Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

hiburan untuk musim ini…

3 comments

wa sangat terhibur membaca blog si penglipurlara abad ke-21,isham www.tukartiub.blogspot.com

pagi-pagi wa akan baca dia punya cerita dalam dia punya blog..sangat suka-hati..kah kah kah..wa tak mampu nak tulis macam dia..dia memang ahli dalam bidang dia..idea yang fresh,berkualiti,berani dan berseni..very straight…wa masih ingat dia ada nasihat wa dulu..meor,lagu kau ok,tapi lirik kau complicated..haha..dan masa launching,dia bilang..meor,aku suka product kau,asal jangan berpesatuan…haha..dan dia belilah CD wa,tak tau dia dengar ke tak..tak kisahlah..but bagi wa dia beli sebab menghargai..thats good enough for me..support..dlam hidup pun wa tak nak sangat berkepentingan yang lebih-lebih..wa bukan orang besar..wa orang-orang kecil saja…kalau ada kepentingan pun ianya sangat minimum..sebagaimana minta wa pada tuhan..sangat minimum..wa tak mintak apapun..otak kadang kacau mau itu ini,itu biasa sebab halnya kita didunia..tapi jiwa selalu protect…ingatkan wa,supaya lebih menghargai nikmat pinjam yang dia kasi..semua pun dia punya beb..sampai masa dia ambik…kita tak boleh komplen..contoh…suatu hari wa accident,putus jari..tak boleh bergitar..itu salah satu nikmat yang dia ambik.sebab dia punya..

but yang lain wa boleh take it..but im not ready untuk kehilangan anak-anak yang wa sayang..itulah hidup wa,bagi wa bersemangat..itu pun nikmat yang dia kasi juga..but wa tau tuhan itu pengasih dan penyayang..dia tau sangat pasal kita..sebab kita ini miliknya..

berbalik bada isham…wa respek lu bro..keep it up…………kah kah kah


disinilah kita akhirnya…

4 comments

jumaat pagi(13/10/2008)wa bawak mak dan sorang kakak menziarah kubur arwah bapak di kampung Dendang,Bruas…disinilah jasad kita nanti bersemadi..apalah erti nikmat dunia dan harta walau segunung..tu sebab kalau sapa-sapa yang nak tau makna hidup sebenar,atau leka dengan nikmat dunia..nasihatlah dia melawat kubur selalu..wa suka untuk nasihatkan kita,terutamanya orang-orang politik yan rakus dan haloba..ye lah,sebab wa ada hak..bukankah kita yang pilih orang politik naik dan turun..sipalah dia tanpa kita…hehe..pergilah jenguk-jenguk kubur selalu..ikhlas kan diri untuk lebih mengenal diri dan kehidupan…yang didalam kubur itu jasad,reput jadi tanah…yang kekal itu ROH..itu abadi,yang tak mati..jadi kita selalulah bertaut dengan tali allah yang hakiki,yang tak mati..menjenguk kubur itu untuk peringatan pada kita yang masih bernyawa..

hidup perlu tak banyak angan..atau cerita dunia yang basa basi..sebab angan hanya bawa kita di  dunia..walau kita berangan untuk akhirat..contohnya inginkan ganjaran dan takutkan balasan..ianya masih lagi mengharap..kalaulah nak dikira itu..payahlah beb…tuhan itu untuk dicinta dan mencintai,bukan untuk ditakuti..hehe…mencintanya adalah sebagaimana kita mencintai hidup ini…sebab insan dan makhluk itu perantaraan untuk kita lebih  mengenal dan memahami makna hidup dan kasih sayang..lalukan semua bukan kerana ganjaran..tetapi berterimakaih sebab dengan ehsannya kita mampu berdoa,kita diberikan nafas yang turun naik,digerakkan untuk melakukan itu ini..tanpa izin dia,kita hanyalah jasad yang kaku..jadi kalau bersolat..itu untuk diri kita..bukan untuk tuhan,sebab tuhan itu sempurna..insyaallah kita akan lebih faham tentan asal dan usul diri kita…


lagi tentang hidup dan pegangan..

3 comments

Manusia berfikir sebab dikurniakan akal fikir..akal fikir dapat membentuk daya mau dan kreatif untuk membentuk peribadi dan jati diri dalam kehidupan..juga dengan akal fikir juga Adam terhumban kedunia kerana kalah dengan pujuk rayu iblis yang memang telah diberi greenlight untuk buat apa saja untuk melingkupkan umat manusia..sebenarnya subjek utama didunia ini adalah manusia sebab telah diberi keistimewaan oleh Tuhan menjadi khalifah dimukabumi ini..bagaiamanapun kita harus melihat subjek hidup ini melalui jalan hakikat sebab itulah kebenaran hakiki..hakikat bahawa kita ini hanyalah pelakon dimukabumi ini.Kita adalah watak yang sedang dimainkan oleh tok dalang..kebenaran bahawa iblis dan malaikat itu pelengkap pada cerita suka duka insan..kebenaran bahawa iblis itu tidak tunduk pada Adam,melambangkan kesombongan dan egonya yang maha tinggi..

bagaimanapun kebanyakan kita tidaklah suka pada subjek benar sebab ianya menyakit dan tak best…hehe..contoh macam ubat..itu pahit,kita kalau boleh suka yang manis..air yang paling baik adalah air mineral atau air dari gunung yang tidak tercemar..bagaimanapun kita lebih suka air yang berwarna yang telah dicampur itu ini..dari segi hidup pulak kita lebih sukakan kemeriahan,carpet merah,hollywood,coca cola..jenama yang mahal,walau sebenarnya ianya hanyalah barang yang diniagakan oleh puak-puak kapitalis yang memang mahu mencorakkan dunia mengikut acuan mereka..dididiknya kita menjadi taksub pada cerita dunia seolah kita ini akan hidup selamanya..

semua orang suka pada subjek benar yang hanya diotak..walau tak banyak orang suka pada subjek benar yang ada dijiwa..orang politik,orang ugama,orang baik tapi jahat banyak dan mereka ada disekeliling kita..jadi kita jangan buta hati…lihatlah kebenaran yang didalam,bukan diluar..mungkin kebenaran yang diluar itu glamour tapi itu merisikokan nilai pandang kita pada yang sepatutnya..yang nyata kita semakin dimanupilasikan oleh golongan-golongan yang berkepentingan untuk itu dan ini…

Tuhan suka singgah dihati orang yang beriman..iman bukan material..kalau kita celik iman,kita akan nampak kebenaran…tapi kalau kita buta iman,kita tak akan nampak kebenaran sebab ianya bukan hanya dimata…itu sebab dalam hidup belajarlah mengenal diri sendiri..belajarlah mengenal diri melalui kehidupan yang sedang kita lalui..belajarlah untuk lebih memahami bahawa hidup ini hanyalah persinggahan..belajarlah untuk fham bahawa hidup ini bukan hanya sekadar hidup dan keperluan..belajarlah untuk lebih menghargai saat dan waktu yang kita ada..enjoy the moment..dan yang terbaik..belajarlah untuk lebih memahami dari suka menghukum…


protes ..

2 comments

ni masa protes kat stadium kelana jaya dulu…selepas wa perform,carburatur dung perform pulak…lepas tu ..havoc..haha


Page 6 of 11« First...45678...Last »