Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq
gila musik-part 3
So,1982 aku start belajar main gitar..sebab aku gila,aku agak extreme belajar..nak cepat terer..hahaha…pagi,petang,siang dan malam dengan gitar je,lagu first belajar ‘biarkan bunga berkembang’.broery..sebab simple..3 chord je..hehe..time tu pun gila Iron Maiden..tapi aku suka masa zaman Paul Dianno..album prowler..zaman Dickinson ok le,walau zaman klimaks diorang zaman Dickinson,aku lebih suka Dianno..aku ada album solo Paul Dianno..live..
Lepas tu gila Malmsteen la pulak..hahaha…masa tu kat kampung,,dengar ALCATRAZ..punya le terkejut malmsteen main speed punya laju,sampai ingat dia pakai speed machine..aku turun KL borong album Rising Force,..haha..masa tu 1983 gitula..masa ALCATRAZ vokalis diorang Graham Bonnet..rambut pendek..lepas tu Bonnet join RAINBOW,..most af all..fav guitarist aku Blackmore,Jimmmy Page&Gilmour..semua album Purple&Rainbow aku ada..sampai la ni dok layan lagi..hahaha…
Rock ni banyak cabang nye..semua pun aku suka..dari progresif,Acid,jazz,Blues,Southern..kalau progresif aku suka RUSH,KING CRIMSON,YES,IRON BUTTERFLY,ZAPPA..EMERSON,LAKE&PALMER..tu lah,banyak sangat yang best..hehe
Tapi walau pun aku minat sangat Rock,jiwa aku suka pada lagu-lagu Dylan,Ebiet,,tak tau kenapa.mungkin sebab kehendak jiwa ni kita bukan boleh agak..jadinya aku mula cuba cipta lagu dan lirik tahun 1983 lagi..dan mula belajar lagu orang putih..yesterday,Beatles..hehe..
Kat kampung masa tu orang kampung ingat aku terer main…masa tu aku bukan tau main sangat pun..but expectation tinggi..hahahha….sebab brader aku menyanyi,jadi depa ingat aku ni pandai main gitar..haha..tu yang aku practise sampai boleh main..bila aku dah ada gitar,jadi aku dah tak punya hobi lain..secara tak langsung aku duduk dalam dunia aku sendiri..hehe
Kat Bruas,ada sorang brader tu,yang melepak kat kampung..dia ni terer main gitar..haha..sejarah dia ni main musik kat club malam..so dia balik kampung kira cuci tanganlah..masa tu tahun 1984…aku dengan member-member respek sangat kat brader ni..dia main lagu C.C.R..Lodi,midnight special..so dari situ aku kenal C.C.R..kadang-kadang bila ada kenduri kawin brader ni main la gitar dengan band kampung..hehe..yang band kampung ni mana la tau lagu-lagu 70 an orang putih sangat..haha..
1984 Kembara meletup dengan album diorang..kita pun dan aku percaya generasi aku banyak pemant Kembara..aku pun minat..salah satunya sebab group ni bijak,bikin lagu sendiri,rugged,dan yang paling penting konsep musik dan lirik mereka yang merakyat…Kembara adalah fenomena bagi industri musik melayu di era 80an dulu..diorang ni IKON untuk anak-anak muda yang rugged..kasut warrior,baju kotak,jeans lusuh…hehe..lagu-lagu diorang macam lindungilah kami,jalan sehala,musim,kawan..hati emas,ekspres rakyat,..semua album diorang aku suka…
Habis sekolah 1984 aku ke KL…:)
gila musik..part 2(autobiograpi)
Aku suka dengar musik ni sejak tahun 1973 lagi..masa tu kartun Giant Robot main kat TV hitam putih..umur pun masa tu 6 tahun..sekolah rendah dah suka M.Daud kilau..Hail Amir,uJI Rashid,Al Jawaher,El Suraya Medan..masa darjat 4 bersunat..1977…berteman lagu El-Suraya Medan..arwah bapak minat musik juga..suka dengar lagu-lagu dakwah..juga Ahmadi Hassan,S.M.Salim..hehe..masa kat Kampung Dendang,yakni kampung aku dibesarkan..aku tak punya hobi sebenarnya,member kampung minat melastik brung,aku join,kalau diorang jerat tupai,ular,atau apa binatang pun aku join,main bola pun aku join,kalau aku tak ada kawan…hahaha..tapi masa kecil aku suka memancing..ikan keli,puyu..
1980 brader aku balik dari oversea…bawak banyak kaset lagu-lagu orang putih..Dylan,Cat Steven,STYX,Commodores..so dari situ aku terdedah dan mula daang minat pada lagu orang putih..hehe..dia pun balik dengan bawak gitar..but masa tu aku dah mula minat menyanyi..pernah brader aku audition aku nyanyi ..masa tu lagu Hingga Akhir Nanti meletup kat radio..aku pun nyanyilah..sambil dia mainkan gitar..aku tak pandai lagi main gitar masa tu..1981 kot..aku bermula agak lambat dalam permainan gitar ni..1982 baru nak belajar,arwah bapak tak suka sangat sebenarnya…hehe..brader aku puji suara aku,dia kata sedap…masa tu dia ada rekord kan kat tape..tapi dah putus tali tape tu..hehe..masa tu suara budak..belum pecah lagi kot…
Brader aku dia Navy masa tu,so travel sana sini lah..dia selalu kirim surat pada mak,dan kadang-kadang ada kaset yang dia nyanyi..aku ingat lagi dia ada nyanyi lagu ‘my way’Frank Sinatra..dalam kaset ..hehe,aku pun tumpang dengar..
Kat kampung masa tu 1982,brader aku release album first dia..meletup dipasaran,aku pulak dok gila musik ROCK..hahaa..dan aku pun mula mula minat Ebiet,sebab brader aku dia pergi Indon,dia beli semua kaset Ebiet..Camellia 1,2,3&4…lepas tu aku collect album Ebiet langkah berikutnyam,album tokoh,1984,zaman,menjaring matahari,seraut wajah,isyu..lepas tu aku dah tak follow..hehe..
Dalam massa yang sama aku beli Iron Maiden,Number of the beast album..Black Sabbath..dan segala macam bentuk musik aku dengar..dalam masa yang sama aku juga peminat Alleycats..haha,..dan album yang aku suka…Drama kehidupan,sebab lirik dan lagu dia macam bersambung,bercerita,lirik pun psal kehidupan..ingt masa tu Nasir&Amin Sahab nak eksperimen..buat macam konsep floyd..
1982,aku mintak gitar kat brader aku..hahaha..masa tu form 3,dia cakap kalau fail exam dia ambil balik gitar tu..hehe..
bersambung..
seorang guru itu…
Seseorang guru itu tidak akan mengajar kamu untuk menjadi hebat,tidak akan mengajar kamu tentang indahnya shorga,tidak mengajar kamu mengejar dunia yang kita ini adalah pelakon-pelakonnya..dan dia tidak tahu bahkan tidak endahpun tentang apa bakat yang kamu ada..kerana dia tahu apa yang ada pada kamu dan kita-kita semua adalah bersifat pinjam..
Seorang guru itu akan mengajar kamu dari kamu punya apa-apa hingga kamu merasa tidak punya apa-apa..kerana Tuhan indahnya bukan diwajah pemandangan yang kamu nampak..bahkan lebih dari itu..
Kamu dididik untuk menjadi seorang penerima takdir yang setuju dan berbahagia dengan jalan yang kamu pilih..ikutlah lorong dimana kamu rasa ‘bahagia’ menunggu mu disitu..
kamu dididik untuk mendambakan syorga yang interpasinya lebih logik dan real..itulah bahagia..dan kamu tidak akan diajar lebih dari itu,kerana bahagia itu inti iman..kerana selain dari iman adalah nafsu..kerana hari esok bukanlah milik kamu,kerana itu kamu tidak akan diajar tentang syorga yang telah digambarkan seperti cerita dalam komik…kerana selepas akhil baligh mu kamu sepatutnya bahkan sewajibnya lebih perlu mengenal tentang siapa kamu dan mengapa kamu disini..dan kamu akan kembali kepadanya …seadanya kamu dan aku..dan selepas itu bukanlah urusan mu untuk tahu dimana kamu akan ditempatkan..
Untuk mendapat kebahagiaan dijiwa..lepaskan satu persatu nikmat yang masih kamu miliki..kamu boleh menghargai seadanya..sebab tanggungjawab kamu adalah menghargai nikmat suka-duka hidup ini..dan berjalanlah seiring dengan jalannya takdir….
selama disana…
selama disana …gua involve dalam teater arahan bersama Isham&Mislina..BILIK SULIT..gua nyanyi..hoi hoi hoi hoi…haha..sajak Isham..4 malam diorang bikin teater tu di BAR COUNCIL..sambutan amat baik…dan sebelum tu Amer Hamzah,orang kuat Bar Council kasi sajak dia untuk gua lagukan..I.S.A(IKUT SUKA AKU)dia bagi last week..email gua rabu malam 17/12/08..Khamis siap dann gua email kat dia lagunya..dia suka dan ramai orang suka..seperkara sajak dia bagus,berkualiti dari segi suku-kata,pengertian,emo,ada marah..jadi gua cuma penyampai mesej yang dia nak sampaikan..keep it up bro…haha..lu boleh jadi terkenal sebagai penulis sajak/lirik…pelakon-pelakon yang involve pun walau dibilang isham amatur,namun penghayatan mereka sangat baik..dan penonton sangat berpuas hati dengan performance diorang..gambar-gambar boleh dilihat dan diambil dalam laman facebook gua..hehe……
kat sana gua lepak kat wangsa maju,rumah member gua..Nik..dia pun back up masa gua perform..
pendekata usaha dan misi pihak Bar Council dalam perjuangan mereka dalam memansuhkan ISA..sangat bagus dan mulia,demi untuk subjek kebenaran…..
dan akhirnya gua disini..ditempat gua…Ipoh..back to normal…hahahah
**gamabr a eeengah busking dengan Nan blues..di CM..gambar..dome digital..



