Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

cerita orang-orang bawah dan orang-orang atas..

11 comments

Orang miskin dan orang kaya ujiannya sama saja..Orang miskin ujiannya otak serabut sebab tak ada duit,nak makan..Orang kaya ujiannya macamana nak agihkan duit dia yang banyak bersedekah untuk orang-orang miskin..Sebab dia ingat itu duit dan harta dia punya hasil dari titik peluh dia walau  sumber entah dari mana mana itu wallahualam..Orang-orang kampung biasanya hidup mereka sangat sederhana dalam segala hal..Dan kamu akan selesa bila kamu kenal mereka sejujurnya,sebab mereka tidaklah banyak kepentingan   dalam hidup ni..Ada itu memang lah ada..sebab namanya kita ini manusia..ada watak baik,ada watak jahat..Tapi situasinya masih lagi terkawal..Ada juga orang kampung yang kaya,banyak harta..Dulu arwah bapak gua banyak tanah,tapi sebab nak sekolahkan anak-anak..dia jual pada orang kaya kat kampung dengan harta yang sangatlah rendah..Dan orang kaya akan jadi makin kayalah..Sebab biasanya orang kaya akan memanupilasi apa yang boleh dimanupilasi..orang miskin biasanya terdesak dan tak punya banyak pilihan..Dan disini kita boleh lihat betapa mangkuk hayunnya golongan orang-orang yang yang kaya jenis ini..

Orang miskin biasanya tak takut mati..Sebab mereka tak ada banyak duit dan harta..Jadi tidaklah berasa kehilangan..Jika ada pun cuma perasaan dan kefahaman tentang Tuhan dan alam yang buat mereka berasa takut akan balasan antara dosa dan pahala,syorga daan neraka..Berbeza dengan orang kaya..mereka sangat takut kehilangan tentang apa yang sedang dan akan mereka miliki,Jadi mereka akan berdoa siang malam minta dipanjangkan umur dan murah rezeki..Selama-lamanya kalau boleh..50 tahun?80 tahun?100 tahun?ha ha ha..Sudahnya kamu akan mati juga..umur 50 apa yang ada dibadan dah berkerut sana sini..Macamana nak hidup selamanya..?

Kekayaan adalah subjek yang paling kelakar untuk kita perbincangkan sebenarnya..Cuma kalau kamu kaya,bersedekahlah pada orang-orang miskin..Itu ibadat yang paling prktikal antara kita sesama manusia…Kalau mau berzakat ,jangan bagi ke persatuan atau pusat zakat yang formal..sebab itu  antara elemen kapiltalis yang membodohkan pemikiran kamu kalau kamu fikir..Kamu terus kerumah atau berjumpa peminta sedekah atau gelandangan..Sedekahkan pada mereka..itu lebih afdal,tak apa .kalau Tuhan tanya,cakap gua kasi izin…he he…

Dan golongan yang paling kelakar bagi gua adalah orang-orang politiklah..Orang politik ni lebih pandai dari orang ugama sebenarnya..ya lah,rasuah yang memang dah haram,dikatakan halal pulak..bab hukum hakam,dosa pahala ni dia boleh pusing-pusing dan adjust sana sini..Beruntung kalau kita jadi orang politik..he he..Lepas tu bolehlah buat banyak duit,dapat projek sana sini,tipu sana sini..tapi kenalah islamik beb,kalau tak nanti orang melayu susah nak percaya.Lu mau tipu sana sini itu ok,tapi lu kena sembahyang,kalau boleh waktu pilihanraya yang dah nak dekat ni jangan langsung tinggal sembahyang,itu penting beb,Dan muka kena muka welfare lah selalu,kena cakap saya insan yang kerdil dan hina..setiap masa dan saat kalau boleh..at least sampai habis election…Dan setiap satu jam,kena lawat dan sedekah pda orang miskin,tapi kena bawak jurugambarlah,kalau tak ada tak boleh..Biar orang tau kita pemimpin berjiwa rakyat yang tempohnya dimusim pilihanraya saja..Susah sangatkah?Orang melayu ni sangat-sangat senang dibeli jiwanya…

ha ha ha…

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. sheikh, wa tak banyak kepentingan.. dapat contribute untuk album lu pun jadi la he heh.

  2. bro,
    org politik (tak semua)dan kita-kita juga (tak semua) sudah lupa akan janji Allah atas nikmat syurga. Itu pasal mereka mengejar kekayaan sementara yang hanya nampak indah didunia, tapi belum pasti indah di akhirat…

  3. haha, jangan eksyen sudah,
    Tuhan marah orang yang eksyen tapi orang miskin yang eksyen laaggiii uhan marah!

  4. sham;tq..kita jgn lupakan roots kita bro..ngeteh di cm dan berjumpa kawan2 dari planet sama yang berlainan frekuensi,tapi point nya sama juga..haha..itu yg setakat ini membahagiakan hidup kita

  5. Nan Blues says:

    Ni la sebab kaum firaun dulu2 buat tugu bila dorang mampos.Ngikut sparuh sumber..ada yg bila mampos,bini2 cantek,gundek2,bodyguard2,pakguard2,harta berkoyan2..sme kne hukum masok bersemadi dlm tugu piramid.Tu dulu..Hari ni,anak bini..kaum krabat la berebut harta macam singa lapar.
    Kaya..kaya..roti kaya.

  6. Bro..bila lu cerita pasal kampung dan arwah ayah lu…wa teringat kawan kita syed amir..betapa jerihnya dia dulu yek..ha..ha..tapi itu orang banyak cekal..and sekarang dia selalu nasihat2 kan wa..ha..ha.

    Bro wa nak beli buku Rahmat Haron macamana bole dapat?

  7. ya syed amir,gua pun respek dia bro..hahaha..bijak,dan dia orang-orang baik bro..gua ingat laagi dia jaga mak dia yang dah tua dan dan mengidap penyakit nyanyuk..dia sorang je tu..sedara mara tak ambik tahu pun..pengorbanan dia memang semua orang kena respek..gua pun salute dia..sama2 mengaji ugama dulu…
    buku rahmat haron ada dijual di ricecooker annexe,atau boleh didapati di ykp(hanim)untuk detail..hanim boleh poskan,dan lu boleh berurusan dengan dia..lu kena beli buku rahmat haron,dia living legend beb..hahahaha..rahmat rahmat..

  8. jangan lupa kana ingat- sajak gegar rahmat

  9. gua teringin nak buat tv show kat Malaysia la bro…tv show yg selalu ‘bahan’ penglipurlara politik ni..kat negara gua tinggal byk tv show camtu..layan gua tgk..

  10. sana lain bro..sana negara maju,disini negara membangun,pemikiran pun baru nak membangun..kita buat nanti depa kata itu akta hasutan atau anti kerjaan..payah beb..haha

  11. kalau ramai orang kaya pun bagus juga… kerana zakat dapat dimanafaatkan untuk para umat yang miskin. begitu juga dengan bersedekah. namun zakat itu wajib, dan sedekah itu sunat. yang wajib perlu diutamakan. soal zakat yang tak kesampaian kepada yang punya hak itu bagi aku adalah soalan yang kedua. mereka telah pun dipertanggung jawabkan.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.