’jawa’an,kesederhanaan yang tidak menampakkan ciri seorang penyanyi..dari sudut mana Billy ni menilai Ebiet..?Lagu dan liriknya yang unik dan suaranya yang tersendiri..dan budget untuk sebuah album Ebiet bukanlah murah,konsep orchetra,mastering di luar negeri..semuanya memerlukan kos yang tinggi..seperkara lagi timing kena..dulu masa zaman Hendrix,banyak juga gitaris yang bagus-bagus,salah satunya Rory Galagher..dari segi playing dan nyanyian aku lagi suka Galagher dari Hendrix..tapi Hendrix ni package..kharisma,advance,soulness,dan dia handsome untuk bangsa dia..hehe..
Album pertama Ebiet kalau tak silap tahun 1980 kot..meletup dipasaran…dan kalau di Indon,album meletup maknanya kaya lah,sebab penduduknya beratus juta orang..hehe.Kalau kat sini,beleum tentu lagi..hahah..sebab penduduk 25 juta,yang dengar lagu mungkin 2 juta,80% peminat AF..hahahah..selebihnya barulah yang agak serius mendengar lagu..lirik?mungkin 10%..itu la ceritanya..hehe


